Ambil Perangai Mustapa Sebagai Modal Dekati Rakyat


SUSUPAN TENGAHARI
Sebagai wakil rakyat biasa Mustapa
turun berkempen untuk calon PH di Cameron Highlands.KEKALAHAN pertama Pakatan Harapan (PH) di kerusi P078 Cameron Highlands 24 Januari lalu diterima dengan berbagai reaksi termasuk daripada kalangan pendokong PH sendiri.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, A Kadir Jasin juga ikut sama terbias memberi reaksi dan mentafsir kepada kekalahan itu.


Bagi Kadir kekalahan itu sesuatu yang membimbangkan, sehingga terkeluar kata-kata pesanan daripadanya, "kalau rakyat boleh undi PH (untuk jadi kerajaan), rakyat juga boleh undi PH menjatuhkannya."

Kadir begitu obses, menjadi sedikit skeptikal dengan kekalahan pertama itu. Iya, walaupun kekalahan itu tidak memberi impak besar, tetapi faktor membawa kepada kekalahan itu, dibimbangi.

Justeru jangan pandangan ringan kepada kebimbangan disuarakan Kadir itu. Ia perlu diambil kira dan PH perlu membaiki keadaannya, bermuhasabah diri dan organisasi (persepakatan dalam PH) agar yang bekah carik tidak akan carik dan bedah.

Mungkin bagi Kadir awal sangat untuk PH menerima kekalahan kerana ia berlaku apabila belum sampai setahun PH jadi kerajaan. Dalam tempoh itu seharusnya PH berada dalam keadaan kuat dan disayangi rakyat. Tetapi apabila tiba-tiba kalah, (besar pula, majoriti 3,230) ia menghairankannya. Beliau bimbang kekalahan itu akan berjangkit, ekoran ada beberapa perkara yang boleh memudaratkannya. Semua itu perlu ditangani sebaik mungkin.

Bagi Kadir antara punca kekalahan itu, kerana prestasi kerajaan PH tidak memuaskan, apabila kepedulian kepada nasib rakyat menjadi pertikaian. Beberapa janji kepada rakyat belum ditunai dan kerajaan sendiri masih beralasan ianya sedang dalam kajian. 
Menteri tidak menyerlah.Para menteri dalam membawa haluan dalam kerajaan baru pula tidak menyerlah, tidak memberikan keyakinan kepada rakyat. Beliau menyebut beberapa kementerian yang baginya tidak menunjukkan prestasi memuaskan. Kementerian itu pula semuanya yang terlibat dan bertanggung-jawab langsung kepada rakyat khasnya di luar bandar.

Beliau tidak menyebut secara langsung kementerian-kementerian berkenaan hanya memberi simbolik, menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam pengeluaran makanan, bekalan, pengangkutan, harga, pemantauan dan penguatkuasaan. Kita dapat memahami kementerian-kementerian yang disebut itu. 
Kementerian yang bertanggunjawab dalam pengeluaran dan bekalan ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, pengkuatan ialah Kementerian Pengangkutan, harga pula ialah Kementerian Industri Dalam Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sementara pemantauan dan  penguatkuasa, termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Kebetulan antara kementerian disebutkan sebagai lemah itu adalah yang berhubung langsung dengan kehidupan masyarakat di luar bandar di mana. Dan bila disebut luar bandar ia khususi adalah di kalangan orang Melayu. 
Ini bermaksudkan kerajaan PH kini tidak alert (peka) kepada kepentingan masyarakat luar bandar. Keadaan atau kelemahan ini inilah yang boleh membawa kekalahan kepada PH di Cameron Highlands kerana kawasan parlimen itu diwakili 90% masyarakat luar bandar yang memerlukan khidmat langsung daripada kementerian-kementerian disebutkan tadi.

Selain membangkit kelemahan kerajaan itu beliau juga menyebut mengenai lagak para menteri yang mempamerkan diri sebagai eletis. Semasa kempen pilihan raya di Cameron Highlands katanya, beliau nampak menteri berada di meja vip dan tidak bersama rakyat. Sikap dan perangai inilah menjadikan kerajaan sekarang ini dijauhi rakyat. 
Saya ingin mengesahkan apa disebut oleh Kadir itu. Dua kali saya turun ke Cameron Highlands masa pilihan raya itu, saya tidak nampak atau terbaca bunting menerakan wajah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Pendidikan, atau pun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Perusahaan Awam, Menteri Kerja Raya dan lain-lain? Apakah mereka turun atau tidak

Dalam pemerhatian Kadir juga, para pegawai menteri juga mempunyai saham melemahkan kerajaan dan menteri, bila mana mereka tidak cekap bersikap birokatik dan menjauhi rakyat. Ketidakcekapan ini antara lain, mereka gagal mempertahankan menteri, menjaga reputasi menteri masing-masing. Mereka juga seolah-olah "makan gaji buta". Misalnya apabila ada isu-isu tertentu menyebabkan menteri mereka diserang, dihentam dalam media sosial, mereka tidak berbuat apa-apa dan menyerahkan kepada kebijaksanaan penyokong untuk mempertahankan menteri

Sepatutnya merekalah orang yang ke hadapan atau pun membuat "cetusan idea" untuk membela menteri mereka.  Atau pun apa-apa perkara fitnah terhadap menteri yang ada hubung kait dengan pejabat, polisi dan dasar sepatutnya mereka yang mula-mula muncul kerana mereka lebih arif dan memahami daripada "masmeso" (masyarat media sosial) yang lain. 
Yang dikaitkan dengan birokrasi mungkin kerana terdapat pegawai menteri yang bersikap kepegawaian yang mengetatkan ruang untuk berjumpa dengan menteri. Kawalan yang tidak bersikap diplomasi dan politis ini telah menjadikan menteri sebagai sultan dan maharaja yang penuh dengan protokol dan adat istiadat untuk menemuinya. Sebenarnya sikap dan budaya politik feudal inilah menyebabkan menteri bersenggang dengan rakyat.  
Perkara ini dapat disahkan. Saya sendiri pernah mengadakan ujian kepada seorang pegawai menteri, meminta tarikh untuk berjumpa dengan menteri. Setelah menunggu satu bulan setengah, menteri berkenaan masih belum dapat ditemui

Saya sengaja membuat temu janji itu untuk melihat sejauh mana kecekapan, keprihatinan dan concern pegawai berkenaan dengan tugas dan peranannya. Sedangkan kalau saya nak jumpa dengan menteri berkenaan saya boleh call atau whatsApp sahaja terus dapat tarikh dan masa untuk menemui mereka. Apa yang diperkatakan Kadir itu satu kebenaran.
A Kadir JasinApabila Kadir membilang hal itu saya bersetuju dengannya - menteri kini agak jauh dengan rakyat, tidak seperti sebelum menjadi menteri. Bahkan saya sejak awal-awal lagi membangkitkan mengenai sikap tidak peduli kerajaan, para menteri, timbalan menteri kepada masyarakat diluar bandar sana, khususnya para peneroka dan penoreh yang hidup mereka tertekan dengan kos sara hidup tinggi sementara pendapatan asas mereka, kelapa sawit dan getah menurun. 
Cerita seorang peneroka seperti ditularkan Najib Razak bahawa belacan lebih mahal daripada sawit ada kebenarannya. Metafora itu seharusnya diambil sebagai bahan kajian oleh kerajaan PH.

Bagi penduduk luar bandar dan peneroka, mereka tidak mengharapkan kerajaan melakukan sesuatu drastik untuk mengubah kehidupan mereka. Mereka sedar akan kengkangan kerajaan PH dengan masalah yang dilambakkan oleh Najib Razak dan regimnya. Mereka tahu negara ini dirosakkan Najib, bukan mudah diperbaiki. Namun ia bukan caranya dengan terus menceritakan mengenai kerosakan dan kesalahan Najib itu, tanpa memperbaiki pelan membina semula negara. Peringkat awal apa yang mereka perlulah ialah mereka dipedulikan dan dimasukkan dalam "diari" untuk menerima imbuhan kemenangan. Seperti kata seorang peneroka di Felda Ciku, Gua Musang kepada saya, yang merintih, mengenai nasib dan kehidupan peneroka waktu ini. Rintihan itu ada dua perkara, kesusahan hidup dan rasa keterasingan daripada kerajaan, para pemimpin. 
"Saya hairan dahulu mereka boleh datang sini dan juga kawasan Felda lain. Walaupun pihak pengurusan tidak layan, malahan ada yang sekat dan halang, tetapi mereka "terak" masuk juga. Walhal pada masa ini kalau mereka nak datang bila-bila masa sahaja, pintu terbuka tidak ada siapa menghalang lagi," katanya

Beliau merujuk kepada kawasan Feldanya. Selepas lima bulan PH jadi kerajaan tidak ada seorang pun mana-mana pemimpin kerajaan bertaraf, menteri, timbalan menteri atau pegawai menteri yang masuk menjenguk dan bertanya khabar nasib mereka

Menurut peneroka itu, para peneroka dan juga masyarakat luar bandar tahu akan kengkangan dan keupayaan kerajaan kini. "Kita tidak mahu mereka menukar kehidupan kita ini seperti Jin yang ada lampu ajaib, yang mana dengan lampu itu boleh mengadakan apa-apa yang dipinta. Tetapi apa yang kita mahu datanglah jenguk kita juga. Itu sahaja yang kita harapkan pada masa ini."
Mereka juga seakan cemburu dengan lagak dan gaya menteri dan orang-orang mengelilinginya kini yang mempamerkan gambar dalam bentuk suasana riang ria dan penuh kegembiraan kerana menang dan berkedudukan. Menurutnya, para peneroka juga ingin sama merasa hawa kemenangan itu, dengan bergambar bersama menteri. "Tidak dapat naik Velfire baharu menteri pun tak apa, dapat bergambar dengannya sudah cukup," kata peneroka itu. 
Selepas bertemu peneroka itu saya menghantar satu posting dalam blog ini meminta menteri mengambil peduli nasib mereka. Saya cadangkan dibentuk satu badan khas (task force) untuk mempedulikan nasib masyarakat luar bandar yang terdiri daripada beberapa kementerian yang ada sangkut paut dengan kepentingan masyarakat luar bandar. 
Kementerian itu ialah, Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA), Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Industri Utama dan juga Kementerian Kesihatan. Menteri-menteri dari kementerian ini boleh melayani rakyat. Kerana masalah kengkangan kewangan, mereka tidak pun perlu datang mengumumkan projek atau melancarkan pelan pembangunan sosial dan ekonomi dan sebagainya tetapi cukup hanya bertemu mata dengan rakyat. 
Kalau menteri sangat sibuk dengan urusan negara, mereka boleh hantar timbalan atau pun wakilnya pegawai-pegawai kerajaan Ketua Setiausaha Kementerian dan lain-lain.

Namun cadangan itu berlalu begitu sahaja. Sepanjang perhatian saya tidak ada menteri yang membuat apa-apa program khusus untuk rakyat luar bandar, kecuali masyarakat nelayan dan petani ada juga disantuni oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani Salahuddin Ayub. Pendekatan Salahuddin menemui beberapa komuniti nelayan dan pertanian menggembirakan rakyat bawahan sana. Seharusnya pegawai menteri, ketua agensi dibawah kementerian masing-masing memainkan peranan ini sebagai mewakili menteri. 
Inilah yang A Kadir sifat menteri dan pegawai menteri tidak mesra rakyat dan menjauhi rakyat
Sekali lagi dibilang masa untuk mengulik mimpi dan honey moon dengan jawatan sudah pun habis. Rakyat tidak tertarik dengan para pegawai berpakaian segak, bergambar di kantin parlimen atau pun di bilik persidangan, atau bilik mesyuarat menteri, atau pun ditangga kapal terbang, airport kerana mengikut rombongan menteri. Gambar-gambar dari lokasi itu menimbulkan cemuhan rakyat dan ia tidak membantu mendekatikan kerajaan dengan rakyat

Begitu juga rakyat tidak teruja dengan menteri menceritakan pengalaman barunya dalam apa-apa lawatan di luar negara. Rakyat tidak suka dengan cerita menteri, semalam saya baru balik dari negara itu dan negara ini kerana menghadiri persidangan itu dan ini. Sikap nak menunjuk makan angin begitu tidak serasi dengan jiwa rakyat. 
Apa yang rakyat hendak dengar dan seronok menteri berkata, semalam saya di Gua Musang berjumpa dengan penoreh getah, kelmarin dahulu saya di Kuala Kedah berjumpa dengan nelayan, atau esok akan ke akan ke kawasan setinggan di Klang. 
Dalam konteks ini saya suka kalau menteri khasnya dan para pemimpin PH mengambil suri teladan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed. Tidak terlebih kalau dikatakan, antara pemimpin yang senantiasa berada dekat dengan rakyat ialah Mustapa. Walaupun beliau tidak menjadi menteri, tetapi rutin beliau bersama rakyat Jeli sejak lebih 20 tahun diterus hingga kini. 
Dalam seminggu beliau akan berada tiga hari di Kuala Lumpur, dan empat hari hari di Jeli. Jarak Jeli dari lapangan terbang Pengkalan Chepa sejauh 200 km memakan masa dua jam. Jarak itu tidak pernah menjemukannya walaupun ia sudah bertahun.  
Pendekatan dan budaya inilah membolehkan beliau kekal dan menang di Jeli. Baginya kekalahan, dan kehilangan jawatan tidak menjadi halangan dan alasan untuk beliau menjauhi rakyat. 
Komitmennya kepada partinya juga tinggi. Semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands, beliau turun dua kali berkempen untuk calon PH. Walaupun penampilannya di dalam pilihan raya itu kurang menyenangkan kerana diserang oleh rakan-rakannya dalam Umno, tetapi atas tanggungjawab bahawa beliau kini bersama PH, beliau tetap hadir juga bagi membantu calon PH

Sikap dan cara seperti Mustapa inilah yang patut dicontoh oleh semua pemimpin; rajin dan komited dengan tanggungjawab. Jika budaya kerja seperti diamalkan Mustapa ini dicontohi  dan dijadikan model, masalah yang disebut oleh Kadir Jasin tadi tidak akan berlaku, dan jarak kerajaan dengan rakyat juga tidak jauh dan terlindung. [wm.kl.1:38 pm 30/01/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/01/ambil-perangai-mustapa-sebagai-modal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 554 hits
Rakyat Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai ketegasan Malaysia berhubung isu Israel KEPUTUSAN Malaysia untuk mengharamkan kemasukan atlet renang Paralimpik Israel terus mendapat reaksi posit...
Mahathir Jadikan Isu Atlet Israel Sebagai Modal Politik

Mahathir Jadikan Isu Atlet Israel Sebagai Modal Politik

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 392 hits
oleh Ab Jalil Backer Ketika kerajaan dibelengu pelbagai masalah ekonomi dalam negara maka sekali lagi Israel dijadikan modal mengalih tumpuan Keputusan Tun Dr Mahathir tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dun...
Kepuasan Rakyat Atas Kinerja Pemerintah Dinilai Modal Jokowi Menang Di Pilpres

Kepuasan Rakyat Atas Kinerja Pemerintah Dinilai Modal Jokowi Menang Di Pilpres

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 268 hits
Pasangan calon presiden nomor urut 01 Joko Widodo dan Ma ruf Amin diyakini berpotensi kuat menang pemilu berdasarkan hasil survei publik di sisa kurang lebih tiga bulan Kinerja Jokowi sebagai petahana menjadi kunci di hari pencoblosan 17 Ap...
Teruskan Ini Selepas Rakyat Ajar Ph Di Ch

Teruskan Ini Selepas Rakyat Ajar Ph Di Ch

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 184 hits
KEMENANGAN BN di Cameron Highland mengalahkan PH tiba tiba disambut gembira oleh kebanyakan rakyat Tanpa mengira parti mana asalkan bukan daripada PH mereka paling kurang tersenyum menyambut kekalahan PH Penambahan majoriti kepada BN member...
Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 417 hits
Dikala propaganda konon UMNO BN sudah tidak lagi diterima rakyat sedang memuncak terutama dalam media arus perdana yang kononnya lebih bebas berbanding dulu kita menang dalam PRK Cameron Highland semalam Lebih manis majoriti yang diterima k...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Kerana Yakinkan Saya Tun M Pilihan Terbaik Kata Azmin

Terima Kasih Rakyat Malaysia Kerana Yakinkan Saya Tun M Pilihan Terbaik Kata Azmin

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 468 hits
Azmin Ali berselfie bersama Tun Mahathir Foto oleh the StarMenteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter rasminya berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan berkhidmat sehingga ke akhir hay...
Ph Kalah Amaran Rakyat Kepada Kerajaan

Ph Kalah Amaran Rakyat Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 396 hits
Aizat Sharifcnews nstp com myKEKALAHAN Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands adalah satu peringatan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera mengatasi masalah yang timbul masa ini Timbalan Presiden PH Tan Sri Muh...
Pas Pahang Kerjasama Dengan Bn Demi Manfaat Rakyat

Pas Pahang Kerjasama Dengan Bn Demi Manfaat Rakyat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 220 hits
Oleh Abdul Razak Raaff dan Amin Ridzuan IshakPESURUHJAYA PAS Pahang Rosli Abdul Jabar Foto Farizul Hafiz AwangKUANTAN PAS Pahang akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional dalam pelbagai isu yang memberi manfaat kepada rakyat dan mem...
Di Depan Komunitas Nasrani Sandiaga Janji Sejahterakan Rakyat Tanpa Pandang Sara

Di Depan Komunitas Nasrani Sandiaga Janji Sejahterakan Rakyat Tanpa Pandang Sara

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 250 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno bertemu dengan para Pendeta dan Komunitas Nasrani Karanganyar di Gedung PGRI Manggung Cangakan Karanganyar Jawa Tengah Senin Sandi diterima hangat oleh Pendeta Carles Milu Simeon Melan dan Trib...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba