Hukuman Bukan Cara Selesaikan Masalah Disiplin Murid Kata Pakar


Siva Selan Pakar mengesyorkan untuk ibu bapa, guru teliti akar permasalahan tingkah laku berbanding menggunakan hukuman keras.

Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang berjalan pulang ke rumah masing-masing setelah tamat sesi persekolahan. Pakar tidak menggalakkan golongan pendidik untuk menggunakan pendekatan hukuman sebagai cara menangani masalah disiplin kerana ia akan mencetuskan perasaan memberontak dengan tingkah laku negatif.
Mereka memberitahu MalaysiaNow, kaedah lebih produktif adalah menyelesaikan akar kepada masalah itu berbanding respons secara terus terhadap perilaku yang ditunjukkan.
Hal ini dibangkitkan susulan beberapa laporan berkenaan murid sekolah menengah di Kelantan yang menulis perkataan mencarut di baju sekolah terhadap guru sekolah mereka selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Murid-murid tersebut kemudian didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 4, Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM100.
Dalam satu laporan lain, seorang murid dikatakan membuang buku ke dalam sungai bagi meraikan peperiksaan yang selesai dijalaninya.
Kesemua kejadian tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial dan mencadangkan agar tindakan disiplin perlu dilaksanakan ke atas murid-murid tersebut.

Antara cadangan yang diutarakan adalah penggunaan sistem dimerit yang memberikan markah sepanjang pengajian mereka bagi peluang pekerjaan dan kemasukan universiti.

Bagaimanapun, bagi seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak, Putri Afzan Maria Zulkifli berkata hukuman tidak harus menjadi pilihan utama dalam menyelesaikan masalah disiplin.

Katanya, ada perbezaan antara menyelesaikan masalah hanya pada permukaan dan menyelesaikan sesuatu masalah pada akarnya, kerana isu disiplin adalah masalah yang terus berlaku di sekolah.
Kebiasaannya, Putri berkata, kekurangan jalinan hubungan antara guru dan murid disebabkan tekanan untuk menyelesaikan silibus dan terpaksa menyiapkan kertas kerja tidak memungkinkan mereka membina hubungan rapat.
Katanya, tanpa hubungan baik antara guru dan murid, tidak akan timbul kepercayaan sesama mereka.
“Guna hukuman lebih berat atau selesaikan masalah disiplin dengan pendekatan keras bukan penyelesaian jangka panjang,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Ia hanya akan buat mereka lebih memberontak.”
Katanya, sebaliknya kementerian pendidikan harus meningkatkan kesedaran dalam kalangan guru, pembuat dasar dan ibu bapa tentang kepentingan membesarkan anak-anak dengan nilai dan etika yang baik dan menambah golongan dewasa perlu memberikan kerjasama dalam membantu anak-anak bermasalah.
Beliau turut menggesa kementerian untuk menilai semula pendidikan Islam dan moral di sekolah supaya ia betul-betul “berfungsi”.

“Apakah subjek-subjek tersebut diajar hanya untuk lulus periksa?”

Presiden Parent Action Group for Education Noor Azimah Abdul Rahim turut bersetuju hukuman tidak akan menyelesaikan isu disiplin.
Azimah memberitahu MalaysiaNow tindak tanduk negatif adalah petunjuk kepada masalah kesihatan mental, kerana murid-murid tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan.
Katanya, pakar kaunseling profesional boleh berperanan dalam membantu murid sedemikian.
“Pastikan pakar kaunseling di sekolah betul-betul layak dan dilatih secara profesional bagi menangani isu-isu demikian dari mula hingga selesai.
“Mereka mesti terdiri daripada pakar-pakar sepenuh masa, bukannya guru-guru separuh masa,” katanya.
Bagaimanapun, kata Putri, sistem sokongan harus disediakan agar murid boleh berkongsi masalah mereka.
“Secara saintifik, ketika anak-anak menunjukkan perilaku, ia adalah disebabkan ketidakpuasan emosi. Jadi, tingkahlaku yang kita tengok dari remaja-remaja tersebut mungkin kerana itu.”
Namun Putri dan Azimah bersetuju bahawa guru-guru hanya boleh melakukan peranan sehabis baik ketika berdepan dengan murid, namun, adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menanam nilai-nilai yang baik dalam diri anak-anak.

“Peranan ibu bapa tidak boleh dibuat main-main.

“Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk mereka dengan nilai-nilai yang baik. Sementara guru-guru adalah penyokong,” kata Azimah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/hukuman-bukan-cara-selesaikan-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Selesaikan Masalah Serangga Perosak Tanaman Guna Baking Powder Saja

Cara Mudah Selesaikan Masalah Serangga Perosak Tanaman Guna Baking Powder Saja

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 370 hits
Bila bercucuk tanam di kawasan rumah mesti tidak terlepas daripada masalah serangga perosak Kalau dah kena dan dibiarkan memang habis tanaman Sebab itu ramai sanggup buat bermacam macam cara untuk menyelamatkan tanaman dari jangkitan kulat ...
Penyelesaian 10 Perkara Cara Terbaik Selesai Isu Kalimah Allah Kata Najib

Penyelesaian 10 Perkara Cara Terbaik Selesai Isu Kalimah Allah Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 300 hits
Penyelesaian 10 perkara dicadangkan kerajaan pada 2011 adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim kata Najib Razak yang menjadi perdana menteri ketika itu Beliau berkata penyelesaian itu akan menamat...
Cara Daftar Online Sekolah Murid Tahun 1 Ambilan 2022 2023

Cara Daftar Online Sekolah Murid Tahun 1 Ambilan 2022 2023

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 404 hits
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga tahun 2021 Mulai minggu ini juga anak anak dah mulakan sessi persekolahan secara bersemuka mengikut tahap tahap tertentu Pasti ada kelegaan di hati ibu bapa kerana pembelajaran secara maya sebe...
Soalan Padu Dari Pengarah Hospital Rpz Bila Mb Pas Kelantan Nak Selesaikan Masalah Bekalan Air

Soalan Padu Dari Pengarah Hospital Rpz Bila Mb Pas Kelantan Nak Selesaikan Masalah Bekalan Air

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 431 hits
March 22 2021 Selepas lebih 10 tahun masalah bekalan air membelenggu Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu pengarahnya Dr Selasawati Ghazali tampil bertanya mengenai perancangan kerajaan dalam mengatasi masalah itu pada sesi soal jaw...
Demokrat Jateng Sarankan Sby Dan Kubu Klb Duduk Bersama Selesaikan Masalah

Demokrat Jateng Sarankan Sby Dan Kubu Klb Duduk Bersama Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 164 hits
Kader sekaligus pendiri dewan pimpinan daerah Partai Demokrat Jawa Tengah Dani Sriyanto mengingatkan kepada Ketua Majelis Tinggi Susilo Bambang Yudhoyono agar berupaya duduk bersama dengan kubu kongres luar biasa untuk menjaga eksistensi pa...
Pn Tidak Selesaikan Masalah Rakyat Mengapa Ph Dipersalahkan

Pn Tidak Selesaikan Masalah Rakyat Mengapa Ph Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 145 hits
Propaganda peringkat akar umbi penyokong Umno yang masih menamakan kerajaan Perikatan Nasional sebagai Pakatan Harapan amat mengelirukan rakyat terutama di luar bandar Menggunakan sebahagian pimpinan PN dari Bersatu sebagai momokan kononnya...
Biasakan Peluk Anak Lebih 6 Saat Ni Cara Simple Tenangkan Anak Dengar Kata

Biasakan Peluk Anak Lebih 6 Saat Ni Cara Simple Tenangkan Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 248 hits
Kalau nak kukuhkan hubungan dengan anak rajin rajinlah peluk Sama juga dengan pasangan Kajian dapati secara purata kebanyakan pelukan hanya sekadar 3 saat 3 saat tidak memadai Nak keluarkan hormon oxytocin mesti lebih dari 6 saat dan ke ata...
Saya Takde Masalah Bersedia Jumpa Anwar Kata Azam Baki

Saya Takde Masalah Bersedia Jumpa Anwar Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 171 hits
March 17 2021 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki bersedia untuk menerima dan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Jelasnya beliau dan SPRM sendiri tidak mempunyai masalah untuk...
Video Berunding Dengan Umno Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

Video Berunding Dengan Umno Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 295 hits
March 21 2021 Semalam bila aku menulis ada mamat PKR kata takkan sampai tak boleh berunding dengan UMNO Punya jahil tak reti beza Kleptokrat dengan UMNO antara parti UMNO dan Individu UMNO Itu sebab aku ingatkan kata Tok Guru Nik aziz JELAS...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025