Lagi Banyak Kita Sayang Dan Hormat Isteri Lagi Murah Rezeki Dan Kebahagiaan Kita


Lagi banyak kita sayang dan hormat isteri, lagi murah rezeki dan kebahagiaan kita


Kebahagiaan rumah tangga perlu dijaga dan dipupuk sentiasa. Awal perkahwinan biasa banyak berlaku ketidaksefahaman, namun boleh ditangani sekiranya kedua-dua pihak mengambil sikap mudah mengalah dan mengenepikan ego masing-masing.

Kisah seorang lelaki mengabaikan isterinya ini patut dijadikan sebagai pengajaran buat semua yang sudah berkahwin. Belajarlah untuk memahami hati dan kehendak pasangan, agar tiada yang terluka berdendam dalam diam. Semoga bermanfaat.

AKU terpanggil untuk bercerita semua ini sebab aku rasa aku pernah buat salah dengan isteri aku. Sebenarnya sudah lima tahun kami berkahwin dan aku sangat sedar sepanjang perkahwinan, isteri banyak menangis dari bahagia

Kami bercinta dan kahwin. Masa awal-awal kahwin itu, aku happy sangat. Tapi bila perkahwinan baru berusia sebulan, aku mula tak suka dengan isteri sebab aku rasa dia ada kekurangan. Masa itu, dia mengandung. Walaupun itu anak pertama kami, aku rasa tak gembira pun. Sebaliknya aku rasa membebankan

Aku nak balik kerja pun aku rasa menyampah sebab isteri tak attract aku macam kami pertama kali kenal dulu. Dulu rasa tergila-gila sangat nak jumpa dia

Dipendekkan cerita, sebab sebenarnya banyak perkara kejam yang aku dah buat di belakang isteri. Perkara yang aku sendiri tidak dapat maafkan bila aku teringat ex aku semula! Kemudian mulalah aku membanding-bezakan dua wanita ini. Aku siap beritahu isteri yang ex aku lagi sempurna untuk aku

Sekarang, bila aku fikir-fikirkan semula, memang rasa malu dan nak melutut minta maaf pada isteri sebab menduakan dia. Bayangkanlah, tiga tahun lebih aku tipu dia

Aku nak cerita, tapi korang janganlah marah aku pula. Aku cuma nak korang yang ada perangai macam aku ini sedar cepat

Ada satu masa itu, aku balik dari kerja. Aku suruh isteri sediakan makanan. Dia cakap, "tak lalu nak masuk dapur". Aku memang tengking dan marah dia pada masa itu, siap kata dia tak guna dan paksa juga dia masak untuk aku

Masa nak tidur satu hari itu, dia bagi aku bertambah stress. Dia kata aku busuk, bau rokok. Ini aku memang tak boleh terima sebab dulu dia langsung tak kisah pun. Aku tengking dia, "Kalau aku busuk, berambuslah!!" 
Aku paling tak suka isteri aku ini sebab dia terhegeh-hegeh. Aku faham perut dia dah besar pada masa itu. Tapi takkan tak boleh jalan laju sikit? Siap pegang-pegang pinggang pula. Menyesal, kenapa aku kahwin

Korang yang baca pun mesti sakit hati dengan aku, kan? Sebenarnya aku pun sakit hati dengan aku sendiri. Tetapi itu dulu, sekarang aku dah lain disebabkan satu benda. Kawan rapat aku, Azman. Dia handsome seperti Aaron Aziz

Masa di universiti pun kami panggil dia Aaron. Yang aku pelik, dia berkahwin dengan seorang perempuan kampung yang aku boleh kata tak secocok dengan dia langsung

Kali terakhir aku jumpa Azman, masa kami kerja bersama empat tahun yang lalu. Masa itu dia mekanik dengan aku di kedai pakcik aku. Sebulan lepas, aku terserempak dengan dia. Alangkah terkejutnya aku yang dia sudah memiliki syarikatnya sendiri

Aku tahan dia dan ajak minum sebab nak tahu macam mana dia boleh mencapai kejayaan seperti ini. Ternganga aku mendengar semua cerita dia. Azman beritahu punca dia boleh berjaya sampai sekarang adalah disebabkan isterinya

Aku tergamam. Azman beritahu lagi, disebabkan dia jujur dan sayangkan isteri, dia sangat rasa dia cepat berjaya. Walaupun Azman belum ada anak, tetapi dia sentiasa bersyukur dan cakap perkara-perkara yang baik tentang isteri dia. Serius saya kagum dan tidak sangka

"Kau tahu tak, lagi banyak kita sayang dan hormat isteri, lagi banyak kita peluk cium dan gembirakan hati dia, kau sendiri akan terkejut dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak disangka-sangka

"Benda yang kau terkejar-kejar dalam hidup kau sebenarnya ada di depan mata kau saja (isteri). Kau pelihara itu dulu, kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang," kata Azman
Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku selepas itu. Dalam perjalanan balik, aku menangis, aku sedar yang aku ego saja selama ini. Aku teringat balik setiap kali aku paksa isteri masak, dia akan sapu balm di hidung dia

Kemudian aku akan dengar bunyi dia muntah teruk. Pernah sekali aku tengok dia lembik sangat. Aku bodoh pada masa itu. Aku cakap aku nak keluar makan dan biarkan dia di dalam tandas dalam keadaan begitu

Baru aku sedar, ibu hamil ini rupa-rupanya sangat sensitif. Masa aku halau dia dari tidur di sebelah aku sebab dia kata aku busuk berbau rokok, dia tidur di lantai. Aku dapat rasakan dia menangis teruk setiap malam sebab aku tengok mata dia selalu bengkak

Yang paling aku benci dengan diri aku, aku tak pernah urut dia. Aku biarkan isteri aku buat itu dan ini tetapi aku tak hargai dia. Aku rasa dia sakit pinggang pun sebab dia tidur atas lantai setiap hari. Mesti sakit badan isteri aku

"Setiap kali aku nak balik rumah, aku akan belikan sesuatu untuk isteri aku sebab aku tahu dia akan happy," - Azman
Bila teringat pada kata-kata Azman, aku mula terfikir nak belikan sesuatu untuk isteri aku. Dalam perjalanan pulang, aku ternampak kedai bunga, tapi tak ada jumpa bunga ros pula. Jadi aku pun belilah apa yang ada

Tiba di rumah, masa nak masuk, jantung berdegup kencang sebab selama ini aku bersalah terhadap isteri dan sangat berharap dia sudi memaafkan aku. Belum sempat aku ketuk pintu, isteri bagi salam pada aku dengan dua biji mangga di tangan dia. Dia cakap jiran bagi, aku tahu dia mengidam

Masa dia salam aku, aku minta maaf pada dia dan bagi bunga pada dia. Tiba-tiba dia tergelak besar. Apahal pula isteri aku ni

"Bang, bunga ini orang guna untuk upacara sembahyanglah abang. Abang beli kat mana?" 
Adoi! Manalah aku tahu, patutlah aci tadi senyum-senyum kat aku. Buat malu. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku berjaya buat isteri tergelak dan nikmat bila aku cium dan peluk isteri, masa itu sangat indah sangat-sangat. Aku dapat rasa penuh malaikat di tepi aku yang mendoakan kami

Jadi itulah cerita tiga tahun yang lalu. Memang indah hidupp berkasih sayang dan bermanja ini. Aku dah lama tinggalkan keegoan aku itu. Lantaklah orang nak kata apa, yang penting aku dapat bahagiakan bidadari aku

Sekarang isteri aku dah hamil anak kedua kami. Kandungannya sudah berusia 5 bulan. Jadi bila aku ternampak page kawan sekolah aku (penulis buku 9 bulan 10 hari), aku iminta izin untuk kongsikan cerita aku pada semua follower page 9 Bulan 10 Hari. Aku nak semua orang dapat merasa nikmat berkasih sayang seperti aku

Semalam isteri ada cakap, "kalau ada rezeki untuk pergi ke Langkawi, dia nak makan beronok". Kampung akulah ini. Korang rasa apa yang aku akan cakap? Haha

Aku serta merta terus minta dia bersiap dan kami pun gerak ke Langkawi. Sayang punya pasal, aku beli tiket penerbangan on the spot walaupun untuk seorang, one way saja harganya RM210. Since anak pertama kami masih kategori infant, untuk dia free lah. Hahaha. Kalau dulu mungkin aku kisah tetapi sekarang hidup aku dah lain dah, Alhamdulillah. Aku pun dah buka bengkel kereta sendiri. Dah jadi bos macam kawan aku, Azman

Ini bukan beronok tetapi sebab aku terlampau sayangkan isteri aku. Aku tak malu pun untuk beritahu satu dunia yang aku sangat cintakan dia dan disebabkan cinta aku pada isteri aku dan disebab aku buang semua ego aku. Aku pun terkejut dengan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih sebab sedarkan hambaMu ini

Sumber: Facebook

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/10/lagi-banyak-kita-sayang-dan-hormat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit Tapi Jujur Pada Isteri Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat

Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit Tapi Jujur Pada Isteri Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 381 hits
Biasa kita dengar dalam ceramah agama Ustaz pernah menyebut siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat tak berjaya kenapa tak berkat Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga mereka amanah dan anugerah...
Sharnaaz Lebih Banyak Video Call Dengan Anak Daripada Isteri

Sharnaaz Lebih Banyak Video Call Dengan Anak Daripada Isteri

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 877 hits
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui teruja melalui kehidupan baharu bergelar seorang bapa sejak Ogos lalu Menurut aktor kelahiran Pulau Pinang itu dia kini memang langsung tidak boleh berenggang dengan anaknya Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan...
4 Faktor Yang Bikin Lagu Karena Su Sayang Sukses Dan Banyak Dicover Musisi Terkenal Dengerin Deh

4 Faktor Yang Bikin Lagu Karena Su Sayang Sukses Dan Banyak Dicover Musisi Terkenal Dengerin Deh

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 268 hits
Makin viral setelah dicover oleh Via Vallen dan Nagita Slavina Kamu perlu tahu fakta dibalik kesuksesan lagu ini sih
Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit Ia Tentang Berkat Atau Tidak Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit Ia Tentang Berkat Atau Tidak Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 702 hits
Sering kali kita melihat rezeki yang tiada keberkatan itu seperti air yang mengalir Petandanya macam macam Antaranya poket bocor perniagaan tak menjadi dan anak yang makin lewa tidak mendengar kata ibu ayah Formula keluarga bahagia yang dir...
Dpr Simplikafikasi Perlu Diterapkan Agar Asing Tak Lagi Bayar Cukai Murah Di Ri

Dpr Simplikafikasi Perlu Diterapkan Agar Asing Tak Lagi Bayar Cukai Murah Di Ri

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 271 hits
Anggota Komisi XI DPR Amir Uskara mengatakan Selama ini pabrikan pabrikan rokok asing kerap memanfaatkan celah aturan cukai sehingga bisa membayar tarif cukai lebih rendah Namun dengan kebijakan ini diharapkan celah tersebut bisa dihilangka...
Ahmad Zahid Enggan Diikat Jamin Rela Bermalam Di Lokap Sprm Isteri

Ahmad Zahid Enggan Diikat Jamin Rela Bermalam Di Lokap Sprm Isteri

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 452 hits
PUTRAJAYA Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya bagi membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Ahmad Zahid enggan diikat ja...
Peguam Nak Bagi Dia Keluar Tetapi Dia Tak Nak Isteri

Peguam Nak Bagi Dia Keluar Tetapi Dia Tak Nak Isteri

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 323 hits
Peguam ingin membuat permohonan ikat jamin namun Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan itu dan memilih bermalam di lokap SPRM Memetik laporan media perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis Peguam...
Cuba Teka Apa Kegunaan Sangkar Ciptaan Isteri Lelaki Ini

Cuba Teka Apa Kegunaan Sangkar Ciptaan Isteri Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 526 hits
Seorang lelaki dari Turki ingin berhenti merokok Jadi setiap pagi isterinya akan masukkan sangkar ke kepalanya agar dia tidak mampu merokok Sangkar ini adalah ciptaan isterinya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii