Anak Ada 7 Orang 6 Lelaki Siapa Kata Rumah Tak Boleh Kemas Cuba Ikut Teknik Ibu Ini


Anak masuk dua pun mama dah rasa pening tengok keadaan rumah apatah lagi lebih dari 5 orang anak. Fuh! Memang mencabar nak membesarkan anak-anak ni. Lain anak lain ragam dan perangainya kan?
Tak mustahil kalau dalam rumah tersebut ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas kan? Yang penting kena didik sejak kecil! Jom ikuti perkongsian ini.

Ada 7 anak, 6 lelaki
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Suami tegas bab rumah kena kemas
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
5 perkara yang dilakukan. Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
1. Beli banyak organizer
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.

Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
2. Beli ampaian untuk baju-baju yang mahu digosok
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.

Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
3. Bakul mainan dan stor
Dua perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi raksaksa.

Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
4. Hari Jumaat adalah hari bersih bagi semua bilik
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.

Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
5. Sediakan sabun, pencuci muka segala pencuci
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Kredit: Khairul Hakimin Muhammad


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Ada 7 Orang, 6 Lelaki. Siapa Kata Rumah Tak Boleh Kemas Cuba Ikut Teknik Ibu Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-ada-7-orang-6-lelaki-siapa-kata-rumah-tak-boleh-kemas-cuba-ikut-teknik-ibu-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Boleh Tiap Tiap Tahun Nak Anak Kata Nabila Huda

Kalau Boleh Tiap Tiap Tahun Nak Anak Kata Nabila Huda

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 251 hits
Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir tujuh tahun bersama Mohd Izwan Johar Nabila Huda reda dan menganggap belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata Nabila berkata dia juga tidak bercadang untuk melakukan rawatan persenyaw
Bahan Semulajadi Yang Ada Di Rumah Boleh Kurangkan Suhu Demam Anak

Bahan Semulajadi Yang Ada Di Rumah Boleh Kurangkan Suhu Demam Anak

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 239 hits
Setiap kali anak tak sihat ibu orang yang paling susah hati Boleh dikatakan semua kerja tergendala sebab perlu fokus pada anak Bila tak sihat sudah tentu anak nak melekat je Lagi satu yang paling risau bila suhu badan anak tak turun turun D...
Awas Kanak Kanak Normal Pun Boleh Ada Tanda Autisme Ibu Ayah Pantau Anak Ya

Awas Kanak Kanak Normal Pun Boleh Ada Tanda Autisme Ibu Ayah Pantau Anak Ya

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 323 hits
Kanak kanak normal pun boleh ada tanda tanda autisme Jangan terkejut dengan kenyataan ini ya ibu ayah Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku pada anak anda yang lahir normal sekiranya tidak dipantau sejak awal Autisme adalah spektrum...
Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

Tak Boleh Peluk Anak Macam Orang Lain Perit Tak Boleh Jadi Ibu Normal Elyana Kongsi Kisah Besarkan Anak Kanser Tahap 4

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 222 hits
Perjalanannya cukup struggle sejak belas tahun lalu namun semangat juangnya itu membuktikan kanser bukanlah penamat hidup selagi belum sampai masanya Kisahnya jarang dikongsi namun kali ini dia sudi berkongsi perjalanan menjadi ibu dan pesa...
Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 214 hits
Alih perhatian anak kecil kita dari gajet apa kata mak ayah cuba asah kemahiran motor halus anak anak di rumah sebaiknya Apa kemahiran motor halus anak dan apa aktiviti yang boleh merangsang mereka Ini yang mak ayah perlu tahu Kemahiran mot...
Kita Boleh Lakukan Ini Dr Halina Layan Soalan Penyusuan Dari Pengikutnya Inspirasi Ibu Ibu Lain Menyusukan Anak

Kita Boleh Lakukan Ini Dr Halina Layan Soalan Penyusuan Dari Pengikutnya Inspirasi Ibu Ibu Lain Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 212 hits
Isteri kepada Dato Dr Sheikh Muszaphar Datin Dr Halina Mohd Yunos sememangnya seorang wanita dan ibu yang penuh inspirasi Ibu kepada enam orang cahaya mata termasuk dua pasang anak kembar ini benar benar wanita bertuah dalam perjalanannya m...
Pasangan Muda Ini Antara Contoh Yang Boleh Diikuti Duduk Di Pondok Sangkar Ikan Pun Rumah Bersih Dan Kemas Sangat

Pasangan Muda Ini Antara Contoh Yang Boleh Diikuti Duduk Di Pondok Sangkar Ikan Pun Rumah Bersih Dan Kemas Sangat

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 195 hits
Pasangan Muda Ini Antara Contoh Yang Boleh Diikuti Duduk Di Pondok Sangkar Ikan Pun Rumah Bersih Dan Kemas Sangat Jadi bayangkanlah bagaimana rupa tongkang tu bila dah pecah Mesti tunggang langgang kan Maksudnya dah tak serupa rumahlah tu A...
Jangan Kata Begini Ketika Marah Anak Anak Cuba Ubah Pada Ayat Ini Lagi Elok

Jangan Kata Begini Ketika Marah Anak Anak Cuba Ubah Pada Ayat Ini Lagi Elok

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 245 hits
Ibu antara orang nombor satu anak anak akan sayang sehingga ke akhir hayat Walaupun sesekali garang anak anak tetap nak bermanja Tak dinafikan ada masanya jika ibu terlalu penat anak pula buat hal akan terkeluar kata kata yang tak diminta S...
Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 176 hits
Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat bergantung pada apa yang ibu makan Sebab tu kena pilih makanan yang baik baik untuk dibawa masuk ke perut supaya anak dapat khasiatnya sama Ibu mengandung tak boleh tinggal buah Tinggalkan m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah