Anak Anak Jangan Dibiar Berkeliaran Di Luar Rumah Waktu Maghrib Syaitan Sedang Berkeliaran


Anak-anak jangan dibiar berkeliaran di luar rumah waktu maghrib, syaitan sedang berkeliaran. Apakah benar syaitan akan masuk ke rumah yang terbuka ketika waktu Maghrib? Ramai di kalangan kita mengambil ringan dengan beberapa panduan yang telah diajar oleh Nabi SAW berdasarkan hadis-hadis yang Baginda SAW tinggalkan.
Antaranya adalah berkaitan perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika masuknya waktu senja. Ini kerana, dinyatakan di dalam hadis bahawa syaitan berkeliaran pada waktu tersebut.
Sememangnya kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja disebabkan pada waktu syaitan sedang berkeliaran. Dinukilkan sebuah hadis sahih yang menunjukkan petunjuk atau panduan daripada Nabi SAW kepada kita apabila tibanya waktu senja.
Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Kredit foto: Pexels Perkara seperti ini, banyak dinyatakan oleh para ulamak ketika mereka mensyarahkan atau memahami hadis ini. Antaranya ialah, Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) berkata bahawa hadis ini menunjukkan perintah (arahan) menutup pintu-pintu pada malam hari (apabila tibanya senja). Itu adalah sunnah yang diperintah akannya sebagai tanda kasih kepada manusia daripada (terkena kecelakaan atau keburukan) syaitan manusia dan jin. [Lihat: al-Istizkar, 363/8]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi (676 H) berkata bahawa hadis ini mempunyai banyak faedah berkaitan kebaikan dan adab yang melibatkan maslahah akhirat dan dunia. Maka, Nabi SAW mengajar adab-adab ini yang merupakan sebab terselamatnya daripada kecelakaan syaitan dan Allah SWT menjadikan sebab-sebab ini agar menjadi penyebab terselamatnya kita daripada kecelakaan atau keburukan syaitan ini.
Di samping itu juga, maksud menahan anak adalah melarang mereka daripada keluar pada waktu. Ini kerana, dibimbangi anak tersebut terkena kejahatan syaitan itu disebabkan banyaknya mereka (syaitan).
Hal ini juga disebut oleh Imam Khatib al-Syarbini (977 H) bahawa sunat menutup pintu ketika masuknya senja. Antara hikmah mengapa dilarang melepaskan budak-budak pada waktu senja adalah disebabkan syaitan berkeliaran pada waktu itu dan pergerakan syaitan lebih aktif berbanding siang hari kerana kegelapan itu akan menambahkankan kekuatan syaitan berbanding waktu yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H). Kredit foto: Pexels Kesimpulannya, melihat kepada beberapa pandangan para ulamak di atas, maka disimpulkan bahawa kita dituntut atau disunatkan untuk menutup pintu atau tingkap apabila tibanya waktu senja dan perkara ini juga selalu dipesan atau diingatkan oleh orang-orang tua.
Ini kerana, syaitan-syaitan berkeliaran pada waktu tersebut serta dibimbangi akan terkena keburukan, kecelakaan atau kejahatan berpunca daripada syaitan tersebut kerana syaitan ini sifatnya adalah menyakiti manusia.
Berikut kata-kata daripada seorang ulamak berkaitan hadis di atas:
Berkata Ibn Daqiq al-‘Aid (702 H):
فِي الْأَمْرِ بِإِغْلَاقِ الْأَبْوَابِ مِنَ الْمَصَالِحِ الدِّينِيَّةِ وَالدُّنْيَوِيَّةِ حِرَاسَةُ الْأَنْفُسِ وَالْأَمْوَالِ مِنْ أَهْلِ الْعَبَثِ وَالْفَسَادِ وَلَا سِيَّمَا الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Pada perintah agar ditutup pintu-pintu adalah melibatkan maslahah agama dan dunia yang mana dengan itu akan memelihara diri dan harta daripada orang yang sia-sia dan merosakkan terutamanya syaitan-syaitan.” [Lihat: Fath al-Bari, 87/11]
Marilah sama-sama kita mengamalkan petunjuk Nabi SAW ini agar kita terselamat daripada fitnah syaitan yang terkutuk. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan seluruh ahli keluarga daripada perkara-perkara yang tidak baik.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kredit foto (top image: Pexels
 
 
The post Anak-anak Jangan Dibiar Berkeliaran Di Luar Rumah Waktu Maghrib, Syaitan Sedang Berkeliaran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-anak-jangan-dibiar-berkeliaran-di-luar-rumah-waktu-maghrib-syaitan-sedang-berkeliaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Kembali Olah Tkp Rumah Ibu Dan Anak Jadi Kerangka Di Depok Ini Hasilnya

Polisi Kembali Olah Tkp Rumah Ibu Dan Anak Jadi Kerangka Di Depok Ini Hasilnya

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 215 hits
Penyidikan dilakukan secara scientific crime investigation yang melibatkan interprofesi
Awal Mula Ibu Dan Anak Ditemukan Tewas Tinggal Tulang Rumah Tanpa Aktivitas Bau Busuk Jadi Tanda

Awal Mula Ibu Dan Anak Ditemukan Tewas Tinggal Tulang Rumah Tanpa Aktivitas Bau Busuk Jadi Tanda

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 147 hits
Kematian ibu dan anak tinggal tulang itu baru diketahui warga setempat setelah kurang lebih satu bulan
Tali Pusat Anak Jangan Simpan Lama Lama Segerakan Tanam Ikut Sunnah Nabi

Tali Pusat Anak Jangan Simpan Lama Lama Segerakan Tanam Ikut Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 204 hits
Adat dan kepercayaan kita sejak dulu iaitu menyimpan tali pusat anak sebaiknya perlu dihentikan segera kerana makruh menyimpannya sebagai kenang kenangan Malah menurut perkongsian video oleh Imam Muda Hassan amalan menyimpan tali pusat ini ...
Resipi Biskut Telur Menu Kudap Kudap Waktu Petang Untuk Anak Anak

Resipi Biskut Telur Menu Kudap Kudap Waktu Petang Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 325 hits
Resipi biskut telur menu kudap kudap waktu petang untuk anak anak Sememangnya biskut kering menjadi pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Enak dinikmati bila bila masa sama ada untuk sarapan pa...
Jangan Salahkan Anak Degil Perbaiki Empat Perkara Ni Anak Jadi Lagi Baik

Jangan Salahkan Anak Degil Perbaiki Empat Perkara Ni Anak Jadi Lagi Baik

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 302 hits
Sebagai ibu bapa pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari sepanjang mendidik anak Didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan Anak anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar Moga apa yang dikongsikan oleh U...
Rasa Macam Hamil Tapi Tak Pasti Ini Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Di Rumah

Rasa Macam Hamil Tapi Tak Pasti Ini Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 289 hits
Rasa teruja bercampur rasa berdebar membuatkan bakal ibu mula rasa ragu ragu akan ketepatan ketika menggunakan kit kehamilan Betul ke hamil Macam macam persoalan yang mula difikirkan Macam mana nak periksa samada hamil atau tidak dan bila w...
Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 297 hits
Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi Menurut perkongsiannya di Instagram Ayd...
Kecoh Anak Abby Dan Norman Menjadi Penyondol Rumah Tangga Orang Lain Siap Check In

Kecoh Anak Abby Dan Norman Menjadi Penyondol Rumah Tangga Orang Lain Siap Check In

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 325 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersuara mempertahankan anaknya Marissa Dania Hakim 18 yang didakwa seorang wanita menjadi penyebab kehancuran rumah tangganya Abby yang diserang netizen di Instagram berhubung situasi itu...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord