Amalan Seksual Anwar Tidak Bermoral Sebagai Seorang Islam Kata Azmin


tuncarlos.com
January 30, 2021 


Hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim merupakan salah satu sebab Azmin Ali membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Gombak itu dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya.

Azmin berkata, 'amalan seksual yang tidak bermoral' dilakukan Anwar menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap presiden PKR itu.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan melalui firma guamannya Tetuan Zharid Nizamuddin, Azmin berkata Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan seorang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi perdana menteri Malaysia.

"Dakwaan ini disokong oleh beberapa dakwaan kukuh berhubung perlakuan dan/atau amalan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang tidak bermoral sebagai seorang beragama Islam, khususnya semenjak DSAI kembali menjadi presiden PKR dan telah bebas untuk bergerak," katanya.

Azmin merujuk dua kes membabitkan tuduhan dibuat oleh Mohammed Yusoff Rawther mengenai serangan seksual dilakukan Anwar dan tuduhan yang sama dibuat oleh individu bernama Aidil Azim Abu Adam.

Azmin dalam pernyataan pembelaannya juga berkata dia meragui status pengampunan penuh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar.

Anwar dipenjarakan pada tahun 2015 atas dakwaan meliwat bekas pembantunya tetapi diberi pengampunan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 2018.

Azmin yang juga menteri perdagangan, antarabangsa dan industri juga menafikan dakwaan bahawa dia gagal menunaikan janji pilihan raya terhadap pengundi di kawasan Gombak.

Katanya, manifesto pilihan raya tersebut merupakan satu deklarasi niat dan polisi yang ingin dilaksanakan oleh PH secara kolektif dan bukan individu.

Bagaimanapun Azmin berkata dia masih komited untuk memerangi dan menghapuskan rasuah meskipun tidak bersama PKR dan telah menyertai Bersatu.

"Memandangkan “undi adalah rahsia”, bagaimana boleh plaintif- plaintif membuktikan dengan kukuh bahawa mereka dengan benar dan jujur telah memilih defendan semasa PRU-14 dan/atau kertas undi masing-masing tidak rosak bagi tujuan pengiraan undi?" tambahnya.

Azmin berkata dia merupakan ahli parlimen dan Adun yang bertanggungjawab terhadap seluruh warganegara Malaysia yang bermastautin di kawasan parlimen dan Dun serta bukan hanya terhad kepada mana-mana pemilih.

Katanya, perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak mana-mana warganegara Malaysia untuk membentuk persatuan.

Azmin juga menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari tahun lalu.

Sebaliknya, katanya, kerajaan PH tumbang disebabkan peletakan jawatan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

-MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/amalan-seksual-anwar-tidak-bermoral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 485 hits
freemalaysiatoday com January 17 2021 8 20 AMNaib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata PH mesti ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu PETALING JAYA Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ib...
Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 290 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Penubuhan kerajaan perpaduan yang diterajui ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk blok pembangkang dan kerajaan berbanding tindakan mencabar proklamasi darurat Penganali...
Ksn Perlu Jelaskan Penyertaannya Dalam Mesyuarat Politik Pn Kata Anwar

Ksn Perlu Jelaskan Penyertaannya Dalam Mesyuarat Politik Pn Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 237 hits
January 25 2021 Anwar Ibrahim menjemput Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali menghadiri mesyuarat majlis presiden kerajaan Pakatan Harapan akan datang susulan kehadirannya pada mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional semalam Pengerusi...
Lompat Parti Kerana Moral Anwar Kes Video Azmin Macam Mana

Lompat Parti Kerana Moral Anwar Kes Video Azmin Macam Mana

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 266 hits
Pernyataan pembelaan yang menunding jari kepada Presiden KEADILAN yang difailkan menteri kanan Azmin Ali terhadap saman pengundinya di Parlimen Gombak yang tidak berpuas hati beliau melompat parti menimbulkan tanda tanya Bagi Naib Ketua Ang...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 277 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Irked By Azmin Calling Anwar Immoral Pkr Youth Man Asks About Sandakan Probe

Irked By Azmin Calling Anwar Immoral Pkr Youth Man Asks About Sandakan Probe

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 379 hits
PKR Youth vice chief Syed Badli Shah Syed Osman has called on Inspector General of Police Abdul Hamid Bador to state if there have been any further developments over the probe into a sex video that allegedly implicated Gombak MP Azmin Ali A...
Ph Jatuh Sebab Pilih Anwar Jadi Pm Kata Dr Mahathir

Ph Jatuh Sebab Pilih Anwar Jadi Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Sebaliknya beliau berkata PH jatuh kerana memilih Presiden Parti Kead...
Didiklah Anak Kita Sebagai Hamba Bukan Sebagai Seorang Tuan

Didiklah Anak Kita Sebagai Hamba Bukan Sebagai Seorang Tuan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 331 hits
Didiklah Anak Kita Sebagai Hamba Bukan Sebagai Seorang Tuan Assalammualaikum wbt Kata orang didikan yang baik bermula dari rumah dan bukan dari sekolah walau masa anak kita lebih panjang kelak di sekolah Mendidik anak sedari kecil harus dil...
Anwar Ibrahim Masih Pilihan Dap Sebagai Calon Pm Lim Guan Eng

Anwar Ibrahim Masih Pilihan Dap Sebagai Calon Pm Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 239 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan utama DAP sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam masa terdekat Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan En...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Drama Abang Imam Minah Skuter

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

A Month Later Still Here


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mayat Berbicara Pakar Patologi Forensik Bantu Mayat Berbicara

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Berapa Harga Dirimu Coba Hitung Di Sini

Junosuara Lrt Gombak Chord

Mcdonald S Malaysia Empowers Youth With Paid Vocational Training

Scoot Adds Kota Bharu And Da Nang Flights This October