Koleksi Make Up Althea Cantik Menawan Dan Tertawan
Hai korang!! Buat apa tu? Mommy busy sikit tapi ada kan juga masa untuk update blog dan kongsi dengan korang koleksi Make Up Althea yang cantik, menawan dan tertawan. Sapa yang tertawan? Mommy ler. hehe... Banyak yang mommy telah kongsikan dengan korang tentang produk-produk Althea Korea. Dari skincare, mask, make up dan lain-lain lagi. Brand macam-macam ada tapi yang paling best adalah produk-produk di bawah label Althea sendiri. Sebab? Sebab harga sangat mampu milik, berkesan dan authentic.
Kiranya, sejak menggunakan produk-produk Althea... Mommy tidak lagi risau tentang kesan sampingan atau breakout. Kulit bertambah baik sejak mengenali Althea.kr . Sebab itulah bila Althea keluarkan produk baru, mommy sangat teruja untuk mencubanya termasuklah koleksi make up terbaru walaupun mommy bukanlah kaki make up. So, jom tengok apa yang ada untuk koleksi make up Althea...
Koleksi Make Up Althea | Cantik, Menawan Dan Tertawan
Untuk koleksi Make Up Althea kali ini terdiri dari set solekan asas iaitu:-
BCL x Althea Eye Palette Sunrise & MoonriseAlthea Flawless Creamy Concealer Althea Spotlight Eye GlitterAlthea Water Colour Cream Tint Althea Skin Relief Spot Film Gel
Mommy akan review satu-satu untuk produk yang telah mengubah wajah mommy dari biasyer-biasyer ke luarbiasyer. hahahaa... Gurau jer sebab nanti nak suruh korang nilai sendiri.
BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise
Bila buka saja box Althea, BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise ni yang nampak dulu. Teruja beb! Bila dah buka lagi la sebab warna-warna dia sangat cantik. Rasa sayang nak guna. hihii...
BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise adalah kolaborasi exclusive diantara Althea dengan bintang popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari. Hadir dalam 8 pigmented colour shade lengkap dengan matte, shimmer, glitter. Packaging dia pun cantik sangat dengan motif bunga-bunga.
Walaupun hadir dengan 8 pigmented colour shade, tapi dengan padanan yang sesuai untuk solekan mata korang, ia mampu memberi kesan glamour kepada korang. Sangat sesuai di gunakan sebagai solekan siang, solekan malam ataupun solekan untuk majlis rasmi. 8 warna eye palette ini sangat sesuai untuk wanita asia.
Mommy dah cuba dan ia sesuai untuk mommy. Kalau korang nak, dapatkan Palette Sunrise & Moonrise 15.5g pada harga RM140 dengan klik sahaja di link ini my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl
Althea Flawless Creamy Concealer
Althea Flawless Creamy Concealer bukan sekadar concealer sebab ia mampu menutupi parut jerawat, jeragat dan kesan cela pada wajah serta memberikan kesan flawless pada wajah. hadir dengan 4 pilihan warna iaitu :-
#01 Vanilla#02 Ginger #03 Honey #04 Mocha
Korang boleh pilih warna yang sesuai dengan kulit korang tapi kalau nak kesemuanya pun boleh sebab setiap warna memberi kesan yang berlainan. Setahu mommy, warna yang gelap sikit tu selalunya MUA atau kaki make up akan gunakan sebagai shading supaya hidung nampak mancung, pipi bak pauh melayang dan lain-lain lagi.
Althea Flawless Creamy Concealer ni mempunyai tekstur yang lembut dan ringan. Paling best bila solekan tidak menjadi crack selepas beberapa jam memakainya. Ia juga mempunyai formulasi kelembapan untuk mempastikan kulit wajah kita tidak kering dan sentiasa lembap sepanjang masa memakainya sebagai asas solekan. Ia memberikan sentuhan kemasan wajah semi-matte.
Bagi yang berminat, untuk setiap satu Althea Flawless Creamy Concealer (6g) ni cuma berharga RM15 dan klik sahaja di my.althea.kr/flawless-creamy-concealer .
Althea Spotlight Eye Glitter
Spotlight Eye Glitter? First time mommy guna dan ada koleksi ni. Boleh dijadikan solekan sebagai eyeshadow ataupun eyeliner agar solekan mata korang kelihatan perky dan glamor. Sesuai sangat untuk gaya solekan yang berani dan ranggi.
Diformulasikan dengan NATURAL MOISTURIZING COMPLEX untuk melembapkan kelopak mata dengan moisturizing gel matrix memberikan sentuhan kilauan. Ia juga mampu bertahan lama selepas penggunaan solekan mata. Hadir dengan dua pilihan variasi warna #01Gold light #02 Pink Light
Untuk pembelian Althea Spotlight Eye Glitter 4.5ml berharga RM24 dan klik disini my.althea.kr/spotlight-eye-glitter .
Althea Water Colour Cream Tint
Hat ni mommy suka sebab warna-warna dia sangat cantik dan menawan kalbu gituuu. Boleh digunakan untuk ke pejabat, santai ataupun ke majlis-majlis tertentu.
Althea Water Colour Cream Tint merupakan pewarna bibir yang tahan lama dan mampu melembapkan bibir. Hadir dengan gabungan warna bold dan glossy sheen. Empat pilihan variasi warna menarik sangat iaitu
#01 Plum Cream #02 Strawberry Cream #03 Peach Cream#04 Marron Cream
Mommy dah guna keempat-empat code ni. Semuanya warna cantik. Lagi best bila mommy campur atau adunkan dengan 2, 3 warna sekaligus, ia menghasilkan warna baru yang lagi meletops. So, korang pun kena cuba dan dapatkan koleksi lip tint ni.
Watercolor Cream Tint mempunyai isipadu 4.5ml dan berhara cuma berharga RM20. Untuk pembelian dan maklumat lanjut, korang boleh klik di sini my.althea.kr/watercolor-cream-tint
Althea Skin Relief Spot Film Gel
Mommy ada jerawat sebenarnya. Sebab itulah jarang sangat ber'make up'. Takut jerawat semakin galak naik. Tapi orang kata, semakin banyak jerawat bermakna kulit semakin muda. Betoi ka? Apa-apa jerlah kan tapi untuk atasi masalah jerawat, mommy mencuba Althea Skin Relief Spot Film Gel.
Althea Skin Relief Spot Film Gel adalah gel jernih untuk merawat jerawat di wajah. Gel ini mengandungi Tea tree oil ,Centella asiatica extract ( ekstrack pegaga ) dan juga ekstrack daun Pine di mana kesemua bahan semulajadi ini kaya dengan antioxidants untuk merawat dan melegakan kerengsaan wajah. Sebab itulah ada rasa sejuk dan dingin apabila menggunakannya.
Untuk pembelian Skin Relief Spot Film Gel 15ml berharga RM 19 ini, korang klik sahaja di my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel .
Menarikkan koleksi Make Up Althea kali ini?. So, mommy kongsikan dengan korang cara mommy menggunakan produk-produk Althea dan perubahan wajah mommy dari besyer besyer ke luarbesyer. Saja nak bagi korang muntah. hahahaha
Banyak kekurangan dalam video tu tapi mommy cuba jugak. So, inilah hasilnya versi photo...
sebelum
selepas
selepas tukar tudung. Amacam meletops tak? So, kalau korang berminat untuk mendapatkan produk-produk Althea yang mommy gunakan ini, korang bolehlah dapatkannya di link di bawah dan ianya direct dari Korea.
my.althea.kr/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2019/02/koleksi-make-up-althea-cantik-menawan.html