10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa Pelajar Malaysia


Kematian DUke of Edinburgh pada pagi Jumaat ternyata mendedahkan perspektif dan sanjungan dari pelbagai lapisan rakyat terhadap ahli keluarga diraja itu.
Sosok Putera Philip sentiasa diingati rakyat United Kingdom, malah pelajar asing yang pernah berada melanjutkan pengajian tinggi di negara terbabit turut merasai kehilangannya.
Ahli Malaysian Society, Imperial College Union, London, Ahmad Syabil Hud Adzman Shah berkata mendiang terkenal dengan keperibadiannya yang mudah didekati rakyat.
Menurut Ahmad Syabik, Ddari sudut kerja kebajikan pula, Putera Philip amat popular dalam kalangan keluarga diraja.
“Mengenang mendiang Putera Philip (ini) saya rasa dalam tiga perkara. Pertama sekali mendiang Putera Philip ini, beliau telah berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua dan salah satu sebab beliau popular adalah sebab beliau seorang Tentera Laut.
“Rakyat Britain lebih senang dapat berhubung dengan mendiang kerana beliau aktif dalam sukan, contohnya ketika sekolah menengah beliau pernah menjadi kapten kelab sukan,” katanya dalam temu bual menerusi Skype pada Sabtu.
Tambah Ahmad Syabil, pelajar asing turut mengenali sosok mendiang itu yang sentiasa mengambil perhatian akan kemajuan sukan di peringkat universiti melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa.
“Antara pelajar UK, malah pelajar Malaysia pun tahu beliau lancarkan aktiviti (iaitu) satu anugerah bagi pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan berkhidmat kepada masyarakat.
“Beliau juga aktif dalam khidmat masyarakat dan kerja amal, contohnya beliau aktif dalam World Wide Fund for Nature (WWF) dan beliau banyak beri sumbangan kepada organisasi tersebut,” jelasnya lagi.
Putera Philip, 99, meninggal dunia pada Jumaat pagi (waktu tempatan) di Istana Windsor.
Putera Philip mendapat gelaran Duke Edinburgh selepas beliau mendirikan rumahtangga dengan Ratu Elizabeth pada 20 November, 1947.
 

Pemergian Putera Philip yang merupakan suami kepada Ratu Elizabeth semalam dianggap satu kehilangan besar buat keluarga diraja Britain dan seluruh dunia.
Selama 74 tahun berada di samping permaisuri hatinya yang tercinta, Duke of Edinburgh itu disifatkan Ratu Elizabeth sebagai ‘kekuatannya yang berterusan dan abadi’.
Menjadi suami kepada seorang ratu dan perlu sentiasa berada di belakang wanita hebat itu tidak memudarkan cinta putera dari Greece dan Denmark ini terhadap isterinya.
Putera Philip mengahwini Ratu Elizabeth yang ketika itu bergelar Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey. – AFP Meskipun terkenal dengan sifatnya yang lantang bersuara serta tidak gentar untuk meluahkan apa yang terlintas di fikirannya, Putera Philips sebenarnya ialah seorang lelaki yang mementingkan keluarga.
Beliau malahan menjadi ‘sahabat baik’ kepada Puteri Diana, yang merupakan menantunya ketika Puteri Wales itu mula menyertai keluarga diraja Britain pada tahun 1981 selepas mengahwini Putera Charles.
Banyak lagi fakta menarik yang sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai bekas tentera laut diraja ini.
Jadi, berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai Putera Philip, Duke of Edinburgh:
Beliau berkhidmat secara aktif dalam Tentera Laut Diraja ketika Perang Dunia Kedua. – AFP Lahir sebagai seorang putera Greece dan Denmark di Pulau Corfu, Greece pada 10 Jun 1921. Merupakan putera bongsu dan satu-satunya anak lelaki Putera Andrew dari Greece dan Denmark serta Puteri Alice dari Battenberg, Jerman. Beliau mempunyai empat adik beradik perempuan. Selepas tamat sekolah, Prince Philip mengambil peperiksaan perkhidmatan awam dan diterima untuk memasuki Tentera Laut Diraja. Berkhidmat secara aktif dalam Tentera Laut Diraja ketika Perang Dunia Kedua. Merupakan seorang juruterbang yang berkelayakan, dengan jam penerbangan sebanyak 5,986 jam untuk 59 jenis pesawat. Beliau merupakan ahli keluarga diraja Britain yang tertua dan paling lama berkhidmat. Memahami sedikit bahasa Greek dan menggunakan tandatangan ‘phi’ pada lukisannya yang bermaksud ‘p’ dalam Bahasa Greek. Putera Philips telah menjalankan sebanyak 22,219 program penglibatan secara solo antara tahun 1952 hingga persaraannya pada 2017. Beliau telah menyampaikan sebanyak 5,496 ucapan dan 785 organisasi telah melantiknya sebagai penyokong, presiden atau ahli. Beliau dan Ratu Elizabeth bertemu pada tahun 1939 apabila Raja George VI melawat kolej ketenteraan lautnya. Pasangan ini kemudiannya saling bertukar surat ketika Perang Dunia Kedua dan beliau melamar permaisuri pada tahun 1946. Mengahwini Ratu Elizabeth yang ketika itu masih bergelar Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey.
The post 10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa – Pelajar Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/10/10-fakta-menarik-putera-philip-dan-beliau-disenangi-rakyat-dan-pelajar-antarabangsa-pelajar-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 308 hits
Polis Malaysia pendakwa raya Korea Selatan tumpaskan kartel dadah antarabangsa Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan p
11 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terdedah Kebocoran Data Fb

11 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terdedah Kebocoran Data Fb

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 223 hits
MALAYSIAKINIKebocoran data besar besaran berpotensi mendedahkan sebanyak 11 675 894 nombor telefon Malaysia yang dihubungkan dengan akaun Facebook Ini sebahagian dakwaan kebocoran data sebanyak 533 juta akaun Facebook Pada masa penulisan be...
Lebih Ramai Rakyat Malaysia Dijangka Panjang Umur

Lebih Ramai Rakyat Malaysia Dijangka Panjang Umur

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 425 hits
BERNAMA MAHATHIR Mohamad FOTO arkib NSTP Putrajaya Ketika ramai bertanya apa rahsia lanjut usia Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri berkata hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia akan panjang umur dan mereka akan menyumbang ke arah pemben...
Universiti Madinah Tawar Biasiswa Tanpa Had Kepada Pelajar Malaysia

Universiti Madinah Tawar Biasiswa Tanpa Had Kepada Pelajar Malaysia

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 194 hits
Ditawar dalam pelbagai bidang termasuk perubatan kejuruteraan MADINAH Universiti Islam Madinah menawarkan jumlah biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam kata Menteri di Jabatan Per...
Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 682 hits
Sumber Google 1 Badan manusia mempunyai lebih daripada 200 tulang Terdapat 206 tulang di dalam tubuh manusia Tulang bertindak sebagai asas badan dan membantu menjadikan semua mekanikal badan berfungsi dengan baik Sekiranya satu tulang patah...
Putera Philip Mangkat Pada Usia 99 Tahun

Putera Philip Mangkat Pada Usia 99 Tahun

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 383 hits
LONDON Suami kepada Ratu Elizabeth Putera Philip dilaporkan mangkat hari ini pada usia 99 tahun Memetik laporan The Independent berita itu disahkan oleh Istana Buckingham sebentar tadi Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyebut punca kema...
Istana Umum Putera Philip Meninggal Dunia

Istana Umum Putera Philip Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 241 hits
Istana umum Putera Philip meninggal dunia Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Apr 2021 7 20PM
Kemangkatan Philip Putera Harry Dijangka Pulang Segera Ke Uk

Kemangkatan Philip Putera Harry Dijangka Pulang Segera Ke Uk

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 184 hits
LONDON Putera Harry dijangka pulang ke United Kingdom buat pertama kali sejak meninggalkan tugasan diraja susulan kemangkatan datuknya Putera Philip Daily Mail memetik satu sumber melaporkan Harry akan berusaha balik ke UK dengan kadar sege...
Penyembah Putera Philip Kata Semangatnya Terus Hidup

Penyembah Putera Philip Kata Semangatnya Terus Hidup

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 206 hits
Penyembah Putera Philip kata semangatnya terus hidup Dikemas kini 33 saat yang lalu Diterbitkan pada 12 Apr 2021 7 30PM
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi