Amanah Johor Bagai Kacang Lupakan Kulit Setiausaha Umno Johor



AMANAH Johor didakwa `bagai kacang lupakan kulit’ kerana melupakan jasa dan pengorbanan UMNO memberi laluan kepada parti itu bertanding di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, tahun lalu.
(BH) – Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman, berkata UMNO Johor ketika itu berlapang dada dengan memberi laluan kepada AMANAH menurunkan calon mereka walaupun dua kerusi itu adalah kerusi tradisi parti.
Katanya, AMANAH Johor terlupa jasa UMNO itu apabila menyatakan tiada istilah parti penyandang atau ‘principle of incumbency’ kepada 56 kerusi DUN di Johor, kerana mereka berasakan Pakatan Harapan (PH) di Johor dianggap sebagai pembangkang.
“Mungkin AMANAH Johor lupa mengenai dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, di mana UMNO beri laluan kepada calon mereka untuk bertanding, walhal UMNO boleh saja tuntut dua kerusi itu kerana sudah jadi kerusi tradisi kami.
“Namun, UMNO berlapang dada dan sanggup memberi bantuan jentera kempen dan sokongan undi sepenuhnya kepada dua calon AMANAH itu sampai menang. Memang betullah peribahasa `bagai kacang lupakan kulit’.
“Biarlah UMNO-Barisan Nasional (BN) terus kekal bertanding di kerusi tradisi itu. AMANAH Johor perlu hormat pengorbanan UMNO macam mana kami beri laluan kepada mereka sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Semalam, media melaporkan prinsip parti penyandang atau ‘Principle of Incumbency’ tidak terpakai kepada 56 kerusi DUN di Johor, kerana PH di negeri itu dianggap sebagai pembangkang.
Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata ia terbukti apabila tidak ada seorang pun EXCO Kerajaan Johor daripada PH dengan kesemua 11 EXCO adalah daripada UMNO/Barisan Nasional (BN).
Dzulkefly dipetik berkata, isu utama yang membawa ketidakpuasan hati akar umbi AMANAH, terutama di Kluang berdasarkan realiti tidak wujud Kerajaan Perpaduan di Johor seperti di Putrajaya dan negeri yang Menteri Besarnya daripada BN.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK DUN Mahkota akan diwakili BN.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, dilaporkan berkata pihaknya akan bersiap siaga untuk menghadapi PRK itu yang dijadualkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September depan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain, yang juga calon mewakili BN memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.
Dalam pada itu, Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, gesaan daripada Timbalan Pengerusi AMANAH Johor yang mahu Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz segera mewujudkan suasana harmoni di antara BN dan PH di negeri itu, sebagai kenyataan yang tak cermin diri sendiri.
Katanya, selama ini memang suasana politik dan pentadbiran negeri Johor berada dalam aman damai dan harmoni selepas PRN dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
“Sebelum ini, PH Johor terutama DAP serta PKR menghormati kedudukan pucuk pimpinan kerajaan negeri. Ini kerana dua parti itu faham, Kerajaan Johor sekarang ini dibentuk sebelum PRU15 dan sebelum adanya Kerajaan Perpaduan.
“Malah bekas Timbalan Presiden AMANAH yang juga Pengerusi PH Johor sebelum ini, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, pernah mengeluarkan kenyataan tahun lalu, yang PH Johor tidak akan menuntut sebarang jawatan termasuk dalam barisan EXCO Kerajaan Johor walaupun di peringkat Pusat PH dan BN bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Namun cuma AMANAH Johor yang nak cari pasal dan buat hal dengan sentiasa ungkitkan mengenai lantikan EXCO, Ahli Majlis dan jawatan Ketua kampung di negeri ini,” katanya.
The post AMANAH Johor `bagai kacang lupakan kulit’ – Setiausaha UMNO Johor appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/16/amanah-johor-bagai-kacang-lupakan-kulit-setiausaha-umno-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Gelojoh Tamak Tidak Hormati Sensitiviti Waris Bidas Pemuda Umno Johor

Amanah Gelojoh Tamak Tidak Hormati Sensitiviti Waris Bidas Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 189 hits
Pemuda UMNO Johor menyifatkan tindakan AMANAH menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri Mahkota pada Pilihan Raya Kecil yang akan diumumkan tidak lama lagi sebagai gelojoh dan tamak Ketua Pemuda UMNO Johor Noor Azleen Ambrose berkata AMANAH jug...
Johor Amanah To Stop Discussing Demand For Mahkota Seat In Public

Johor Amanah To Stop Discussing Demand For Mahkota Seat In Public

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 111 hits
Johor Amanah says it will abide by the call by party president Mohamad Sabu to stop discussing its demand to contest the Mahkota by election in public following a dispute with Umno over the matter Johor Amanah chairman Aminolhuda Hassan who...
Kota Raja Umno S Bid For Seat Pkr Amanah To Leave It To Top Leadership

Kota Raja Umno S Bid For Seat Pkr Amanah To Leave It To Top Leadership

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 116 hits
Selangor PKR and Amanah will leave it to the coalition government s top leadership to consider the state Umno s request for a seat in the Kota Raja parliamentary constituency in the next general election Selangor PKR information chief Halim...
Pemimpin Umno Sindir Setiausaha Agung Pas Kenapa Kakak Sanggup Tukar Bin Anaknya

Pemimpin Umno Sindir Setiausaha Agung Pas Kenapa Kakak Sanggup Tukar Bin Anaknya

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 170 hits
Razlan sindir Takiyuddin Kenapa kakak sanggup tukar bin anaknya Malaysiakini nbsp Pemimpin Umno membalas kiasan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mengumpamakan Bersatu kurang anak lelaki sehingga memaksa Mohd Rizwadi Ismail keluar...
Mahkota Seat Tussle Amanah Should Help Us Says Umno Sec Gen

Mahkota Seat Tussle Amanah Should Help Us Says Umno Sec Gen

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 107 hits
It is better for Amanah to help a BN candidate in the Mahkota by election rather than claim the seat from Umno said Umno secretary general Ahmad Maslan He said this was because Amanah failed to defend the Johor state constituency for Pakata...
Incumbency Principle Does Not Apply In Johor Says State Amanah Leader

Incumbency Principle Does Not Apply In Johor Says State Amanah Leader

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 139 hits
The Principle of Incumbency does not apply to all 56 seats in the Johor State Legislative Assembly as Pakatan Harapan is considered as opposition in the state a top Parti Amanah Negara leader said Johor Amanah deputy chairman Dzulkefly Ahma...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam

Khai Bahar Kerana Ego Chord

Panasejook Dan Akhir Chord

Reinvest Your Profits To Cover Operational Costs Tnb Told

Solidarity Or Selective Justice

Beo89 24