Aman Palestin Jalankan Aktiviti Melancong Menembak Melombong



PETALING JAYA: Wang derma disumbangkan orang awam diterima Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) disyaki tidak digunakan membantu rakyat Palestin sebaliknya dialih kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan negara konflik berkenaan.
Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan awal SPRM mendapati, dana berkenaan telah diberikan kepada beberapa syarikat untuk menjalankan aktiviti pelancongan, pengembaraan, akademi menembak,perlombongan emas, teknologi, pusat penyelidikan dan juga agensi media.
Kata sumber itu, syarikat-syarikat berkenaan disyaki dikendalikan ahli keluarga, saudara mara dan rakan kepada pengurus dana dengan gaji yang dibayar mereka adalah hasil derma orang ramai.
“Siasatan SPRM juga mendapati, sebahagian sumbangan orang ramai juga digunakan untuk membeli emas, mata wang kripto dan hartanah seperti bangunan dan tanah yang tidak ada kaitan dengan bantuan kepada rakyat Palestin,” kata sumber itu.
Badan bukan kerajaan (NGO) itu didakwa mengupah firma perakaunan yang pernah disenaraihitam dengan mengada-adakan penyata perbelanjaan untuk menunjukkan mereka mempunyai penyata kewangan yang baik.
“Semakan buku akaun Aman Palestin juga mendapati terdapat yuran operasi dan pengurusan melebihi RM400,000 sebulan.

“SPRM juga sedang meneliti, jumlah sebenar dana yang telah disalurkan Aman Palestin untuk membantu rakyat Palestin,” jelasnya.
MENGESAHKAN
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih berjalan.
Pada 1 Disember lalu, SPRM memaklumkan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menyahbekukan akaun 41 aset Aman Palestin sehingga semua siasatan selesai.
Azam berkata, pihaknya masih menyiasat sumber sebenar transaksi dan tuntutan yang diperoleh Aman Palestin.
Beliau menegaskan, siasatan ini bagi memastikan dana hasil derma awam yang bernilai jutaan ringgit ini digunakan dengan telus.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, agar SPRM membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.
Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/aman-palestin-jalankan-aktiviti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aman Palestin Siasatan Sprm Komplot Terancang Pembunuhan Karakter

Aman Palestin Siasatan Sprm Komplot Terancang Pembunuhan Karakter

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 237 hits
MalaysiakiniAman Palestin menyifatkan tindakan SPRM dalam menyiasat pertubuhan itu termasuk membekukan akaun sebagai komplot terancang dan propaganda jahat Tindakan SPRM semenjak kenyataan media bertarikh 23 Nov 2023 sehingga sekarang denga...
Siasat Dakwaan Seleweng Sprm Jumpa 4 Jongkong Emas Dalam Serbuan Aman Palestin

Siasat Dakwaan Seleweng Sprm Jumpa 4 Jongkong Emas Dalam Serbuan Aman Palestin

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 152 hits
WAN SITI AMINAHEmpat jongkong emas adalah antara barang yang dirampas dalam siri serbuan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana melibatkan pertubuhan Aman Palestin Menurut sumber pejabat pertubuhan bukan kerajaan iaitu Aman Palestin Berh...
Aman Palestin Can Seek Legal Action Just As Macc Has Right To Probe Azam

Aman Palestin Can Seek Legal Action Just As Macc Has Right To Probe Azam

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 194 hits
MACC is ready to fight Aman Palestin in court should the organisation take legal action against the freezing of its bank accounts said MACC chief Azam Baki He told Malaysiakini that while it is within Aman Palestin s right to initiate court...
Aman Palestin Beri Sprm Tempoh 3 Hari Nyah Beku Akaun

Aman Palestin Beri Sprm Tempoh 3 Hari Nyah Beku Akaun

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 180 hits
Sekiranya agensi itu gagal berbuat demikian tindakan undang undang akan diambil Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyahbeku 41 akaun bank milik pertubuhan bukan kerajaan itu Peguam A...
Skandal Aman Palestin

Skandal Aman Palestin

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 137 hits
JUWAIRI MD YUSOF24 Nov 2023 SPRM menyita 4 ketul jongkong emas 1 KG gred 999 9 daripada pejabat Aman Palestin Kalau ikut harga semasa harga 1 gram emas 999 9 adalah RM327 g Jadi 4 jongkong emas tu nilai dia sekitar RM1 3 juta weh AMAN PALES...
Semua Aset Aman Palestin Hasil Seleweng Rm70 Juta Bakal Disita

Semua Aset Aman Palestin Hasil Seleweng Rm70 Juta Bakal Disita

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 273 hits
HarapanDaily comSemua aset Aman Palestin Berhad dipercayai diperolehi hasil penyelewengan RM70 juta dana orang awam bakal disita Lapor BH memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam proses mengenal pasti aset terbabit Menuru...
Dana Aman Palestin Diguna Untuk Beli Aset Syarikat Proksi

Dana Aman Palestin Diguna Untuk Beli Aset Syarikat Proksi

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 144 hits
Skuad Khas Harian Metroam hmetro com myKuala Lumpur Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati penyaluran dana awam kepada Aman Palestin Berhad ada yang digunakan untuk membeli aset atas nama syarikat proksi Menurut sumb...
1 Lagi Ngo Dipercayai Ada Kaitan Dengan Aman Palestin Kini Disiasat Sprm

1 Lagi Ngo Dipercayai Ada Kaitan Dengan Aman Palestin Kini Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 250 hits
Skuad Khas Harian Metroam hmetro com myKuala Lumpur Sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan yang mengutip dana dan sumbangan daripada orang awam bagi membantu golongan memerlukan turut berada dalam radar pihak berkuasa Sumber berkata pertubuh...
Kita Lawan Di Mahkamah Jawab Azam Baki Pada Aman Palestin

Kita Lawan Di Mahkamah Jawab Azam Baki Pada Aman Palestin

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 132 hits
Hariz MohdSPRM sedia berdepan Aman Palestin di mahkamah jika pertubuhan itu mengambil tindakan undang undang ke atas pembekuan akaun banknya kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki Azam berkata sementara Aman Palestin ada hak memulakan tindak...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Apakah Sebaik Baiknya Manusia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally