Amalkan Senaman Plank Untuk Dapatkan Bentuk Badan Menarik


Amalkan senaman plank untuk dapatkan bentuk badan menarik | Pernah dengar tentang senaman 5 minutes plank? Ya, hanya 5 minit senaman plank & nampak mudah tapi ia memberi impak yang sangat besar!  Plank adalah salah satu jenis senaman rintangan paling efektif yang anda boleh lakukan. Kenapa? Kerana senaman plank ini hanya memerlukan sedikit masa tetapi ianya memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan dalam jangka masa yang pendek.

Untuk pengetahuan anda, otot abdomen adalah satu-satunya kumpulan otot dalam badan kita yang tidak bersambung dengan tulang. Ini bermakna otot abdominal memberi sokongan kepada bahagian belakang dan tulang belakang. Otot abdomen ini memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecederaan. Bagaimanapun, untuk memastikan otot abdomen berfungsi dengan baik, otot teras haruslah kuat dan dilatih secara kerap. Amalan senaman plank setiap hari adalah sangat bagus untuk memperkuatkan otot teras serta menyokong tulang belakang anda.

Baiklah, disini CN kongsikan 7 kelebihan apabila anda mengamalkan 5 minutes plank setiap hari.

5 minutes plank, anda akan lihat hasilnya! 

7 Kelebihan Senaman Plank
1. Mengempiskan perut
Sudah tentu tujuan utama CN berminat untuk mengamalkan senaman plank ini adalah untuk mengembiskan perut. Apabila mengamalkan senaman plank ini, lebih kurang 10 peratus lemak akan terkumpul di bahagian perut dan lemak ini dipanggil lemak viseral. Dengan melakukan rutin senaman plank ini, ia dapat membantu mengoptimalkan proses metabolisme tubuh untuk membersihkan racun, penyerapan gizi, hingga membantu mengimbangkan hormon tubuh dengan lebih efisien. Malah, amalan konsisten senaman plank ini membantu untuk mengempiskan perut!

2. Mengurangkan masalah sakit belakang
Satu kenyataan yang ditulis dalam sebuah portal, Livestrong, posisi plank dapat menjaga vertebra dan ligamen bahagian tulang belakang supaya menjadi lebih kuat. Ini kerana, senaman plank dapat membantu otot bahagian belakang supaya lebih stabil, kuat dan fleksibel sehingga membantu mengurangkan masalah sakit belakang.
 

3. Membantu meningkatkan metabolisme
Senaman plank adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan anda kerana melakukan senaman ini setiap hari akan membakar lebih banyak kalori berbanding senaman abdomen yang lain seperti crunches atau sit-up. Otot yang dirangsang semasa melakukan senaman ini setiap hari akan memastikan anda membakar lebih banyak tenaga walaupun anda sedang tidak aktif. Ini adalah penting jika anda menghabiskan sebahagian besar hari anda dengan duduk di hadapan komputer. Tambahan pula, dengan mengamalkannya senaman plank sekurang-kurangnya 5 minit sehari sebelum atau selepas kerja bukan sahaja membantu meningkatkan kadar metabolisme badan tetapi ia juga akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi sepanjang hari.
 
4. Anda akan menjadi lebih fleksibel
Fleksibiliti adalah manfaat utama melakukan senaman plank secara kerap. Ini kerana senaman plank ini membuatkan otot posterior anda mengembang dan menarik pada masa yang sama di mana bahu, tulang belikat dan tulang selangka serta ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman ‘side plank’, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang, yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
 
5. Pengaliran nafas yang lebih lancar
Ketika anda menahan tubuh badan menggunakan kedua-dua belah lengan semasa melakukan senaman plank, ia dapat membantu sistem saraf badan dan pernafasan berfungsi dengan lebih lancar. Selain itu, senaman plank yang kerap ini juga dapat membantu organ dalaman seperti bahagian usus melakukan proses pencernaan dengan lebih sempurna.

6. Membantu memperbaiki postur & keseimbangan badan
Melakukan senaman plank akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada dan belakang anda.

Pernahkah anda cuba untuk berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat bukan? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, ‘side planks’ dan ‘planks with extensions’ dapat membantu memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.

7. Mengurangkan stress
Senaman plank memberi impak kepada sistem saraf, menjadikannya satu cara yang sangat baik untuk meningkatkan mood dan membantu mengurangkan stress. Bagaimana? Senaman plank ini meregangkan kumpulan otot yang memberi rasa stress dan ketegangan dalam badan. Contohnya: anda duduk di atas kerusi setiap masa, tidak kira di rumah atau di tempat kerja, otot paha anda menjadi ketat, seterusnya kaki anda menjadi berat kerana telah dibengkokkan selama beberapa jam, manakala bahu anda pula akan tegang kerana membongkok ke depan sepanjang hari menghadap komputer.

Semua keadaan ini meletakkan tekanan kepada otot dan saraf anda. Berita baiknya ialah, dengan mengamalkan senaman plank setiap hari, bukan sahaja dapat membantu melegakan otak anda, tetapi ia juga berupaya untuk merawat simptom depresi yang hadir dalam bentuk fizikal.

Baiklah, itu sahaja 7 kelebihan senaman plank yang dapat CN kongsikan. Jadi macam mana, rasa teruja tak untuk mencuba senaman plank ini setiap hari?

Tempoh masa terbaik untuk melakukan senaman plank.
Oh ya, jangan pula terlalu teruja untuk melakukan senaman plank sehingga melakukannya dalam masa yang sama. Cukup lah dengan melakukan senaman plank ini selama 10 kiraan atau 30 saat sahaja untuk 3 set. Ataupun cara CN dalam masa 5 minit, lakukan senaman plank untuk 1 minit, rehat 1 minit dan seterusnya untuk 3 set. Mudah je bukan?

Selamat bersenam dan jom sihat!

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2020/03/amalkan-senaman-plank-untuk-dapatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Boleh Buat Berat Badan Sekejap Je Lama Lama Dia Merangkak Laju Sendiri

Anak Boleh Buat Berat Badan Sekejap Je Lama Lama Dia Merangkak Laju Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 374 hits
Rupanya ada terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya Ia termasuk melihat anak boleh merangkak Sebenarnya kemampuan bay...
9 Cara Meninggikan Badan Usia 20 Tahun Ke Atas Secara Alami Dan Efektif

9 Cara Meninggikan Badan Usia 20 Tahun Ke Atas Secara Alami Dan Efektif

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 195 hits
Pertumbuhan tinggi badan memang mendapat pengaruh dari faktor genetik namun masih terdapat beberapa cara yang bisa dilakukan untuk memicu pertumbuhan tinggi badan setelah memasuki usia 20 tahun
Nak Makan Sedap Tapi Risau Berat Badan Naik Ini 6 Teknik Masakan Sihat Dan Lazat Yang Semua Orang Boleh Buat

Nak Makan Sedap Tapi Risau Berat Badan Naik Ini 6 Teknik Masakan Sihat Dan Lazat Yang Semua Orang Boleh Buat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 378 hits
Sakit jantung tak mengenal siapa Baik atlet orang muda ataupun orang tua semuanya berpotensi terkena serangan jantung Menurut laman sebanyak 22 peratus kematian di Malaysia adalah berkait dengan penyakit jantung yang mana salah satu penyumb...
Cegah Kulit Mengendur Akibat Berat Badan Turun Begini Cara Mudah Menyiasatinya

Cegah Kulit Mengendur Akibat Berat Badan Turun Begini Cara Mudah Menyiasatinya

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 311 hits
Terjadinya kondisi kulit yang kendur akibat berat badan susut ini tentu menjadi sangat mengganggu penampilanmu Walau kamu sudah percaya diri penampilan bakal membaik namun kondisi kulit yang kamu alami membuat rasa percaya diri menjadi meny...
Nenek Tak Layan Cucu Pilih Kasih Sebab Kulit Gelap Badan Kurus Anak Terasa Hati

Nenek Tak Layan Cucu Pilih Kasih Sebab Kulit Gelap Badan Kurus Anak Terasa Hati

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 539 hits
Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu Kalau boleh mahu dipeluk cium selalu Bila cucu mereka dimarahi anak anak dia pula tegur kita semula Tak diberinya anak anak ni memarahi cucunya Apa saja yang cucu cucu minta akan diberikannya S...
Penduduk Gempar Temui Potongan Badan Bayi Sedang Direbut Anjing

Penduduk Gempar Temui Potongan Badan Bayi Sedang Direbut Anjing

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 324 hits
Gempar di Indonesia apabila dua orang warga Kabupaten Takalar Sulawesi Selatan menemukan potongan badan bayi di dua tempat berbeza Awalnya seorang warga di Dusun Jene Desa Lagaruda menemukan potongan tubuh bayi iaitu kaki dan tangan Penemua...
In Syaa Allah Panjang Umur Murah Rezeki Sihat Tubuh Badan Kita Raikan 22 Mac 2020 9922

In Syaa Allah Panjang Umur Murah Rezeki Sihat Tubuh Badan Kita Raikan 22 Mac 2020 9922

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 310 hits
Allah dan Rasulullah Isra wal Mikraj menjadi momen paling berkesan bagi Rasulullah Memperingati peristiwa ini setiap tanggal 27 Rajab yang tahun ini jatuh pada Ahad 22 Mac 2020 Beginilah Dialog Ketika Bertemu Allah Saat Isra Mi raj Kamis 12...
Dashing 1st Semburan Deodoran Wangian Badan Untuk Lelaki

Dashing 1st Semburan Deodoran Wangian Badan Untuk Lelaki

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 135 hits
Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki
Cara Rangsang Dan Tambah Tenaga Hilangkan Badan Letih Lesu

Cara Rangsang Dan Tambah Tenaga Hilangkan Badan Letih Lesu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 679 hits
Cara Rangsang dan Tambah Tenaga Hilangkan Badan Letih LesuCara Rangsang dan Tambah Tenaga Hilangkan Badan Letih Lesu Ibu dan wanita akan mengalami rasa penat lesu dan hilang fokus apabila melakukan rutin kerja harian Badan letih biasa terja...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya