Pekerja Jujur Dan Amanah Dikasihi Semua



Allah menjadikan manusia bukan sekadar menikmati kehidupan seperti haiwan yang sekadar memenuhi keperluan jasmani dan nafsu. Sebaliknya, manusia adalah khalifah yang perlu melakukan amanah kehidupan sepertimana ditetapkan Allah sebagai satu ujian.

Firman Allah bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan Dia mengangkat darjat sebahagian kamu ke atas sebahagian yang lain, untuk menguji kamu mengenai apa yang Dia berikan kepada kamu, sesungguhnya Tuhan-mu itu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” - (Surah al-Anam, ayat 165). 

Pemilihan manusia sebagai khalifah adalah penghormatan paling besar. Malikat dan iblis yang sentiasa patuh dan beribadat kepada Allah tidak dipilih kerana tugas itu tidak sesuai untuk tabie kejadiaan kedua-dua makhluk itu.

Akibat terlalu inginkan jawatan khalifah di muka bumi, iblis sanggup membantah keputusan Allah dan enggan sujud kepada Adam. Lanjutan sikap itu iblis menjadi menjadi hamba yang kufur dan mengiystiharkan manusia sebagai musuhnya sepanjang masa.

Firman Allah bermaksud: “Dan ketika Kami perintahkan kepada para malaikat, sujudlah kalian kepada Adam!  Lalu mereka pun sujudlah semua kecuali iblis.”  - (Surah al-Baqarah, ayat 34).

Mencari rezeki adalah tuntutan agama yang menjadi sebahagian tugas memakmurkan muka bumi. Banyak cara mencari rezeki seperti berniaga, bercucuk tanam, menternak haiwan, menyediakan perkhidmatan dan bekerja dengan pihak lain.

Apa pun cara mencari rezeki, setiap orang perlu mengutamakan kejujuran semasa bekerja. Kejujuran adalah lambang keimanan dan ketakwaan. Sebab itu orang jujur sentiasa mendapat tempat terbaik di sisi Allah. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Peniaga yang jujur itu bersama para nabi, para siddiqin, dan para syuhada nanti di syurga.”  (Hadis riwayat Bukhari). 

Walaupun hadis itu menyebut mengenai peniaga yang jujur, tetapi ia juga merujuk kepada semua jenis tugas pekerjaan yang dilakukan. Semua jenis pekerjaan terdedah kepada ketidakjujuran, perbezaan mungkin hanya dari segi tahap dan kemungkinan berlaku ketidakjujuran itu.  

Ketidakjujuran banyak berlaku dalam urusan perniagaan seperti mengurangi timbangan dan sukatan, barangan tidak bermutu dan harga yang tinggi. Bagi yang berurusan dengan perkhidmatan pula sering berdepan dengan mutu perkhidmatan tidak seperti dijanjikan.

 Untuk memastikan segala urusan pekerjaan berlangsung dengan baik, setiap Muslim perlu memahami hubungan rezeki diperoleh dengan kerja dilakukan. 

Rezeki yang diperoleh secara ketidakjujuran adalah haram di sisi agama, membawa manusia hidup dalam kemurkaan Allah.   

Sesiapa yang memakan makanan daripada sumber wang haram, maka tidak akan diterima amalan kebaikan dilakukannya dan di akhirat nanti ditempatkan dalam neraka. Sabda Rasulullah bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya.” - (Hadis riwayat Tarmizi).

Akibat memperoleh sumber rezeki yang haram, maka kehidupan individu terbabit akan dibelenggu masalah yang berterusan, walaupun mempunyai wang yang banyak. Apa-apa yang diusahakan tidak akan memperoleh kejayaan seperti diharapkan dan kehidupan keluarga tidak menikmati kegembiraan. 

Rezeki haram yang diberi makan kepada anak menyebabkan kegelapan hati dan hilang perasaan kasih sayang. Sebab itu, sering berlaku kes anak tidak menghormati ibu bapa. Kemewahan hidup yang dimiliki bukannya membawa kebahagiaan, sebaliknya punca malapetaka hidup dalam keluarga. 

Oleh yang demikian , soal mendapat rezeki yang halal bukan perkara remeh. Setiap Muslim wajib bekerja dengan jujur bagi memastikan setiap sen diperoleh adalah halal dan bersih. Keberkatan hidup bergantung kepada apa yang kita usahakan dalam hal mencari rezeki dan hubungan sesama manusia, selain mementingkan tugas mengabdikan diri kepada Allah.   

Soal mutu kerja yang dilakukan merupakan antara penentu rezeki yang halal. Sebagai pekerja yang mendapat gaji atau upah, tertakluk kepada peraturan tugas bagi memastikan mutu kerja yang memuaskan seperti diamanahkan. Pekerja yang melanggar peraturan kerja bermakna tidak jujur terhadap tugas yang dipertanggungjawab terhadapnya. 

Setiap pekerja perlu menanam azam, iltizam, penguasaan ilmu dan kemahiran yang tinggi untuk mencapai tahap cemerlang.   

Perlaksanaan tugas yang cemerlang dan cekap adalah keperluan dalam setiap tugas dilakukan. Ia bukan sekadar melaksanakan tugas, tetapi adalah amanah yang dipersoalkan di akhirat nanti. Islam tidak bertolak ansur dalam soal kecemerlangan dan kesempurnaan melaksankan tugas oleh pekerja. 

Setiap pekerja perlu sentiasa komited melakukan tugas agar menepati piawaian yang telah ditetapkan. Pekerja yang melakukan tugasnya dengan tekun bukan saja disukai pegawai atasan atau majikan, tetapi lebih-lebih lagi di sisi Allah.  Siapakah lebih baik kedudukan jika dia dikasihi Allah.  

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang apabila melakukan satu kerja, dilakukan dengan penuh tekun dan sebaik mungkin.”  (Hadis riwayat Baihaqi).  

Mengutamakan perlaksanaan tugas oleh setiap pekerja adalah suatu yang wajib dan perlu dilaksanakan tanpa bertangguh-tangguh atau lepas tangan. Setiap pekerja mempunyai bidang tugas masing-masing yang perlu dilakukan, agar seluruh sistem kehidupan ini berjalan lancar.
 
Firman Allah bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertaburanlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat.” (Surah al-Jumaah, ayat 10).

Jelas sekali setiap orang perlu mengutamakan tanggungjawab untuk mencari rezeki halal dan urusan untuk kesejahteraan hidup. Namun, ini tidak bermakna manusia boleh melupakan tanggungjawab melakukan ibadat. 

Sesungguhnya, setiap pekerja menanggung amanah berat yang perlu dilaksanakan tugas mengikut kemampuan tertinggi dan berterusan sepanjang tugasnya. Amanah tersebut bukan sekadar hubungan sesama manusia dan majikan, tetapi hubungan dengan Allah. 

Melaksanakan amanah samalah menunaikan janji yang wajib ditunaikan berdasarkan perjanjian menyerah tugas oleh majikan dan penerimaan tugas oleh pekerja.

Pihak yang melantik pekerja telah memilih calon terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugas. Calon terpilih itu mungkin daripada beribu-ribu calon lain yang turut memohon.  Dengan kata lain, pemilihan calon itu ialah dengan satu harapan dia dapat menjadi pekerja terbaik.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.  Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.” - (Surah an-Nisa, ayat 58).

Malah, calon pekerja juga secara konseptual juga telah bersedia menerima tanggungjawab sebagai pekerja. Dia memohon jawatan itu, sudah tentu bersedia untuk melaksanakan tugas yang terbaik. Pekerjaan itu adalah pilihannya, jadi kenalah membuktikan dia sukakan tugas itu.   

Tetapi, ramai yang memohon kerja sebenarnya bukan hendak bekerja, tetapi mengharapkan gaji. Inilah punca ramai pekerja apabila bekerja tidak melakukan tugas dengan sempurna. Sesiapa menerima amanah, sedangkan tidak mempunyai kesediaan untuk melakukan yang terbaik, maka padanya ada tanda-tanda sifat munafik.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tanda-tanda munafik itu tiga perkara, pertama apabila seseorang itu bercakap dia sentiasa berbohong, apabila berjanji tidak pernah ditunaikan dan apabila diamanahkan dia khianati.” - (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasai).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/aki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Dan Jujur Dalam Pekerjaan Menambah Berkat Rezeki

Amanah Dan Jujur Dalam Pekerjaan Menambah Berkat Rezeki

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 845 hits
Sesungguhnya setiap pekerja menanggung amanah berat yang perlu dilaksanakan tugas mengikut kemampuan tertinggi dan berterusan sepanjang tugasnya Amanah tersebut bukan sekadar hubungan sesama manusia dan majikan tetapi hubungan dengan Allah ...
Duitnow Akan Dibuka Kepada Semua Pada Disember 2018 Transaksi Bank Guna No Telefon Atau Mykad

Duitnow Akan Dibuka Kepada Semua Pada Disember 2018 Transaksi Bank Guna No Telefon Atau Mykad

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 549 hits
Bagi pengguna yang mengikuti perkembangan bank tempatan mungkin sedia maklum berkenaan ciri terbaru yang telah mula diperkenalkan dinamakan DuitNow Melaluinya ia memberikan beberapa alternatif mudah untuk pembayaran ke akaun pengguna dan ti...
Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan Semua Boleh Ikut Cara Islam

Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan Semua Boleh Ikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 376 hits
Siti Amiza yang popular dengan video Mencari Suami Orang Sebagai Madu dan video Menjual Ubat Kuat memuat naik 1 video berkenaan Pesta OktoberFest yang berlangsung di dalam Malaysia Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan ...
Pks Tak Setuju Hti Oke Tapi Kalimat Tauhid Milik Semua Umat Islam

Pks Tak Setuju Hti Oke Tapi Kalimat Tauhid Milik Semua Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 246 hits
Sukamta juga meminta agar aparat penegak hukum segera memproses pelaku pembakaran bendera tersebut Sukamta pun menuntut agar para pelaku pembakaran segera diadili dan mendapatkan hukuman atas perbuatan tersebut
Pengamat Tidak Semua Rawa Bisa Dimanfaatkan Untuk Pertanian

Pengamat Tidak Semua Rawa Bisa Dimanfaatkan Untuk Pertanian

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 196 hits
Keberadaan gambut dan rawa pasti punya peran dalam siklus ekosistem Jadi tidak boleh semua dimanfaatkan untuk itu Keseimbangan ekosistem harus dipertimbangkan
Kat Mana Perokok Nak Merokok Selepas Semua Tempat Dah Tak Boleh Merokok

Kat Mana Perokok Nak Merokok Selepas Semua Tempat Dah Tak Boleh Merokok

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 355 hits
Mulai bulan Disember 2018 ini semua kawasan di restoran terbuka adalah kawasan larangan merokok Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konven...
Semua Jenis Arak Haram

Semua Jenis Arak Haram

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 866 hits
Umat Islam perlu mengelak daripada minuman atau makanan yang beralkohol Para ulama mengambil ketetapan mengatakan arak yang diharamkan tidak kira bagaimana ia dibuat atau dihasilkan Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025