Amy Search Sayu Terkenang Arwah Ibu Video


SEMBILAN bulan sejak pemergian ibu tercinta, Amy sentiasa mengenang memori manis bersama. PETALING JAYA – Ramadan menggamit rasa sayu buat ikon rock, Amy Search apabila buat pertama kali meraikan kehadiran bulan penuh rahmat tanpa ibu tercinta Allahyarham Fatimah Idris.
Allahyarham ibunda Amy menghembuskan nafas terakhir pada 1 Ogos tahun lalu.
Bagi bekas vokalis kumpulan tersohor itu, rutin tahunan menyambut ketibaan puasa dengan pulang ke kampung halaman membuat persediaan bersama bonda meninggalkan nostalgia tersendiri.
Katanya, sudah menjadi kemestian untuk menziarahi pusara ayah selain mengambil alih tugas memasak di dapur terutama pada ketika tahap kesihatan ibunya sudah menurun.
“Tahun ini saya menyambut Ramadan tanpa seorang ibu. Semasa menziarahi pusara arwah, terasa sedih sangat. Ingat lagi dahulu, saya balik ke Johor Bahru menziarahi pusara ayah sebelum Ramadan.
“Kebiasaannya, seminggu sebelum raya, saya sudah berada di kampung. Masa itu, saya kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan pergi ke pasar beli keperluan sambut raya.
“Saya akan menyiapkan semua bahan-bahan nak memasak. Termasuklah menu kegemaran, rendang daging atau paru dan ayam masak hijau.
“Masa itu emak sudah tak kuat, sayalah yang masak. Tapi dia tunjukkan macam mana cara nak menumis semua bahan-bahan,” katanya.
Penghibur berusia 63 tahun itu meluahkan rasa sayu selepas menziarahi pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, kelmarin.
Sudah lapan bulan berlalu sejak arwah pergi pada usia 91 tahun disebabkan sakit tua, tidak sehari pun pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman itu melupakan detik manis mereka.
Lebih membuatkan tangkai hatinya diulit pilu apabila tiada lagi tangan untuk disalami bagi memohon keampunan seperti yang biasa dilakukan pada pagi 1 Syawal nanti.
“Sudah pasti Ramadan tahun ini terasa sangat tanpa ayah dan emak, inikan pula pada pagi hari raya kerana tiada lagi mohon ampunkan dosa-dosa saya,” tambah bapa kepada lima cahaya mata itu lagi.
Pada masa sama, penyanyi Tiada Lagi itu mengakui arwah adalah insan yang memahami dirinya tanpa perlu diberikan sebarang penjelasan.
“Emak yang tahu saat saya kesedihan dan gembira. Tak pernah sekali pun saya mengadu kesusahan kepada emak.
“Al-fatihah buat emak dan ayah. Moga Allah SWT tempatkan ayah dan emak di syurga firdaus dengan keredaan-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.
Sebelum ini, Allahyarham pernah tinggal bersama Amy, namun turut dijaga secara bergilir bersama kakak sulung penyanyi itu yang tinggal di ibu negara.
Selain penyanyi itu dan kakak sulungnya, arwah meninggalkan seorang lagi cahaya mata serta 12 cucu dan dua cicit. – KOSMO! ONLINE
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video) GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36% Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail Ceti Haram Salah Alamat Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor? Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel Nelayan Rusia temui anak naga Zamani Slam goyang jadi juri Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam! Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

The post Amy Search sayu terkenang arwah ibu [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/10/amy-search-sayu-terkenang-arwah-ibu-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Tak Tahu Apa Yang Saya Rasa Ibu Mangsa Basikal Lajak Berhenti Membuat Biskut Memasak Selalu Teringat Arwah Anak

Mereka Tak Tahu Apa Yang Saya Rasa Ibu Mangsa Basikal Lajak Berhenti Membuat Biskut Memasak Selalu Teringat Arwah Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 638 hits
Shabariah Yusoff ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir 16 yang maut dalam kemalangan bersama tujuh rakannya ketika bermain basikal lajak di lebuh raya pada jam 3 pagi 2017 meminta orang ramai menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang m...
Pertama Kali Beraya Tanpa Emak Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang Tua

Pertama Kali Beraya Tanpa Emak Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang Tua

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 159 hits
Redup hati Amy Search mengenangkan kepergian ibu tercinta Allahy4rham Fatimah Idris yang pergi menghadap Illahi pada 1 Ogos tahun lalu Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyambut b...
Ibu Sebak Terima Ijazah Arwah Anak

Ibu Sebak Terima Ijazah Arwah Anak

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 157 hits
TERIMA KASIH Juliana mewakili Allahyarhamah anaknya menerima ijazah daripada Naib Canselor UMS Foto Ihsan Universiti Malaysia Sabah KOTA KINABALU Tiada ungkapan mampu dilafazkan oleh seorang ibu tatkala menerima ijazah Allahyarhamah anak ke...
Lhdn Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk Kepuk

Lhdn Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk Kepuk

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 159 hits
LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk Kepuk Ada sahaja benda yang tidak kena dengan setiap video yang dikongsikan seorang influencer Aisar Khaled ni Kali ini dia dilihat sedang rancak menunjukkan wang berkepuk kepuk sehingga mendakwa ...
Fotonya Beredar Jadi Terduga Pengeroyok Ade Armando Pria Ini Bikin Video Bantahan

Fotonya Beredar Jadi Terduga Pengeroyok Ade Armando Pria Ini Bikin Video Bantahan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 135 hits
Melalui video yang beredar Try didampingi kepala kampungnya membantah bahwa dirinya adalah pelaku dari pengeroyokan terhadap Ade
Tunggang Motosikal Guna Kaki Tangan Main Telefon Video

Tunggang Motosikal Guna Kaki Tangan Main Telefon Video

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 198 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang pelajar lelaki memandu motosikal menggunakan kaki sambil bermain telefon Instagram JAKARTA Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia kerana memaparkan senario seorang pelajar lelaki menu...
Video Wanita Tak Lari Siap Kongsi Tips Bila Berdepan Situasi Dikejar Anjing

Video Wanita Tak Lari Siap Kongsi Tips Bila Berdepan Situasi Dikejar Anjing

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 175 hits
Sama ada takut atau tak biasa bergaul dengannya tidak dinafikan sesetengah daripada kita f0bia setiap kali ternampak anjing Lebih lebih lagi jika pernah ada pengalaman situasi dikejar haiwan tersebut confirm sanggup buat apa sahaja asal dap...
Tak Marah Cuma Suara Memang Tinggi Video Kanak Kanak Berniaga Tarik Perhatian Nak Beli Pun Rasa Takut Ni

Tak Marah Cuma Suara Memang Tinggi Video Kanak Kanak Berniaga Tarik Perhatian Nak Beli Pun Rasa Takut Ni

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 317 hits
Nada seorang kanak kanak yang seolah olah marah ketika sesi jual beli dilakukan walaupun sebenarnya tidak tular di aplikasi TikTok dan dikongsi oleh seorang lelaki dikenali sebagai Sapik Video pendek dikongsi memaparkan kepetahan seorang ka...
Video Mal Tunjungan Plaza Kebakaran Pengunjung Panik Berhamburan

Video Mal Tunjungan Plaza Kebakaran Pengunjung Panik Berhamburan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 200 hits
Kebakaran terjadi menjelang berbuka puasa Bongkahan api terlihat dari atas gedung tersebut
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa