Aman Palestin Beri Sprm Tempoh 3 Hari Nyah Beku Akaun



Sekiranya agensi itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil (Scoop) – Aman Palestin (AP) memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbeku 41 akaun bank milik pertubuhan bukan kerajaan itu.
Peguam AP, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, sekiranya agensi itu gagal berbuat demikian, pihak Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang.
“Aman Palestin pada hari ini sudah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2021 SPRM, bagi memberi notis di bawah Seksyen 44A untuk perintah pembekuan (akaun) ini dibatalkan dan/atau diubah.
“Aman Palestin kini memberi tempoh tiga hari untuk penyahbekuan akaun. Sekiranya gagal, tindakan perundangan sepatutnya dan sesuai dengan manfaat akan diambil,” katanya pada sidang media SPRM Mesti Berlaku Adil di Ibu Pejabat Aman Palestin di Bangi, malam ini.
Sidang media itu diadakan bagi mengulas dan memberikan penjelasan berhubung siasatan dijalankan SPRM terhadap Aman Palestin dan beberapa ahli lembaga pengarah pertubuhan terbabit.
Rafique berkata, SPRM perlu menjawab beberapa persoalan dilontarkan Aman Palestin, iaitu mengapa kutipan dana kemanusiaan pertubuhan berkenaan dibekukan sehari selepas pihaknya mengumumkan ingin menyalurkan bantuan untuk musim sejuk.
“SPRM perlu menjawab semua persoalan ini. Mengapakah akaun kutipan dana untuk bantuan kemanusian dibekukan? Mengapakah tindakan ini diambil hanya sehari selepas Aman Palestin mengumumkan penyaluran wang untuk Kempen Bantuan Musim Sejuk dan semasa gencatan senjata diisytiharkan?
“Bagaimanakah wang derma, sumbangan rakyat dan individu-individu, dikategorikan sebagai hasil aktiviti haram?” katanya.
Beliau berkata, Aman Palestin juga menggesa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang membangkitkan isu pembekuan dana itu di Dewan Rakyat kerana derma serta bantuan kepada Palestin adalah perkara sejagat.
“Kerajaan mesti menjelaskan mengapakah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti kemanusiaan,” katanya.
Mengulas mengenai siasatan terbabit, beliau berkata, SPRM hadir pertama kali ke premis Aman Palestin pada 17 Oktober lalu, namun tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu.
Katanya, penggeledahan dan pembekuan akaun hanya dilakukan sehari selepas kenyataan SPRM dikeluarkan pada 23 November lalu.
Sejak kehadiran SPRM di premis Aman Palestin pada Oktober lalu itu, tegasnya, pengurusan pertubuhan itu memberikan kerjasama baik hingga kini, malah setiap dokumen yang diminta agensi berkenaan diserahkan.
“Sehingga kini Aman Palestin sudah mengeluarkan kos fotokopi dokumen berkenaan hampir RM12,000 dan dari 17 Oktober hingga hari ini, tiga staf, CEO (ketua pegawai eksekutif) dan lima ahli lembaga pengarah (Aman Palestin) dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya. Kesemua mereka hadir tanpa mengelak atau memberi sebarang sebab ketidakhadiran.
“Aman Palestin juga ingin mengesahkan bahawa sebanyak 41 akaun dibekukan SPRM kerana siasatan ini di bawah peruntukkan AMLATAPUAA 2001, dengan bukan semuanya milik Aman Palestin tetapi milik rakan strategik Aman Palestin serta akaun ahli lembaga pengarah dan kakitangan,” katanya.
Menurutnya, sehingga hari ini, aset dibekukan itu membabitkan 12 bidang tanah, empat bangunan, empat kereta dan RM15, 868,762 disumbangkan rakyat Malaysia.
“Kesemua aset ni semata-mata untuk pelaburan yang dibenarkan di bawah memorandum dan artikel Aman Palestin, bertujuan semata-mata bagi mempertingkatkan kebolehan Aman Palestin memberi bantuan kemanusiaan dan bukanlah bagi tujuan peribadi ahli lembaga pengarah Aman Palestin. Kesemua aset in diperoleh dengan hasil yang halal, selain bukan daripada sumber haram,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/11/28/aman-palestin-beri-sprm-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Beku 41 Akaun Bernilai Rm15 86 Juta Libatkan Aman Palestin

Sprm Beku 41 Akaun Bernilai Rm15 86 Juta Libatkan Aman Palestin

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 218 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membekukan 41 akaun dianggarkan bernilai RM15 86 juta berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Berhad yang didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai Suruhanjaya itu dalam satu k...
1 Lagi Ngo Dipercayai Ada Kaitan Dengan Aman Palestin Kini Disiasat Sprm

1 Lagi Ngo Dipercayai Ada Kaitan Dengan Aman Palestin Kini Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 460 hits
Skuad Khas Harian Metroam hmetro com myKuala Lumpur Sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan yang mengutip dana dan sumbangan daripada orang awam bagi membantu golongan memerlukan turut berada dalam radar pihak berkuasa Sumber berkata pertubuh...
Seleweng Dana Awam Rm70 Juta 41 Akaun Aman Palestin Dibekukan

Seleweng Dana Awam Rm70 Juta 41 Akaun Aman Palestin Dibekukan

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 177 hits
Aman Palestin disyaki seleweng dana awam RM70 juta 41 akaun dibekukan SPRMMuhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan keraj...
Aman Palestin Siasatan Sprm Komplot Terancang Pembunuhan Karakter

Aman Palestin Siasatan Sprm Komplot Terancang Pembunuhan Karakter

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 409 hits
MalaysiakiniAman Palestin menyifatkan tindakan SPRM dalam menyiasat pertubuhan itu termasuk membekukan akaun sebagai komplot terancang dan propaganda jahat Tindakan SPRM semenjak kenyataan media bertarikh 23 Nov 2023 sehingga sekarang denga...
Siasat Dakwaan Seleweng Sprm Jumpa 4 Jongkong Emas Dalam Serbuan Aman Palestin

Siasat Dakwaan Seleweng Sprm Jumpa 4 Jongkong Emas Dalam Serbuan Aman Palestin

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 231 hits
WAN SITI AMINAHEmpat jongkong emas adalah antara barang yang dirampas dalam siri serbuan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana melibatkan pertubuhan Aman Palestin Menurut sumber pejabat pertubuhan bukan kerajaan iaitu Aman Palestin Berh...
Sprm Tolak Gesaan Dr M Benar Aman Palestin Salur Bantuan Rm10 Juta

Sprm Tolak Gesaan Dr M Benar Aman Palestin Salur Bantuan Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 170 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya memandang serius kes itu kerana ia adalah kepentingan awam PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menolak gesaan Dr Mahathir Mohamad supaya membenarkan Aman Palestin menyalurka...
Palestin Satu Hari Tambahan Serangan Makin Banyak Korban Berjatuhan

Palestin Satu Hari Tambahan Serangan Makin Banyak Korban Berjatuhan

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 160 hits
Perang di antara Palestin dan Israel diberi fokus utama dalam lawatan kerja dan menghadiri persidangan oleh Perdana Menteri di luar negara sejak seminggu lalu Hal itu ditegaskan dalam jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pagi in...
Macc Refuses To Release Aman Palestin Funds Until Probe Done

Macc Refuses To Release Aman Palestin Funds Until Probe Done

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 292 hits
Azam Baki said that the Malaysian Anti Corruption Commission is still investigating the veracity of the transactions Aman Palestin is accused of making and cannot unfreeze its accounts until the probe is completed KUALA LUMPUR The Malaysian...
14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 182 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myKuala Lumpur Angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza terus melonjak kepada 14 128 mangsa setakat jam 6 petang semalam Angka terkini itu menunju...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi