Pas Pahang Kerjasama Dengan Bn Demi Manfaat Rakyat


Oleh Abdul Razak Raaff dan Amin Ridzuan Ishak
[email protected]
PESURUHJAYA PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUANTAN:  PAS Pahang akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam pelbagai isu yang memberi manfaat kepada rakyat dan mempertahankan Islam yang terbukti berjaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu lalu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata sebelum ini pihaknya sudah bekerjasama dengan BN terutama UMNO dalam himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kerjasama kita dalam bentuk isu semasa dan paling penting fokusnya adalah untuk mempertahankan Islam yang PAS sentiasa konsisten. Kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands adalah bukti kejayaan menerusi penyatuan dua parti itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada PRK Cameron Highlands, calon BN, Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi. Pada PRK itu, 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Mengulas lanjut, Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, berkata jentera PAS di Cameron Highlands mematuhi arahan pucuk pimpinan supaya menyokong calon BN pada PRK itu.

“Sokongan terhadap calon BN terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai meningkat dan ia membantu menambah majoriti dimenangi Ramli. Kita gembira dengan kemenangan itu yang membolehkan ada wakil pembangkang di Parlimen untuk membolehkan kerajaan sekarang dipantau dengan lebih rapi demi kepentingan rakyat,” katanya.

Katanya, kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands adalah satu amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya melakukan sesuatu bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan dihadapi rakyat pada masa kini.

“Di Parlimen Cameron Highlands ada banyak isu tempatan seperti kejatuhan harga sawit dan kesukaran dihadapi peneroka FELDA kini, ia memberi kesan kepada bentuk pengundian pada pilihan raya kecil itu. PH harus melihatnya sebagai satu amaran supaya berbuat sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, berkata kerjasama erat jentera pilihan raya BN dan PAS sepanjang PRK Cameron Highlands perlu diteruskan bagi menghadapi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Mac ini.

“Kesungguhan kerjasama yang ditunjukkan jentera pilihan raya PAS dan BN banyak membantu BN mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands, malah turut membantu meningkatkan majoriti calon.

“Momentum kerjasama erat dan sistematik sepanjang tempoh berkempen yang ditunjukkan PAS dan BN patut diteruskan ke PRK DUN Semenyih sekali gus berusaha merampas kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/pas-pahang-kerjasama-dengan-bn-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 380 hits
ARAU 27 Jan Kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menunjukkan perkembangan positif hasil penyatuan antara UMNO dan Pas selain memberi mesej jelas terhadap kebangkitan rakyat khususnya umat Islam yang menolak k...
Kerjasama Bn Dengan Pas Akan Lebih Kukuh

Kerjasama Bn Dengan Pas Akan Lebih Kukuh

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 276 hits
Diterbitkan Hari ini 11 43 tengahariSelepas kekalahan di PRK Cameron Highlands Pakatan Harapan dijangka berdepan cabaran sama di PRK DUN Semenyih yang bakal diadakan 2 Mac ini Ini kerana beberapa tokoh Umno dan PAS sudah membayangkan kerjas...
Pas Adalah Sebuah Parti Kebuloq Kuasa Rakyat Nak Termuntah Mahfuz

Pas Adalah Sebuah Parti Kebuloq Kuasa Rakyat Nak Termuntah Mahfuz

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 372 hits
Bekas anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar parti Islam itu kerana menggesa penubuhan kerajaan perpaduan di Kedah walaupun sebelum ini menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke 14 Naib Presiden Parti Amana...
Kerjasama Bn Pas Penyumbang Kemenangan Di Cameron Highlands

Kerjasama Bn Pas Penyumbang Kemenangan Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 364 hits
Agenda penyatuan ummah antara Barisan Nasional dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama d...
Prk Ch Tahniah Bn Dan Pas Rakyat Lepas Geram Kepada Pembohong

Prk Ch Tahniah Bn Dan Pas Rakyat Lepas Geram Kepada Pembohong

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 407 hits
SAYA tidak terlalu teruja dengan kemenangan Barisan Nasional di Cameron Highlands Bagi saya ini hanya permulaan kepada perjuangan untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan mematangkan mereka dalam membuat keputusan yang penting serta besar ...
Mat Hasan Kerjasama Pas Faktor Kemenangan Bn

Mat Hasan Kerjasama Pas Faktor Kemenangan Bn

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 393 hits
PRK CAMERON Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerjasama dengan PAS merupakan antara faktor kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands hari ini Dalam sidang media selepas pengumuman keputusan ras...
Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 356 hits
PRK Cameron Highlands bukti Melayu Bumiputera tolak DAPBANGI Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands membuktikan orang Melayu dan Bumiputera yakin UMNO dan PAS adalah sandaran terbaik dalam memperjuang kepentin...
Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 454 hits
Dikala propaganda konon UMNO BN sudah tidak lagi diterima rakyat sedang memuncak terutama dalam media arus perdana yang kononnya lebih bebas berbanding dulu kita menang dalam PRK Cameron Highland semalam Lebih manis majoriti yang diterima k...
Pensyarah Ukm Kerjasama Pas Umno Akan Kalah Kan Ph

Pensyarah Ukm Kerjasama Pas Umno Akan Kalah Kan Ph

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 562 hits
Kerjasama strategik Pas Umno bakal mengalahkan PH dalam PRU15 kelak Menurut Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Abdul Muein Abadi ini kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno u...
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mrfix Gadgets Puncak Alam Repair Iphone Laptop

Pasang Bendera Terbalik Rakyat Malaysia Terlalu Bodoh Atau Sengaja Cetus Provokasi

How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home

Pemuda Maut Selepas Tak Sedarkan Diri Ketika Sertai Acara Berbasikal

Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

Justice For Zara