Amanah Kelantan Husam Langgar Perlembagaan Parti


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: May 17, 2022 1:12 PM
Amanah Kelantan menegaskan tindakan Ketua Amanah Kota Bharu, Husam Musa mengkritik gerak kerja parti adalah bercanggah dengan perlembagaan parti, kata pengerusinya Muhammad Husain.

"Merujuk kenyataan pengerusi Save Kelantan dalam ucapannya yang memperlekehkan gerak kerja Amanah Kelantan, serta ugutan akan menentang calon dari parti sendiri jika tidak menerima piagam Save Kelantan, adalah bercanggah dengan Perlembagaan parti," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Muhammad berkata, mesyuarat jawatankuasa Amanah Kelantan yang bersidang semalam juga mengambil beberapa keputusan berkait gerakan Save Kelantan yang diketuai Husam.

Katanya, Save Kelantan digerakkan atas platform entiti perniagaan SV Kelantan Global yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Amanah Kelantan.

"Gerakan Save Kelantan ini tidak pernah dibincangkan dan dijadikan agenda parti, oleh itu tiada sebarang kaitan dengan Amanah Kelantan,” katanya.

Terdahulu Husam antara lain dilaporkan mengkritik Amanah yang dikatakan gagal melakukan semak imbang terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS.

Sementara itu Muhammad berkata, sebarang kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak selaku ahli Amanah sehingga boleh menjejaskan kepentingan organisasi, adalah melanggar etika dan disiplin sebagai seorang ahli parti yang bertanggungjawab.

"Amanah Kelantan meraikan sebarang usaha dan tindakan membela rakyat oleh semua pihak. Namun, ketika ghairah menyerang pihak PAS Kelantan, ahli Amanah dinasihatkan, jangan pula sampai melanggar parti sendiri, walaupun bertindak di atas nama sebarang pertubuhan.

"Semua aktiviti, agenda, tindakan dan usaha ke arah membela rakyat dan negeri Kelantan yang menghadapi pelbagai masalah akibat kegagalan kerajaan PAS Kelantan, adalah menjadi keutamaan Amanah Kelantan," katanya.

Selain itu Muhammad yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS berkata, pihaknya terus komited memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) serta mendukung sebarang keputusan Majlis Presiden PH khasnya berkaitan konsep 'khemah besar'.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/amanah-kelantan-husam-langgar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 205 hits
Pindaan Perlembagaan UMNO Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi PRU15 Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli dan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu tetapi juga sebagai kelangsungan...
Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 238 hits
malaysiakini comKeutuhan PAS menguasai Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat bakal tergugat apabila datangnya pilihan raya umum ke 15 yang dijangka tidak lama lagi Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata andaian itu...
Umno Nak Pinda Perlembagaan Pulak Sebelum Ni Dah Buat Ka Belum Pemilihan

Umno Nak Pinda Perlembagaan Pulak Sebelum Ni Dah Buat Ka Belum Pemilihan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 185 hits
Umno pinda perlembagaan hari ini May 15 2022 Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan berkata pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno yang bakal dihadiri lebih 2 000 perwakilan KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal terca...
Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 220 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan perlembagaan parti itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan kendudukannya Jelasnya amat malang jika ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang mempercayai tuduhan sedemikian Sebaliknya kata...
Umno Lulus Pinda Perlembagaan Tangguh Pemilihan Lepas Pru

Umno Lulus Pinda Perlembagaan Tangguh Pemilihan Lepas Pru

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 242 hits
malaysiakini comUmno hari ini berjaya meminda perlembagaan parti mereka bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan selama enam bulan selepas pilihan raya umum Cadangan pindaan itu mendapat sokongan sebulat suara membabitkan kira kira 2 58O per...
Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

Kah Kah Kah Orang Umno Apa Tau Pinda Perlembagaan Umno Elak Perpecahan Atau Zahid Hamidi Takut Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 209 hits
PINDA PERLEMBAGAAN UMNO ELAK PERPECAHAN ATAU ZAHID HAMIDI TAKUT HILANG JAWATAN Hari ini UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas atau EGM bagi tujuan meminda perlembagaannya iaitu pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PR...
Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

Pindaan Perlembagaan Umno Segalanya Bakal Terjawab Esok

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Pindaan perlembangaa...
Ahli Pkr Akan Tentukan Parti Kalah Menang

Ahli Pkr Akan Tentukan Parti Kalah Menang

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 200 hits
MOHD SHAH RIMAku minta maaf tak dapat replied inbox rakan rakan yang tanya status terkini pemilihan PKR sebab tak follow sgt cuma dari hint rakan rakan kem khemah besar akan menang mengalahkan kem Ayuh Malaysia jika benar dakwaan ini aku uc...
Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


It S The Job Of The Media To Ask Tough Questions Not Just The Ones You Like Redzuan

Bukan Cikgu Saja Ibu Bapa Juga Wajib Prihatin Fasiliti Sekolah

Dari Birmingham Ke Shah Alam Pengalaman Melawat Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia Yang Amat Bermakna

Lirik Lagu Nanti Kita Seperti Ini Batas Senja Hannah Delisha

Petaka Gunung Gede Kisah Benar Di Sebalik Filem Seram 2025

Gerakan Solat Itu Terapi Badan