Amalan Meraba Pelajar Perempuan Hemmmmm
Isu ni bukan isu baru sebenarnya. Dah berdekad lama perkara ini dilakukan. Sejak era pemerintahan BN lagi. Tapi time tu, tiada ruangan untuk diluahkan. Malah wartawan juga tidak berani mengeluarkan berita yang mungkin menikam dirinya kembali.
Namun zaman telah berubah, informasi dikutip dan setiapnya ditapis untuk dijadikan isu supaya terdapat penambahbaikan boleh dilakukan. Kerajaan juga telah bersilih ganti.
Harap ada panduan & ketegasan daripada kementerian dalam memastikan perkara berkaitan haid dapat dijalankan pemeriksaan secara betul dan tidak memalukan pelajar wanita. Mungkin PAS boleh bagi idea kepada kabinet mengikut tatacara sebenar mengikut islam.
Yang pasti isu ini telah lama berlaku.
Malaysiakini | Amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu, menurut pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah
Perbuatan yang dilakukan para guru, warden asrama dan pengawas itu antara lain meminta pelajar menunjukkan kesan darah pada tuala wanita, melakukan calitan pada kemaluan dengan kapas, tisu atau jari mereka untuk membuktikan mereka tidak boleh bersolat jemaah kerana mengalami haid
Malah pelajar juga diraba di bahagian alat sulit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tuala wanita
Sekumpulan individu bercakap kepada Malaysiakini bagi menceritakan pengalaman mereka di sekolah berasrama yang dianggap "memalukan"
Dimaklumkan bahawa amalan seumpama ini kebanyakannya berlaku di sekolah berasrama penuh namun ada juga kes yang terjadi di sekolah harian dan sekolah agama persendirian
Sekumpulan individu berkongsi cerita mereka selepas isu itu dibangkitkan seorang pengguna Twitter yang bertanya mengenai apakah amalan tersebut masih berlaku di sekolah
Bebenang Twitter yang berkongsikan kisah-kisah ini dikongsikan lebih daripada 6,000 kali. Mereka tampil mengatakan bahawa mereka ingin melihat amalan memalukan itu dihentikan
Semua nama telah diubah untuk melindungi identiti mereka yang terlibat
'Kami diraba dari belakang'
Siti N *, seorang pelajar di sekolah agama persendirian menceritakan bahawa dari Isnin hingga Khamis, pelajar diwajibkan bersolat jemaah, manakala pelajar yang datang bulan ditempatkan di sebuah bilik di mana kitaran haid mereka dicatat dalam buku rekod
"Kadang-kadang, mereka akan beri kami sehelai kertas atau tisu, minta kami ke tandas dan tunjukkan darah haid kami," katanya melalui WhatsApp
"Saya ingat pada satu ketika, mereka minta kami berkumpul di padang bola
“Guru dan pengawas mesti periksa seluar dalam kami satu persatu dengan meraba belakang kami. Ia agak mengaibkan dan saya merasa sangat menjijikkan, ”kata Siti yang kini menuntut di universiti
Pada usia 13 tahun, Adriana berkata dia memasuki sekolah asrama, namun pengetahuan yang sedikit mengenai kitaran haid menyebabkan dia tidak dapat membezakan antara keputihan normal dan darah haid
Adriana berkata pada satu malam dia duduk di bilik prep semasa solat berjemaah sebelum ditangkap ketika pemeriksaan mengejut. Apabila diperiksa, dia tiada tanda-tanda mengalami pendarahan
“Senior yang bertanggungjawab menyangka saya berbohong dan memaki saya, bersama dengan senior lain. Saya trauma dan sejak itu, saya akan gunakan semula tuala wanita yang sama sepanjang hari untuk memastikan ada darah. Bila diingat semula, sangat menjijikkan sebab saya kena gunakan tuala wanita yang ada darah sejak hari itu, hanya untuk buktikan yang saya dalam haid," kata Adriana, yang kini berusia 21 tahun.
Sindiran lucah oleh guru
DH pula tidak pernah menceritakan mengenai kejadian di sekolah rendah dan sekolah menengah ketika bersekolah di dua sekolah perempuan di Kelantan
Katanya, solat Zohor berjemaah diwajibkan bagi semua pelajar dan mereka akan menjalani pemeriksaan mengejut secara rawak
"Jika ustazah yang bertugas, lebih baik kita lari dan sembunyi, jika tidak, dia akan heret kita ke tandas dan buatkan kita 'menyapu darah kita' di tisu. Kalau ada yang pakai tampon, dia akan malukan mereka, dengan tanya gatal sangat nak masuk k**e? Kata-kata tu menyebabkan saya tidak menggunakan tampon sehingga berusia 20-an,” katanya yang menyokong Pendidikan Seks diajarkan di sekolah.
Haid tak teratur dicurigai
Ash** berkata insiden itu adalah rutin yang berlaku di sekolah berasrama penuh di Selatan tanah air, di mana mereka dari 'skuad agama' mensasarkan pelajar perempuan yang duduk di luar surau sekolah
"Kami akan beratur di luar tandas, tunggu giliran dan satu atau dua orang anggota 'skuad' akan periksa bahagian vagina. Selalu hanya melalui kain kami, tapi itu pun rasa sangat pelik,” katanya
Kata Ash, dia mengalami haid yang tidak teratur dan perkara itu menyebabkan dia dicurigai
“Kadang-kadang mereka panggil saya keluar, empat atau lima daripada mereka akan kerumun saya dan mereka malah mengugut akan paksa saya tanggalkan seluar dalam saya,” kata Ash yang meninggalkan sekolah asrama itu pada usia 16 tahun untuk masuk ke sekolah biasa.
Faekah *** berada di tingkatan 1 di sebuah sekolah asrama apabila dia diperiksa untuk mengetahui sama ada dia datang haid atau tidak
“Saya tidak tahu banyak tentang haid ketika tu dan jika ada keputihan saya juga akan anggap itu adalah haid. Jadi satu hari seluar dalam saya keluar cairan dan sebab itu saya ke bilik prep. Tapi bila malam ketika spot check, saya tiada sebarang keputihan dan senior ingat saya berbohong.
“Sejak saat itu, kalau saya datang haid sepanjang hari, saya akan gunakan kembali tuala wanita yang sama untuk lulus spot check waktu malam Tapi bila dilihat semula, itu sangat menjijikkan sebab saya perlu gunakan tuala wanita sama yang ada darah pada siang hari hanya untuk menyenangkan mereka dan untuk benar-benar buktikan bahawa saya sedang haid,” tambahnya.
Amalan itu masih berlaku
Sekurang-kurangnya dua pelajar yang bercakap mengatakan amalan itu masih berlaku sehingga ke hari ini
Bee** yang bersekolah di sekolah yang sama dengan Ash berkata 'calitan haid' untuk buktikan mereka tidak boleh bersolat masih berlaku, malah mereka dikenakan hukuman yang menjijikkan
"Ramai daripada kami, ketika masih junior dipaksa meramas tuala wanita yang berlumuran darah kerana disyaki kami tidak membuangnya dengan betul. Itu masih menghantui fikiran saya sampai sekarang,” katanya yang mengatakan ramai pelajar bimbang untuk bercakap mengenai perkara itu.
Selain perlecehan fizikal, Jana yang merupakan seorang lagi pelajar menceritakan tentang kata-kata seorang guru kepada mereka yang mengelak untuk melakukan 'ujian datang bulan'
“Yang selalu datang haid dan tidak datang (spot check) pasti mengandung,” kata seorang warden di sekolah, menurut Jana.
“Waktu itu kami baru berada di Tingkatan 1 dan kata-katanya sangat menyakitkan," katanya.
Pakar obstetrik dan ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita
"Sebagai pakar obstetrik dan pakar sakit puan, saya percaya seorang perempuan muda tidak harus membuktikan yang dia mengalaminya (kedatangan haid)," kata Dr Harlina kepada Malaysiakini
Sementara itu, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata dia menentang keras perbuatan memalukan seumpama itu
"Tindakan meraba-raba anak gadis untuk pastikan sama ada mereka sedang haid atau tidak adalah gangguan seksual, manakala tindakan meminta mereka menunjukkan tuala wanita berdarah sebagai bukti haid adalah satu kesalahan membuli, mengaibkan dan mengganggu emosi gadis-gadis ini," katanya
Reaksi pertubuhan wanita
Mengulas isu itu, All Women Action Society (AWAM), Sisters In Islam (SIS) dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN: Girls) menuntut Kementerian Pendidikan (KPM) menangani isu gangguan seksual, perlecehan fizikal dan kecam badan (body shaming)
Katanya, perbuatan itu dilakukan dengan alasan tindakan disiplin terhadap pelajar, namun sebenarnya merupakan gangguan dan salahguna kuasa
"Pemeriksaaan mengejut datang bulan; Pemeriksaan mengejut secara fizikal untuk 'barang terlarang'; badan, pakaian dan hubungan intim yang memalukan di khalayak ramai; pengantunan kanak-kanak (child grooming); cabul, menampar dan mencubit puting buah dada sebagai hukuman adalah beberapa kejadian pelanggaran yang dialami oleh pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia yang mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini,"kata kumpulan wanita itu dalam satu kenyataan bersama
Mereka menyebut insiden tersebut dilaporkan berlaku di institusi pendidikan - tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama dan universiti
"Di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan perbuatan mengganggu kesantunan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kes-kes ini boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah dan boleh dihukum oleh undang-undang
"Dengan melakukan tindakan tersebut atau membiarkan tindakan tersebut dilakukan oleh guru / warden / pengetua, pihak berkuasa sekolah di Malaysia mengajar semua pelajar adalah OK untuk mencabul tubuh badan orang lain tanpa persetujuan mereka dan memperlakukan mereka tanpa rasa hormat atau maruah," kata kumpulan itu
Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata setakat ini tidak jelas sama ada terdapat garis panduan kementerian yang secara khusus menjelaskan mengenai kaedah bagi menentukan sama ada seseorang pelajar perempuan mengalami haid atau sebaliknya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2021/04/amalan-meraba-pelajar-perempuan-hemmmmm.html