15 Cara Hilangkan Sakit Belakang Dengan Berkesan


Apakah cara hilangkan sakit belakang yang boleh anda lakukan sendiri di rumah?
Sakit belakang adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa berlaku di dunia. Ia boleh berlaku dalam bentuk rasa sakit yang berterusan atau rasa sakit yang tiba-tiba dan tajam sehingga memjalar ke kaki.
Kadangkala, sakit ini boleh berlaku mendadak disebabkan oleh kemalangan, terjatuh, dan mengangkat barang berat. Namun, ia juga boleh muncul secara perlahan-lahan akibat perubaan pada tulang belakang yang berkait dengan peningkatan usia.
Dalam sesetengah kes, penyakit radang sendi atau masalah kesihatan lain juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Rawatan untuk sakit belakang berbeza-beza bergantung pada punca dan gejala, dan sering kali melibatkan beberapa faktor yang menyumbang. Namun, terdapat beberapa cara hilangkan sakit belakang yang boleh anda ambil untuk menjaga kesihatan serta mengurangkan risiko sakit yang berpanjangan atau kronik.
Baca juga: Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering, Cuba 10 Pilihan Terbaik!
Apa itu Sakit Belakang? Sakit belakang adalah rasa sakit yang berlaku pada mana-mana bahagian tulang belakang kita, sama ada di leher, bahu, tengah belakang, belakang bawah atau hingga ke punggung. Ia bukan sahaja melibatkan tulang belakang, tetapi juga otot, saraf dan tisu yang ada di sekelilingnya.
Belakang badan kita merangkumi kawasan dari pangkal leher hingga ke tulang punggung. Di dalamnya terdapat tulang belakang yang terdiri daripada 24 tulang yang disusun bertingkat.
Tulang-tulang ini membentuk rangka utama belakang badan dan melindungi saraf tunjang kita, iaitu bahagian penting yang menghubungkan otak dengan seluruh tubuh.
Antara setiap tulang belakang, terdapat lapusan kusyen lembut yang dipanggil cakera intervertebral. Ia berfungsi untuk menyerap hentakan bila kita bergerak, berjalan atau melompat.
Selain itu, bahagian belakang kita juga disokong oleh otot, ligamen dan tendon yang membolehkan kita membongkok, menunduk atau berpusing. Tulang belakang dibahagikan kepada lima bahagian:
Serviks (leher): dari pangkal kepala hingga ke bahu. Torasik (belakang tengah): tempat tulang rusuk melekat. Lumbar (belakang bawah): bahagian yang paling biasa mengalami sakit. Sakrum: tulang berbentuk segitiga di antara pinggul. Koksi (tulang ekor): tulang kecil di hujung tulang belakang, tempat otot dan ligamen lantai pelvis melekat. Walaupun sakit belakang boleh berlaku di mana-mana bahagian, ia paling kerap berlaku di kawasan belakang bawah (lumbar), kerana bahagian ini menanggung beban badan yang paling besar.
Simptom & Gejala Sakit belakang boleh berlaku di satu kawasan tertentu atau menyebar ke seluruh bahagian belakang. Kadang-kadang, kesakitan ini boleg menjalar ke bahagian lain seperti punggung, kaki atau perut.
Tahap kesakitan ini juga berbeza bagi setiap individu. Bergantung kepada jenis, punca, dan lokasi sakit belakang, anda mungkiin mengalami simptom seperti berikut:
Rasa sakit yang semakin kuat apabila mengangkat barang atau membongkok. Kesakitan bertambah teruk apabila berehat, duduk terlalu lama, atau berdiri lama. Sakit belakang yang datang dan pergi. Kekakuan belakang pada waktu pagi yang semakin berkurang apabila mula bergerak. Kesakitan yang menjalar dari belakang ke punggung, kaki, atau pinggul. Rasa kebas atau lemah pada kaki atau tapak kaki. Siapa Yang Berisiko Dapat Sakit Belakang? Umumnya, sesiapa sahaja boleh berisiko untuk mendapatkan masalah sakit belakang. Namun begitu, terdapat beberapa golongan individu yang berisiko tinggi untuk mengalami sakit belakang atas faktor-faktor seperti:
1. Tahap Kecergasan Fizikal
Sakit belakang lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang kurang aktif atau tidak cergas.
Contohnya, otot belakang dan perut yang lemah tidak dapat menyokong tulang belakang dengan baik (iaitu kekuatan teras badan yang rendah). Sakit belakang juga boleh berlaku jika anda tiba-tiba bersenam secara berlebihan selepas lama tidak aktif melakukan aktiviti fizikal yang berat.
2. Pertambahan Berat Badan
Makan makanan yang tinggi kalori dan lemak, ditambah dengan gaya hidup yang tidak aktif, boleh menyebabkan kegemukan. Berat badan berlebihan ini memberi tekanan tambahan kepada bahagian belakang.
3. Faktor Pekerjaan
Pekerjaan yang melibatkan aktiviti mengangkat, menolak, menarik atau memulas tubuh secara kerap boleh mencederakan belakang.
Malah kerja pejabat juga boleh menjadi punca, terutamanya jika postur tidak betul atau anda duduk terlalu lama di kerusi yang tidak selesa.
4. Tahap Tekanan (Stres)
Jika anda sering mengalami gangguan tidur, kemuruangan atau kebimbangan, sakit belakang mungkin menjadi lebih kerap dan lebih teruk.
5. Umur
Sakit belakang lebih mudah berlaku apabila usia meningkat, terutamanya selepas umur 45 tahun.
6. Keturunan
Genetik juga memainkan peranan dalam sesetengah penyakit atau gangguan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
Jenis Sakit Belakang 1. Sakit Belakang Akut
Sakit ini berlaku secara tiba-tiba dan biasanya hanya berlangsung selama beberapa hari hingga beberapa minggu. Ia sering berkait dengan kecederaan atau tekanan fizikal yang berlaku baru-baru ini.
2. Sakit Belakang Sub Akut
Sakit ini boleh bermula secara mendadak atau perlahan-lahan, dan ia berlanjutan antara 4 hingga 12 minggu. Ia berada di antara sakit akut dan kronik, dan memerlukan perhatian jika tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
3. Sakit Belakang Kronik
Sakit ini mungkin datang secara tiba-tiba atau berkembang secara perlahan-lahan, tetapi ia berterusan lebih dari 12 minggu dan biasanay dirasai setiap hari. Ia selalunya memerlukan rawatan jangka panjang dan pemantauan rapi kerana mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Cara Hilangkan Sakit Belakang Terdapapat beberapa cara hilangkan sakit belakang yang berkesan untuk anda praktikkan di rumah. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kuatkan Otot Teras Badan (Core) Otot teras ialah otot-otot di sekeliling perut dan pinggang yang berfungsi menyokong tulang belakang. Jika otot-otot ini lemah, tulang belakang akan menanggung lebih banyak tekanan semasa anda duduk, berdiri atau mengangkat barang. Ini boleh menyebabkan sakit belakang.
Anda boleh melakukan senaman ringkas seperti plank, atau senaman duduk bangun untuk membantu menguatkan otot teras dan mengurangkan risiko sakit belakang berulang.
2. Regangkan Badan Setiap Hari Regangan atau stretching dapat membantu melonggarkan otot yang tegang dan meningkatkan kelenturan badan. Apabila otot menjadi lebih fleksibel, pergerakan harian seperti membongkok, berpusing atau duduk lama tidak akan memberikan tekanan berlebihan kepada belakang.
Antara regangan yang berkesan termasuk regangan pinggang, hamstring (belakang paha), dan pinggul. Anda boleh luangkan masa hanya 5-10 minit setiap pagi untuk regangan mudah ini.
3. Elakkan Duduk dengan Postur yang Salah Postur duduk yang salah seperti membongkok, menduduk ke depan terlalu lama, atau bersandar tanpa sokongan boleh membebankan tulang belakang.
Jika anda bekerja di pejabat, pastikan kerusi anda menyokong belakang dengan baik, skrin komputer selaras dengan paras mata, dan kaki anda rata di lantai.
Ambil masa setiap 30 minit untuk bangun dan regangkan badan agar tulang belakang tidak kaku.
4. Kerap Berjalan Kaki Berjalan kaki ialah senaman ringan yang sangat baik untuk merengangkan dan menggerakkan otot-otot belakang.
Ia juga membantu peredaran darah ke seluruh badan, termasuk ke bahagian belakang yang sakit. Luangkan masa 15–30 minit sehari untuk berjalan, sama ada di dalam rumah, di taman atau sekitar kawasan rumah. Elakkan duduk terlalu lama tanpa bergerak.
5. Kurangkan Tekanan Semasa Tidur Cara anda tidur boleh mempengaruhi sakit belakang. Tidur dalam posisi yang tidak betul, seperti meniarap atau tilam terlalu lembik, boleh menekan tulang belakang.
Pilih tilam yang memberikan sokongan sederhana (tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut). Jika tidur terlentang, letakkan bantal di bawah lutut; jika mengiring, letakkan bantal di antara lutut untuk menyokong tulang belakang dengan lebih baik.
6. Angkat Barang dengan Betul Ramai yang mengalami sakit belakang akibat teknik mengangkat barang yang salah. Jangan membongkok dari pinggang untuk mengangkat sesuatu.
Sebaliknya, bengkokkan lutut, rapatkan barang ke badan dan angkat menggunakan kekuata kaki, bukan belakang. Elakkkan juga berpusing ketika mengangkat barang berat.
7. Jaga Berat Badan yang Sihat Berat badan yang berlebihan memberi tekanan tambahan pada tulang belakang, terutama di bahagian belakang bawah.
Lemak yang terkumpul di perut juga boleh menarik postur tubuh ke depan menyebabkan ketidakseimbangan. Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala untuk mengekalkan berat badan ideal.
8. Berhenti Merokok Merokok bukan sahaja membahayakan paru-paru, tetapi ia juga mengganggu aliran darah ke cakera tulang belakang.
Ini menyebabkan cakera menjadi lemah dan mudah tercedera, sekali gus menyumbang kepada sakit belakang kronik. Berhenti merokok adalah salah satu langkah penting untuk memperbaiki kesihatan tulang belakang secara keseluruhan.
9. Sapukan Krim Melegakan Sakit Krim atau gel khas untuk melegakan sakit otot boleh membantu mengurangkan rasa sakit sementara. Produk seperti krim panas, minyak urut herba, atau salap menthol boleh memberikan rasa lega dan membantu melemaskan otot yang tegang.
Sapukan pada kawasan yang sakit beberapa kali sehari mengikut arahan produk.
10. Tukar Kasut Jika Perlu Kasut yang tidak sesuai seperti bertumit tinggi atau tapak yang terlalu nipis boleh menyebabkan postur badan menjadi tidak seimbang, lalu memberi kesan kepada belakang.
Pilih kasut yang mempunyai sokongan lengkungan tapak kaki yang baik dan selesa dipakai sepanjang hari
11. Kurangkan Tekanan dan Stres Tekanan emosi dan mental yang berterusan boleh menyebabkan otot belakang menegang tanpa disedari. Ini menyumbang kepada kesakitan kronik.
Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, meditasi, atau lakukan aktiviti yang menenangkan seperti membaca, mendengar muzik, atau berjalan di taman untuk mengurangkan stres
12. Cuba Rawatan Urutan Urutan boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan melancarkan aliran darah ke kawasan yang sakit.
Anda boleh mendapatkan bantuan dari tukang urut profesional atau menggunakan alat urut elektrik di rumah. Urutan lembut secara konsisten boleh membantu sakit belakang berkurangan secara perlahan-lahan.
13. Cukupkan Tidur Setiap Malam Tidur yang mencukupi membantu tubuh anda pulih daripada tekanan harian. Jika tidur tidak cukup, otot dan tisu badan tidak sempat pulih sepenuhnya, menyebabkan sakit belakang mudah berulang.
Pastikan anda mendapat 7 hingga 8 jam tidur yang berkualiti setiap malam.
14. Makan Makanan yang Baik untuk Tulang Tulang belakang yang sihat memerlukan nutrien seperti kalsium, vitamin D dan magnesium. Amalkan pemakanan yang kaya dengan susu, keju, ikan berminyak, sayuran berdaun hijau, dan kekacang.
Ini akan membantu menjaga kekuatan tulang serta mencegah masalah seperti tulang rapuh (osteoporosis) yang boleh menyebabkan sakit belakang.
15. Guna Rawatan Haba atau Sejuk Rawatan panas seperti pad pemanas atau mandi air suam membantu melonggarkan otot dan melancarkan peredaran darah.
Manakala rawatan sejuk seperti pek ais boleh mengurangkan bengkak dan kebas pada kawasan yang sakit. Gunakan selama 15–20 minit, beberapa kali sehari, mengikut keadaan kesakitan anda.
Baca juga: 10 Cara Hilangkan Kencing Kotor Dengan Cepat dan Berkesan
Bila Perlu Jumpa Doktor? Anda perlu berjumpa dengan doktor jika sakit belakang tidak berkurang selepas beberapa minggu, atau jika anda mengalami gejala sakit belakang berikut:
Rasa kebas dan kesemutan Sakit belakang yang sangat kuat dan tidak berkurang walaupun selepas makan ubat Sakit belakang selepas terjatuh atau mengalami kecederaan Sukar membuang air kecil Lemah, sakit, atau kebas pada kaki Demam Berat badan turun tanpa sebab yang jelas Kesimpulan Kesimpulannya, sakit belakang boleh menjejaskan aktiviti harian dan kualiti hidup, tetapi ia tidak semestinya perlu dibiarkan berlarutan.
Dengan mengamalkan cara hilangkan sakit belakang tadi anda boleh mendapatkan kesihatan belakang yang lebih baik dan hidup yang lebih selesa.
Rujukan:
Back Pain. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases 4 Tips To Help Recover From a Back Injury. The Advanced Spine Center 8 Tips to Help Ease Your Back Pain. UC Davis Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-hilangkan-sakit-belakang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-hilangkan-sakit-belakang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 103 hits
Untuk Hilangkan sakit sakit badan Angin kebas kebas kaki tangan Susah buang air besar Cuci darah beku Bahan 1 Halba sepeket guna 2 3 sudu besar2 Halia dlm 3 inci3 Serai 2 batang4 Asam Jawa 1sudu5 Air dlm 1000 mlCara Bahan halba halia dan se...
Sakit Di Belakang Lutut

Sakit Di Belakang Lutut

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 64 hits
Assalamualaikum doktor Saya nak tanya setiap kali rukuk saya rasa sakit di bahagian belakang lutut dan belakang peha Ubat apa yang sesuai saya ambil Terima kasih Waalaikumussalam terima kasih atas soalan Sakit di belakang lutut dan belakang...
Tips Mummy Power Cara Santai Tapi Berkesan Urus Anak Diri Sendiri

Tips Mummy Power Cara Santai Tapi Berkesan Urus Anak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 103 hits
Kadang kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah Mana taknya pagi pagi dah kena kejutkan anak sediakan sarapan sambung kerja rumah dan dalam masa yang sama urus emosi sendiri supaya tak meletup Tapi jangan risau mommies ada ca...
Miga I Cara Pelaburan Emas Maybank Islamic Gold Account I

Miga I Cara Pelaburan Emas Maybank Islamic Gold Account I

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 102 hits
Bagi mereka yang ingin membuat pelaburan emas salah satu pelaburan emas yang popular adalah Maybank Islamic Gold Account i atau MIGA i Menariknya pelaburan emas ini pengguna boleh membuka akaun pelaburan emas serendah RM10 sahaja Apa Itu Ma...
Kuih Sopang Nismilan Cara Mak Mentua

Kuih Sopang Nismilan Cara Mak Mentua

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 99 hits
Selesai urusan di terus gerak balik Kuala Pilah Dah nak hujung hujung Ramadan baru berkesempatan berbuka dengan keluarga Disebabkan sakit batuk dan selsema berpanjangan tu memang elak jumpa orang Risau kalau berjangkit Tak pasal nanti kita ...
Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 140 hits
Penjelasan Berkenaan Hukum Menggunakan Duit Raya Anak Anak Dalam Agama Islam Untuk Pengetahuan Bersama Duit raya merupakan pemberian yang diberikan oleh tuan rumah biasanya dalam sampul raya sebagai tanda hadiah atau sumbangan kepada tetamu...
Mybsn Cara Daftar Bsn Online Banking Login Akaun

Mybsn Cara Daftar Bsn Online Banking Login Akaun

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 94 hits
Kini kita dah tak perlu ke kaunter lagi untuk daftar BSN online melalui portal myBSN Seperti mana bank bank lain di Malaysia Bank Simpanan Nasional atau BSN juga menyediakan khidmat perbankan online yang mudah dan cepat Selain digunakan unt...
7 Cara Menghias Telur Paskah Yang Unik Kreatif

7 Cara Menghias Telur Paskah Yang Unik Kreatif

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 151 hits
Hari Paskah adalah perayaan besar umat Kristiani yang melambangkan kemenangan atas kebangkitan Yesus Kristus melawan maut Lebih dari sekadar perayaan iman Paskah juga membawa pesan akan harapan baru Dalam tradisi yang penuh sukacita umat Kr...
Cara Cara Membuat Kajian Seperti Apakah Pertanyaan Yang Harus Saya Bertanya Dengan Cara Tersusun Dan Mudah Faham

Cara Cara Membuat Kajian Seperti Apakah Pertanyaan Yang Harus Saya Bertanya Dengan Cara Tersusun Dan Mudah Faham

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 79 hits
Untuk membuat kajian yang tersusun dan mudah difahami penting untuk merancang pertanyaan yang jelas dan terarah Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu 1 Tetapkan Objektif Kajian Apa yang ingin anda capai Tentukan tujuan utama k...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah

Not All Flag Mistakes Are Equal

Nasi Lemak Is Popular Among Malaysians Over Other Local Meals Why

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like