Amalan Murah Rezeki Ustazah Noor Bahyah



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah-Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa-Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah -Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa-Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah-Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain-Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat-Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk-Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah -Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu-Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa-Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.  Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya-Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal-Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2023/09/amalan-murah-rezeki-ustazah-noor-bahyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tumpang Rezeki Anak Dr Say Pesan Mak Ayah Jangan Kedekut Nak Belikan Mainan Anak

Kita Tumpang Rezeki Anak Dr Say Pesan Mak Ayah Jangan Kedekut Nak Belikan Mainan Anak

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 168 hits
Ada orang yang memilih untuk tidak membelikan mainan buat anak kerana membazir namun bagi doktor selebriti Dr Say Shazril sebolehnya mahu menyediakan apa jua untuk anaknya Baginya kehadiran dua cahaya matanya Ace dan Sefriel adalah punca re...
Isteri Sarat Hamil Sanggup Bantu Suami Buta Cari Rezeki

Isteri Sarat Hamil Sanggup Bantu Suami Buta Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 309 hits
Di Indonesia seorang isteri yang sarat mengandung tidak malu membantu suaminya yang mengalami masalah penglihatan untuk mencari rezeki Artikel Berkaitan VIDEO Kalau Dia Tidak Kuat Kita Pun Tak Kuat Netizen Sebak Tengok Wanita Mengandung Gig...
Rezeki Pagi Isnin

Rezeki Pagi Isnin

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 124 hits
Assalamualaikum Isnin sudah ya hari ini nieyl cuti 4 hari seronok duduk rumah je tak ada pergi mana mana pun pergi kenduri pergi breakfast dengan husband Hari ni masing masing dah back to normal Pagi pergi kerja petang balik kerja Tadi perg...
Rezeki Datang Melalui 3 Cara

Rezeki Datang Melalui 3 Cara

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Mulakan pagi ini dengan senyuman dan ucapan Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah berikan Tips kekalkan ENERGI POSITIF Sentiasa senyum Motivasi diri dengan semangat kata kata yang baik di waktu pagi Teru...
Jasa Update Artikel Blog Harian Murah Meriah Mulai Dari 300 Ribu Per Bulan

Jasa Update Artikel Blog Harian Murah Meriah Mulai Dari 300 Ribu Per Bulan

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 275 hits
Jasa Update Artikel Blog Blog biasanya digunakan untuk berbagi informasi pemikiran pengalaman atau konten lainnya dengan audiens online Setiap posting di blog biasanya berisi teks gambar video atau kombinasi dari berbagai jenis konten multi...
Rezeki

Rezeki

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 89 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Rezeki sangat harini balik masjid tadi member kerja dah masakkan orang kata langkah kanan patutlah siap pesan tak payah beli makanan dah Menu hari ini ayam goreng kunyit kemain sedap tau sebab orang lai...
Bukan Beratur Naik Kedai Amp Beli Kieda Crepe Syukur Dapat Kongsi Rezeki

Bukan Beratur Naik Kedai Amp Beli Kieda Crepe Syukur Dapat Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 340 hits
Baru baru ini pengusaha pencuci mulut Kieda Crepe berkongsi rezeki barangan keperluan asas kepada orang ramai Jenama Kieda Crepe sentiasa menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial sehingga terpalit dengan beberapa isu panas ...
Karnival Kongsi Rezeki Semua Barang Diberi Percuma Program Usaha Murni Perlu Dikekalkan

Karnival Kongsi Rezeki Semua Barang Diberi Percuma Program Usaha Murni Perlu Dikekalkan

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 271 hits
Karnival Kongsi Rezeki Semua Barang Diberi Percuma Secara Ikhlas Program Usaha Murni Yang Perlu Dikekalkan Kisahnya bila anak terpilih masuk pertandingan mewarna mewakili sekolah Tabika Pandan Jaya Utara Cikgu yang pilih Farhanah dan bebera...
Geram Macam Mereka Tidak Faham Fesyen Jenama Barangan Mewah Noor Kartini

Geram Macam Mereka Tidak Faham Fesyen Jenama Barangan Mewah Noor Kartini

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 248 hits
PUTRAJAYA Usahawan popular Datin Noor Kartini mempertahankan tuduhan liar mengaitkan anaknya gadisnya Ameera Khan dengan aktiviti berjudi lumba kuda ketika menghadiri sebuah acara jenama mewah di luar negara baru baru ini Noor Kartini yang ...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Patut La Kena Pecat Oleh Uum Melingkupkan Kedah Dengan Sanusi

Tnb Harus Bela Rakyat Bukan Perah Rakyat Jangan Ikut Mahazalim

Intan Najuwa Cantik Lepas Bersalin Kongsi Gambar Dengan Baby Imane Dalam Pantang Pun Comel

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand