Amanah Dan Jujur Dalam Pekerjaan Menambah Berkat Rezeki



Sesungguhnya, setiap pekerja menanggung amanah berat yang perlu dilaksanakan tugas mengikut kemampuan tertinggi dan berterusan sepanjang tugasnya. Amanah tersebut bukan sekadar hubungan sesama manusia dan majikan, tetapi hubungan dengan Allah. 

Melaksanakan amanah samalah menunaikan janji yang wajib ditunaikan berdasarkan perjanjian menyerah tugas oleh majikan dan penerimaan tugas oleh pekerja.

Pihak yang melantik pekerja telah memilih calon terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugas. Calon terpilih itu mungkin daripada beribu-ribu calon lain yang turut memohon. Dengan kata lain, pemilihan calon itu ialah dengan satu harapan dia dapat menjadi pekerja terbaik.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.” - (Surah an-Nisa, ayat 58).

Malah, calon pekerja juga secara konseptual juga telah bersedia menerima tanggungjawab sebagai pekerja. Dia memohon jawatan itu, sudah tentu bersedia untuk melaksanakan tugas yang terbaik. Pekerjaan itu adalah pilihannya, jadi kenalah membuktikan dia sukakan tugas itu.   

Tetapi, ramai yang memohon kerja sebenarnya bukan hendak bekerja, tetapi mengharapkan gaji.  Inilah punca ramai pekerja apabila bekerja tidak melakukan tugas dengan sempurna. Sesiapa menerima amanah, sedangkan tidak mempunyai kesediaan untuk melakukan yang terbaik, maka padanya ada tanda-tanda sifat munafik.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tanda-tanda munafik itu tiga perkara, pertama apabila seseorang itu bercakap dia sentiasa berbohong, apabila berjanji tidak pernah ditunaikan dan apabila diamanahkan dia khianati.” - (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasai).

Jelas sekali pentingnya menunaikan amanah sebagai satu cara hidup seorang Islam.  Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan kerja yang ditetapkan oleh majikan.  Gaji yang ditetapkan untuk setiap bulan adalah setimpal dengan tugas yang diamanahkan.   

Perlaksanaan tugas dengan sempurna seperti ditetapkan perlu diusahakan bagi memastikan pendapatan yang diterima benar-benar bersih dan halal. Jika seseorang pekerja tidak melaksanakan tugas dengan sempurna atau curi tulang, bermakna sebahagian daripada hasil gajinya tidak halal baginya.

Untuk mengembalikan keberkatan hasil pendapatan, maka hendaklah setiap pekerja melakukan tugas seperti mana diamanahkan kepadanya.  Sesiapa yang melakukan perkara yang benar seperti digariskan oleh Islam,  pekerjaan itu dinilai sebagai satu ibadat. 

Ketika ini, terdapat pekerja yang bukan sahaja gagal melaksanakan tugas tetapi turut melakukan kesalahan menerima rasuah atau pecah amanah. Rasuah ialah perbuatan sogokan dengan wang atau apa-apa hadiah atau manfaat sebagai ganjaran balas terhadap sesuatu hajat atau kemahuan yang telah, sedang atau akan ditunaikan dengan cara yang tidak sebenarnya.

Pemberi rasuah mengharapkan agar kehendaknya ditunaikan seperti diberi keutamaan, dipercepatkan, diluluskan atau lepaskan daripada dikenakan tindakan, sedangkan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Manakala, penerima rasuah mendapat sesuatu balasan yang sepatutnya bukan haknya. 

Sebagai Muslim adalah tidak wajar meletakkan matlamat setiap pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk keuntungan kebendaan. Sesiapa bekerja semata-mata kerana wang dan sanggup melakukan perbuatan yang salah juga sama-mata kerana wang, kehidupannya menempuh kecelakaan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Celakalah orang yang menyembah dinar, celakalah orang yang menyembah dirham.” (Hadis riwayat Bukhari dan Ibnu Majah).

Banyak jabatan penguatkuasa undang-undang gagal berfungsi disebabkan banyak  kakitangan yang menerima rasuah. Amalan rasuah di kalangan sesetengah pekerja menyebabkan sistem tugas ditetapkan menjadi kucar kacir. Hal ini secara langsung menggagalkan usaha pekerja lain yang bekerja dengan jujur.

Memberi dan menerima rasuah bukan sahaja satu dosa, tetapi juga satu perbuatan tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab. Pekerja menerima rasuah layak dipanggil musuh dalam selimut dan virus perosak. Perbuatan rasuah bukan sahaja dipandang hina oleh Islam, bahkan dalam semua masyarakat bertamadun.

Penerima rasuah sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat wang, pangkat dan kemewahan. Mereka sanggup menggagalkan segala peraturan dan undang-undang negara, termasuk melakukan perbuatan kerosakan dan membahayakan keselamatan negara.

Kerosakan dan kemusnahan di muka bumi berlaku apabila manusia mementingkan diri dan tidak kisah kepentingan orang lain dan juga perihal lain yang bersangkutan. Sesungguhnya apa yang menimpa manusia dan seluruh isi dunia adalah berpunca perbuatan manusia sendiri.

Tidak ada tempat bagi orang melakukan rasuah, sama ada memberi atau menerima, kecuali kehinaan di mata manusia dan di sisi Allah. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah dalam penghuraian masalah hukum.” - (Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Hibban).

Gejala rasuah berlaku disebabkan manusia tidak pernah mencapai tahap kepuasan sepenuhnya, kecuali mereka yang beriman dan bersyukur dengan nikmat hidup yang dikurniakan Allah. Semakin banyak dan kebaikan diterima, lebih lagi yang diingini dan diusahakan untuk mendapatkannya.

Dalam sejarah tamadun manusia, banyak kerajaan atau kuasa besar menjadi lemah dan seterusnya jatuh kepada kuasa lebih yang lemah disebabkan berleluasanya amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran.

Amalan rasuah dilaku oleh semua peringkat tidak mengenal pangkat dan kekayaan. Ia dilakukan mengikut skala tujuan dan kepentingan masing-masing. Nilai rasuah mungkin hanya beberapa ringgit dan boleh jadi berjuta-juta ringgit. Malah, orang sanggup menyerahkan maruah diri, bangsa dan negara sebagai subjek balasan.

Dosa besar turut ditanggung oleh mana-mana individu yang terlibat dalam urusan rasuah, yakni sebagai orang tengah, saksi atau tidak menghalang daripada ia berlaku sedangkan dia mampu melakukannya.

Sesiapa melakukan kejahatan dan dosa pasti tidak akan terlepas daripada balasan azab daripada Allah. Allah menegaskan dalam surah al-Ankabut, ayat 4 yang bermaksud: “Bahkan patutkah orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas daripada azab Kami?  Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.”

Amalan rasuah kebiasannya mudah berlaku dalam pentadbiran yang mengamalkan sistem birokrasi. Sikap dan kurang pengawasan pihak atasan menyebabkan amalan rasuah berlaku dengan berleluasa.

Banyak individu pemberi rasuah cuba mengubah tanggapan dengan mengatakan apabila yang diberikan itu dilakukan dengan ikhlas bagi membalas budi di atas tugas yang dilakukan. Manakala itu penerima rasuah pula berhujah mengatakan tidak salah menerimanya kerana ia diberikan dengan ikhlas oleh pemberinya.

Memberi dan penerima rasuah cuba menipu diri sendiri dengan membuat andaian untuk melepaskan daripada dikatakan melakukan rasuah. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam diri mereka.

Sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa dilakukan oleh manusia seperti yang disebutkan dalam firman bermaksud: “Sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya.” - (Surah Qaaf, ayat 16).

Perbuatan menerima rasuah atau pecah amanah ketika melaksanakan tugas dianggap pengkhianat bangsa. Banyak negara menjadi lemah dan muflis disebabkan amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pejawat awam dan juga di sektor yang menjana kepentingan ekonomi.

Pekerja yang baik sentiasa menjalankan tugas tanpa mengharapkan ganjaran tambahan, melainkan apa yang telah ditetapkan kepadanya. Dia bersyukur dapat berkerja, sedangkan masih ramai yang tidak berpeluang bekerja. Allah akan menambahkan nikmat-Nya kepada sesiapa yang bersyukur dan sentiasa menjaga amanah.

Seseorang pekerja yang impikan pendapatan yang lebih, sepatutnya melakukan tindakan yang betul untuk mencapai hasrat tersebut. Maka amat penting setiap pekerja berlaku jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.  Bersyukurlah atas apa-apa dikurniakan Allah dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, sesesuaian dengan kedudukan mulia sebagai khalifah di muka bumi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/uuu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit Tapi Jujur Pada Isteri Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat

Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit Tapi Jujur Pada Isteri Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 381 hits
Biasa kita dengar dalam ceramah agama Ustaz pernah menyebut siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat tak berjaya kenapa tak berkat Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga mereka amanah dan anugerah...
Pekerja Jujur Dan Amanah Dikasihi Semua

Pekerja Jujur Dan Amanah Dikasihi Semua

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 352 hits
Allah menjadikan manusia bukan sekadar menikmati kehidupan seperti haiwan yang sekadar memenuhi keperluan jasmani dan nafsu Sebaliknya manusia adalah khalifah yang perlu melakukan amanah kehidupan sepertimana ditetapkan Allah sebagai satu u...
Cerita Penjaja Kue Yang Bisa Tamat Kuliah Berkat Dagangan Dipuji Enak Oleh Artis Ini

Cerita Penjaja Kue Yang Bisa Tamat Kuliah Berkat Dagangan Dipuji Enak Oleh Artis Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 279 hits
Acara wisuda di sebuah kampus kerap memunculkan sejumlah kisah menarik dan inspiratif Termasuk di acara wisuda Universiti Teknologi Mara Shah Alam Malaysia beberapa waktu lalu Dilansir media Malaysia MStar seorang wisudawan yang punya kisah...
Pertamina Bisa Berhemat Besar Berkat Trans Papua

Pertamina Bisa Berhemat Besar Berkat Trans Papua

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 246 hits
Zibali mengungkapkan Pertamina harus mengeluarkan Rp 40 000 sampai Rp 50 000 untuk biaya penyaluran BBM per liter dalam melaksanakan program BBM satu harga dengan menggunakan pesawat Sedangkan jika jalur darat hanya mengeluarkan Rp 500 samp...
Cara Menambah Baik Kualiti Video Hdr Pada Windows 10

Cara Menambah Baik Kualiti Video Hdr Pada Windows 10

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 381 hits
Kepada anda yang gemar menonton filem yang berformat HDR berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan kualiti video tersebut pada Windows 10 Caranya sangat mudah ikuti sahaja langkah berikut Pertama sekali masuk ke bahagian Settings gt Ap...
Masuk Surga Berkat Keshalihan Orang Tua

Masuk Surga Berkat Keshalihan Orang Tua

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 251 hits
Masuk surga bisa bersama orang tua kita yang beriman bahkan kalau anak kurang dalam beramal keshalihan orang tua akan mengangkat anaknya Ingat asalkan beriman dan bertauhid Kita dapat merenungkan hal ini dari surah Ath Thuur ayat ke 21
Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 530 hits
Assalamualaikum w b t BismillahirahmanirahimAda seorang perempuan tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan Perempuan itu selalu membaca Bismillah se...
Lagi Banyak Kita Sayang Dan Hormat Isteri Lagi Murah Rezeki Dan Kebahagiaan Kita

Lagi Banyak Kita Sayang Dan Hormat Isteri Lagi Murah Rezeki Dan Kebahagiaan Kita

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 807 hits
Lagi banyak kita sayang dan hormat isteri lagi murah rezeki dan kebahagiaan kitaKebahagiaan rumah tangga perlu dijaga dan dipupuk sentiasa Awal perkahwinan biasa banyak berlaku ketidaksefahaman namun boleh ditangani sekiranya kedua dua piha...
Pening Sembuh Dengan Berkat Al Quran

Pening Sembuh Dengan Berkat Al Quran

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum Sejuta maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana sudah terlalu lama tidak update cerita Kisah yang nak dikongsi memang banyak tetapi kerana hambatan masa dan beberapa perkara dan tugasan yang banyak menyebabkan saya tidak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah