Miliki Pusat Latihan Boling Sendiri Mtbc Tolak Cadangan Tersebut


Ketika Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atlet skuad boling negara juga terkesan. Ini kerana skuad boling tidak dibenarkan untuk meneruskan latihan mereka di Sunway Mega Lane yang merupakan venue latihan mereka.
Dan ini bukanlah kali pertama latihan skuad boling negara terjejas, kerana sebagai sukan dalam dewan dan mempunyai risiko penularan virus yang lebih besar, pemain boling merupakan antara yang terakhir mendapat kebenaran untuk meneruskan latihan mereka, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang lepas.
Maka timbullah cadangan; bagaimana jika skuad boling negara mempunyai pusat boling mereka sendiri, yang mana bukan sahaja boleh digunakan sebagai venue terasing untuk pasukan negara di waktu tidak terjangka, tetapi juga boleh digunakan sebagai tuan rumah untuk kejohanan antarabangsa dan dibuka kepada orang ramai bagi menampung kos penyelenggaraan.
Namun bagi Presiden Kongress Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Dr P. S. Nathan, perkara itu bukanlah satu cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan.
Bagi beliau yang tidak menyokong idea tersebut, mendakwa ia mungkin boleh menjadi satu projek gajah putih.
“Saya tidak rasa yang kita mempunyai dana mencukupi pada masa ini (sewaktu pandemik) dan pengurusnya akan alami kerugian. Kita telah mencadangkan perkara ini kira-kira 20 tahun lepas, ia tidak sesuai. Ia mungkin menjadi gajah putih kerana tidak digunakan selepas latihan pasukan.
“Walaupun jika dibuka pada orang ramai, kawasan Bandar Sukan KL di Bukit Jalil bukanlah satu kawasan tarikan yang besar. Kos penyelengaraan satu lagi isu, kerana kita perlu membayar penjaganya dan menjaga peralatan tersebut.
“Kami selesa dengan keadaan sekarang, dan selagi kerajaan dapat meneruskan bantuan dana kepada kami kerana kami telah memberikan hasil yang konsisten untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, tiada sukan lain boleh capainya, termasuk badminton,” katanya.
Nathan turut mendakwa, dua minggu tanpa latihan itu tidak mengganggu persiapan pemain dan kecergasan untuk kejohanan masa depan, kerana mereka masih meneruskan latihan secara dalam talian di sepanjang PKPB.
Bekas pemain kebangsaan Alex Leiw juga bersetuju dengan pandangan Dr Nathan dan berkata, ia tidak berbaloi untuk membelanjakan wang yang besar untuk pusat latihan boling.
“Ia akan menjadi sukar untuk selenggara dan peralatan semua amat mahal dan tidak berbaloi. Saya rasa pasukan lain di Asia juga tidak mempunyai pusat latihan mereka sendiri,” katanya.
Alex yang kini melatih pemain junior kebangsaan berkata, beliau kini mengadakan latihan secara dalam talian untuk pemainnya sejak PKPB bermula Rabu lepas.
Korea Selatan, Hong Kong dan Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai pusat latihan tersendiri untuk pasukan boling mereka.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/miliki-pusat-latihan-boling-sendiri-mtbc-tolak-cadangan-tersebut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Johor Tolak Cadangan Darurat

Amanah Johor Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 190 hits
AMANAH JOHOR TOLAK CADANGAN DARURAT JOHOR BAHRU Parti Amanah Negara Johor menolak inisiatif kerajaan Perikatan Nasional yang mencadangkan darurat dilaksanakan di negara ini Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata cadangan itu tidak...
Latihan Atlet Hanya Dibenar Di Pusat Latihan Tertentu Ketika Pkpb

Latihan Atlet Hanya Dibenar Di Pusat Latihan Tertentu Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR 15 Okt Atlet kebangsaan yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya dibenarkan menjalani latihan menggunakan pendekatan kuarantin di pusat latihan ditetapkan tanpa terdedah kepada luar Menteri Kanan Datuk...
Marzuki Cadangan Melantik Bukan Islam Jadi Pengurus Besar Hotel Th Tabung Haji Di Tolak

Marzuki Cadangan Melantik Bukan Islam Jadi Pengurus Besar Hotel Th Tabung Haji Di Tolak

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Isu orang bukan Islam bakal dilantik sebagai Pengurus Besar sebuah hotel milik Lembaga Tabung Haji sudah selesai apaabila Lembaga Pengarah TH dalam satu mesyuarat pada 1 Oktober lalu menolak cadangan tersebut Menurut Timbalan M...
Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Anggota Kabinet berhimpun di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad malam selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat Lebih 10 kenderaan dilihat memasuki kediaman peribadi ...
Pulau Pinang Miliki Pusat Pemulihan Robotik Pertama

Pulau Pinang Miliki Pusat Pemulihan Robotik Pertama

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 222 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang menggalakkan penggunaan teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan bagi meningkatkan industri pelancongan kesihatan di negeri ini dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Ketua Menteri Chow Kon Yeow ...
Aksi Orang Tua Ajak Anaknya Ikut Demo Tolak Uu Cipta Kerja

Aksi Orang Tua Ajak Anaknya Ikut Demo Tolak Uu Cipta Kerja

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 279 hits
Aksi Orang Tua Ajak Anaknya Ikut Demo Tolak UU Cipta Kerja Meskipun sudah ada imbauan untuk tidak membawa anak anak dalam aksi unjuk rasa itu namun sejumlah orang tua tetap nekat menyertakan
Semakin Terbuka Kongsi Kisah Cinta Azzam Sham Tak Tolak Jodoh Dengan Sheryl Shazwanie

Semakin Terbuka Kongsi Kisah Cinta Azzam Sham Tak Tolak Jodoh Dengan Sheryl Shazwanie

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 806 hits
Kalau ada jodoh saya dengan dia saya tidak akan menolak Benda baik kan tapi saya belum ada perancangan ke arah itu Jauh lagi perjalanan kami berdua Saya dan dia masih nak bina karier kami dalam industri source
Pttun Makassar Tolak Permohonan Gugatan Pilkada Mamuju Dari Kedua Paslon

Pttun Makassar Tolak Permohonan Gugatan Pilkada Mamuju Dari Kedua Paslon

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 181 hits
Keduanya sama sama menggugat Keputusan KPU Mamuju Nomor 307 PL 02 2 Kpt 7602 KPU Kab IX 2020 tentang penetapan pasangan calon peserta pemilihan bupati dan wakil bupati Mamuju tahun 2020
Ku Li Umno Tolak Disogok Pas Pula Macam Mana

Ku Li Umno Tolak Disogok Pas Pula Macam Mana

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 299 hits
Ku Li Umno tolak disogok Pas pula macam mana Oleh October 16 2020IpohmaliBila baca surat Ku Li yang dia menolak jawatan dari PM Tebuk Atap sebagai Pengerusi Petronas yang elaunnya ratusan ribu RM sebulan Sedangkan Ku Li jauh lebih layak mem...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt