Ambil Epidural Bukan Sebab Manja Sakit Tetap Sakit
Ramai ibu bila masuk bilik bersalin, mula dihujani pelbagai pandangan—dari kawan, mak mentua, jiran sebelah rumah. Ada yang cakap, “Bersalin biarlah natural, baru rasa pengorbanan sebenar.”
Tapi hakikatnya, keputusan untuk ambil epidural bukan soal suka-suka. Ia bukan semudah tekan butang dan terus hilang sakit. Ia keputusan besar yang melibatkan kesihatan ibu dan bayi.
Ramai ibu hamil keliru nak ambil epidural ketika bersalin atau tidak. Ini kerana ramai yang mendengar pelbagai kesan buruk selepas mengambil epidural.

Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang betul tentu kesahihannya sebelum anda merujuk kepada doktor pakar. Sebenarnya bukan semua ibu bersalin boleh suka-suka hati mengambil suntikan epidural. Semuanya atas saranan dan nasihat doctor atas faktor-faktor tertentu.
Pakar Bius, Dr Nur Ilyani Bujang berkongsi gambaran sebenar tentang siapa ibu hamil yang layak menerima suntikan epidural ini.
Secara umumnya ada tiga kumpulan ibu yang mengambil epidural
1. Ibu dinasihatkan ambil epidural atas sebab perubatan
– Ibu yang mengandung anak kembar dan dibenarkan bersalin secara vaginal
– Ibu yang mengandung anak songsang yang dibolehkan bersalin secara vaginal
– Ibu yang obesiti morbid yang berkemungkinan besar menghadapi masalah sekiranya memerlukan pembiusan separuh badan atau penuh di waktu kecemasan
– Ibu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau mild to moderate pre-eclampsia yang dibolehkan bersalin secara vagina
2. Ibu yang ditawarkan epidural supaya boleh bersalin dengan selesa
Mana mana ibu yang dijangkakan akan melaui proses bersalin yang lama, akan DITAWARKAN epidural. Ini termasuklah:
– Ibu yang mengandung anak sulung
– Ibu yang perlu melalui induksi (induction of labour)
– Ibu yang pernah melalui kelahiran caesarean
– Ibu yang mempunyai kandungan yang bermasalah
– Ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis

3. Ibu yang meminta epidural kerana tidak mahu melalui kesakitan bersalin
Bolehkah jika tidak mahu ambil epidural?
Jika anda adalah ibu yang tergolong dalam kategori sau, anda tergolong dalam kumpulan di mana epidural itu memberi manfaat pada diri anda. Jika anda menolak, sudah menjadi tanggungjawab doktor untuk menasihati. Sekiranya anda masih tidak mahu, tidak mengapa. Anda berhak untuk tidak mengambilnya.
Jika anda tergolong dalam kumpulan 2 dan 3, pilihan untuk mengambil epidural adalah di tangan anda sendiri.
Pilihan selain epidural?
Anda boleh pilih sama ada untuk :
– Tidak mahu ubat tahan sakit langsung
– Suntikan ubat tahan sakit seperti tramadol atau pethidine.
– ‘Patient control analgesia’ di mana sebuah mesin akan memasukkan ubat selaras dengan kemahuan anda (tidak semua tempat ada peralatan ini)
– Penggunaan gas nitrous oxide
Anda juga boleh mengurangkan rasa sakit dengan cara-cara lain seperti teknik pernafasan, urutan dan aromatherapy.
Tidak semua hospital mempunyai Jabatan Bius yang mempunyai bilangan kakitangan yang bertanggungjawab untuk memberi pembiusan epidural. Juga diingatkan bahawa ada ibu-ibu yang tidak sesuai untuk ambil pembiusan epidural ini kerana mempunyai kontraindikasi (situasi di mana prosedur itu tidak boleh dilakukan)
Jadi, tiada istilah promosi-promosi epidural umpama jualan murah dan boleh ambil sewenang-wenangnya tanpa saranan doctor.
Sumber: Dr Nurilyani Bujang
The post Ambil Epidural Bukan Sebab Manja, Sakit Tetap Sakit! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ambil-epidural-bukan-sebab-manja-sakit-tetap-sakit/