Althea Make Up Produk Terbaru Dari Althea Korea Yang Sangat Awesome
Althea Make Up | Produk Terbaru Dari Althea Korea Yang Sangat Awesome! - Setiap kali perayaan mesti ada box pink terbaru dari Althea Korea. Oh ya sempena Tahun Baru Cina kali ini Althea dah keluarkan produk make up jenama Althea sendiri tau. Mama sebagai Althea Angels berpeluang untuk mencuba sendiri produk make up jenama Althea. Nak tahu barang make up apa kali ni jom baca entri ni sampai habis.
Box sempena Lunar kali ni seriously cantik sangat!
Sampai jer parcel pink dari Korea hati ni dah membuak-buak kegembiraan sebab mama excited nak tengok barangan make up jenama Althea Korea kali ni. Katanya ada pallete eyeshadow dengan kolaborasi bersama selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari. Lagilah mama teruja sebab mama memang suka sangat eyeshadow ni. Selain itu, terdapat 4 warna Watercolour cream tint yang woww giler! Tak sabar nak cuba cream tint tu dekat bibir mama. Confirm cun la bibir ni kan. Hahahah.
Concealer dari Althea ni korang kena cuba lain sangat ringan di wajah dan sangat smooth walau nampak creamy sangat. Concealer Althea ni pun ada 4 shades berlainan dan sangat sesuai untuk kulit wanita Asia. Bagi yang ada jerawat merah-merah tu korang kena cuba Althea Skin Relief Spot Film Gel sangat bagus untuk cover jerawat merah yang timbul tu. Akhir sekali Althea Spotlight Eye Glitter. Hehehe mama jujur tak berapa suka sapu glitter ni tapi kalau kena dengan event memang terbaik la glitter ni memang on.
Antara barangan make up Althea terbaru ni adalah :-Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLxAltheaSkin Relief Spot Film GelSpotlight Eye Glitter - Gold Light & Pink LightWaterColour Cream Tint - Plum Cream, Strawberry Cream, Marron Cream & Peach CreamFlawless Creamy Concealer - Mocha, Honey, Vanilla & GingerSkin Relief Spot Film Gel
Sebelum mula make up, mama memang akan prep muka dengan toner, moisturizer, primer dan juga akan sapu Skin Relief Spot Film Gel untuk cover jerawat yang timbul dan merah di muka. Spot Film Gel ni wangi tea tree leaf extract dan rasa teksture agak pekat dan mudah meresap. Tak perlu nak sapu banyak just dab dab jer dekat bahagian jerawat tu dan korang akan rasa muka flawless
Packaging dia sangat nice dan mudah untuk guna ketika make up. Sebotol 15ml ni harga yang cukup murah iaitu RM19 sahaja. Korang nak dapatkan Skin Relief Spot Film Gel ni boleh tekan link sini yer https://my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel
Skin Relief Spot Film Gel
Flawless Creamy Concealer - Mocha, Honey, Vanilla & Ginger
Sebelum pakai foundation di muka mama akan gunakan Flawless Creamy Concealer di bahagian seperti bawah mata, dahi, hidung dan tulang pipi. Dengan menggunakan concealer pada bahagian tersebut bantu cover lingkaran hitam bawah mata, teknik shading dan juga cover parut jerawat yang degil. Walau concealer ni sangat creamy tapi sumpah concealer ni ringan dekat muka tak rasa tebal pun pakai. Paling mama suka senang blend dekat muka tau. Tak kesah lah nak blend dengan sponge atau dengan jari pun boleh.
Flawless Creamy Concealer
Untuk Flawless Creamy Concealer ini terdapat 4 warna yang berbeza iaitu Mocha, Honey, Vanilla & Ginger. Mama suka guna warna Mocha untuk cover parut jerawat yang gelap manakala Ginger pada bawah mata dan hidung nak kasi muncung. Hehehe. Ehh senang jer guna concealer ni asalkan kita pandai teknik blend dan make up akan flawless. Oh ya harga sebotol concealer ni paling murah ok hanya RM15.00 jer. Bab packaging mama suka botol transparent dan nampak isi dalam dia. Heheh senang la nak tahu concealer kita banyak mana lagi kan. Bagi yang nak beli Flawless Creamy Concealer boleh tekan link ni https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer
Mocha, Honey, Vanilla & Ginger
Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLxAlthea
Siapa suka make up mesti akan teruja dengan eye palette eyeshadow. Kali ni Althea kolaborasi dengan Bunga Citra Lestari iaitu Eye Palette Sunrise & Moonrise. Nama dah glamour uolls kalau tengok eyeshadow dia sumpah cantik weh. Terdapat 8 warna eyeshadow yang sangat pigmented boleh nak gunakan siang hari dan juga malam hari. Senang nak blend boleh jer guna brush atau jari sebab warna eyeshadow ni ada glitter, shimmers dan mattes.
Sekali sapu jer warna dia terang tau. Korang boleh jer nak buat look natural, pinky, purple atau smoky eyes pun boleh tau. Yang pasti korang kena pandai blend eyeshadow ni dekat kelopak mata korang tau. Packaging eye palette ni nampak exclusive dan tak besar so sangat sesuai untuk travel atau boleh muat dalam handbag. Harga Eye Palette Sunrise & Moonrise ini RM140.00 dan korang boleh dapatkan di link berikut https://my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl
Eye Palette Sunrise & Moonrise
Spotlight Eye Glitter - Gold Light & Pink Light
Mula dapat Eye Glitter mama macam blur skit adeh sebab mama jujur tak berapa nak guna glitter ni rasa tak kena dengan muka. Tapi sebenarnya cantiklah Spotlight Eye Glitter ni. Cepat kering jugak glitter ni. Sangat sesuai untuk eyeliner, eyeshadow dan kalau berani boleh jadikan highlight jugak. Hahh macam-macam kegunaan Spotlight Eye Glitter ni yer cuma kena berani praktis lama-lama akan terror.
Spotlight Eye Glitter
Ada 2 warna iaitu Gold Light dan Pink Light. Cantik kan warna dia lepas ni mama nak cuba dekat eyeshadow mesti lagi shining jer kelopak mata ni kan. Oh ya untuk harga Spotlight Eye Glitter ni hanya RM24.00. Nak beli korang tekan jer link ni https://my.althea.kr/spotlight-eye-glitter
WaterColour Cream Tint - Plum Cream, Strawberry Cream, Marron Cream & Peach Cream
Sapa suka pakai Watercolour cream tint? Yeah mama first time guna ni tau. Fuh dah la warna dia bold giler tapi cantik pulak lepas banyak kali pakai. Hahaha. Boleh jer korang blend cream tint ni jadi bibir ala-ala Korea gitu. Kalau tengok packaging cream tint ni nampak exclusive kan macam cream tint yang mahal tau. Tekstur cream tint creamy, pigmented dan glossy dekat bibir. Yang paling best boleh bertahan sepanjang hari.
Ada 4 shades cream tint dan warnanya bold iaitu Plum Cream, Strawberry Cream, Marron Cream & Peach Cream. Paling mama suka colour Marron Cream dengan Peach Cream memang kena dengan bibir mama. Pakai cream tint ni bibir tak merekah tau nampak glossy jer dan jangan risau tak rasa melekit pun dekat bibir kita. Tapi bagi yang tak biasa pakai nampak glossy macam ni boleh jer sapu sedikit dekat bibir dan dab dab jer dengan jari pun cantik bibir tu tau.
Harga sebatang Watercolour Cream Tint hanya RM20.00 jer uolls. Tak mahal mana pun lah. Nah nak beli kan boleh terjah link ni https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint atau bagi yang nak beli set 4 batang siap dapat special gift box pun boleh dan korang akan dapat 10% diskaun hanya RM72.00 dan ni linknya https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint-set
Dah tengok semua barangan make up terbaru dari Althea kan mesti nak tengok hasil make up mama yang bukan pro ni kan. Hahaha. Disebabkan mama salah seorang Althea Angels of coz la mama sahut cabaran make up dan siap buat video tutorial make up lagi tau. Nampak macam senang tapi nak buat susah rupanya. Hahaha tapi yes mama berjaya akhirnya. Video tutorial make up guna barangan Althea ada kat bawah ni silalah tengok. Jangan kecam sudah yer. Hehehe
Hasilnya taraaaa. Buat tengah malam sebab anak tengah tidur so boleh la kan walau kening tak siap. Hahaha takper make up ni satu jer kena rajin belajar dan praktis barulah perfect.
Tahniah untuk Althea Korea sebab dah keluarkan barangan make up yang super awesome, berkualiti dan harga mampu milik! Lepas ni boleh la keluarkan barang make up lain seperti foundation, blusher, mascara dan lain-lain lagi. Lepas ni mama bertambah rajin make up dengan menggunakan barangan make up Althea Korea yang sememangnya awesome! Untuk pembelian barangan make up Althea boleh terus ke laman web Althea di https://my.althea.kr/
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamajue.com/2019/02/althea-make-up-produk-terbaru-dari.html