Althea Angels Birthday June Haul


Althea Angels Birthday June Haul  |  Hi guys!! Kabare? Ok, bulan lepas merupakan bulan kelahiran aku yang ke dot dot dot dot... hiks.. Disebabkan angka tu banyak sangat, jadi aku tak dapat nak kira berapa umur aku.. Haha!! Itu menandakan aku dah semakin senja.. Kehkehkeh.. Tahun ni nampaknye sedikit meriah dengan hadiah berbanding dengan sebelum ni.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi memberi daku hadiah hari jadi.. 

Hadiah paling meriah yang aku terima sudah tentulah dari Althea.. Terlambat sikit update entry dek kerana kesibukan yang melanda.. Eh dah kenapa Althea baik hati bebeno kasi aku hadiah hari jadi ni? Haaa ini sebabnya aku adalah salah seorang ahli keluarga Althea Angels jadi aku layak untuk menerima keistimewaan sebagai ahli.. Alhamdulillah.. Thankz to Althea..  Seperti biasa, Althea Korea akan mengkreditkan point ke dalam akaun kami dan sebagai ahli kami hanya perlu reward point tersebut dengan produk yang ada di laman web Althea Korea.. Meriah jugak pointnye weh!! So, banyaklah produk yang boleh aku shopping.. Seronok gile!! 
Produk apa yang menjadi hasil tangkapan aku kali ni? Moh sama-sama tengok.. 

Walaupun dah tahu apa yang dibeli, aku tetap excited untuk bukak parcel dari Althea.. Satu perasan yang indah bila dapat parcel dari Althea walaupun ada diantaranya aku beli dengan duit aku sendiri.. Perasaan tu tetap sama.. Terujanya lain macam.. Hehe.. Selepas kenal dengan Althea, aku salah seorang pencinta dunia K-Beauty.. Serius, produk K-Beauty memang best!

Orite, jom aku senaraikan apa yang aku dah shopping di laman web Althea dengan menggunakan point yang diberi sebagai hadiah hari jadi.


Althea Bare Essentials Contour Cleanser (150g) - RM 23.00
Sejak pertama kali diperkenalkan dengan produk Bare Essentials, aku jatuh hati dengan pencuci mukanya, Contour Cleanser.. Memang sangat sesuai dengan kulit muka aku.. Oleh sebab itu aku setia dengan pencuci muka ni.. Nampak tu sekali beli bertiub-tiub.. Bukan aku saja yang guna, encik suami pun guna jugak.. 
Apa yang bestnye tentang pencuci muka ni, ia boleh contour muka kita dengan penggunaan yang berpanjangan.. Selain tu, ia dapat membersihkan wajah dengan sempurna sekaligus berjaya menanggalkan makeup dengan mudah.. Nak tau lebih lanjut boleh baca entry aku yang lepas di SINI..

Beli di sini : https://my.althea.kr/contour-cleanser


Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation (15g) Code : #22 - RM 75.00
Memandangkan sebelum ni aku pernah guna Aprilskin Magic Snow Cushion 2.0 Code #23, dan sangat ohsem resultnya, now aku nak cuba pula cushion yang lain tetapi dibawah brand yang sama iaitu Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation.. Aprilskin ni sebenarnya dah jadi brand feberet aku sebabnya produk yang dikeluarkan memang bagus dan berkualiti.. Paling best resultnya memang gempak.. Walaupun harganya sedikit 'meninggal', namun aku puashati dengan hasilnya yang ohsem

Beli disini : https://my.althea.kr/fixing-foundation-2016-new
Missha Sebum Cut Powder Pact (11g) Code : No.2 Clear Peach - RM 36.00
Untuk brand Missha pula, feberet aku adalah mascara 4D dia.. Memang terbaik.. Sebum Cut Powder Pact ni firstime aku cuba dan hasilnya pun sangat bagus.. Jadi, dah ada 2 produk la dibawah brand Missha menjadi feberet aku sekarang ni.. Hai lah, bertambah lagi la list makeup aku kan.. Hehe.

Mula tu tak yakin jugak dengan keberkesanan powder ni.. Tapi aku nak jugak cuba sebab tengok banyak review yang bagus tentang produk ni.. So, memang tak salah pilihan aku.. Ia berfungsi dengan baik untuk menghalang minyak pada muka.. 
Beli disini : https://my.althea.kr/sebum-cut-powder-pact

A'Bloom Giant Meringue Puff (1P) - RM 8.00
Sebenarnya giant meringue puff ni aku dah ada sebijik.. Ni aku beli untuk buat stock.. Serius puff ni memang sangat best digunakan.. Kelembutan dia tu memang padu!! Foundation pun mudah sangat apply kat muka.. Selain tu mudah dipegang.. Nak tau story tentang puff ni, boleh baca kat entry aku ni Althea A'Bloom Collection Review

Beli disini : https://my.althea.kr/giant-meringue-puff-1p
Innisfree Beauty Tool Air Magic Puff (1P)_Glow - RM 7.00
Ini kali kedua aku beli magic puff dari Innisfree ni.. Biasanya aku guna untuk BBcushion aku yang mana span dia dah rosak.. Apa yang bestnye dengan magic puff ni, sapuan lebih rata dan glow.. 
Beli disini : https://my.althea.kr/beauty-tool-air-magin-puff-glow

Missha 4D Mascara (7g) - RM 16.00
Ini merupakan salah satu mascara feberet aku.. Serius mascara ni paling best yang pernah aku guna.. Sampai sekarang aku masih setia dengan mascara ni sebabnya bila pakai ianya tak comot dan tak berketul-ketul.. Sapuannya perfect pada bulu mata dan memberi efek panjang dan lentik.. 
Baca entry terdahulu di SINI.

Beli disini : https://my.althea.kr/the-style-4d-mascara
The Face Shop Designing Eyebrow Pencil (0.3g) Code : 03 Brown - RM 11.00
Untuk eyebrow, brand pilihan aku adalah The Face Shop.. Dah agak lama aku pakai eyebrown brand ni sebabnya warna dia tak melampau dan nice-nice aje.. Sapuan pun sangat senang dan warnanya cantik.. Kebiasaannya aku akan beli warna brown atau dark brown.. 
Beli disini : https://my.althea.kr/designing-eyebrow-pencil
Etude House Drawing Eye Brow New (0.25g) Code : Dark Brown - RM 11.00
Eyebrown dari Etude House ni aku baru je nak cuba.. So, ini merupakan kali pertama aku beli brand ni.. Tak pasti best ke tak sebabnya aku belum cuba lagi... hehe.

Beli disini : https://my.althea.kr/drawing-eye-brow-new
It's My Brush Auto Lip Brush - RM 9.00
Yang ni aku saja-saja beli untuk koleksi berus aku.. Yelah mana tau kot nanti diperlukan.. Aku sedang melengkapkan set berus makeup aku.. Walaupun jarang makeup, tetapi aku rasa ia perlu untuk ada selengkapnya dengan aku.. hehe
Beli disini : https://my.althea.kr/it-s-my-brush-puff-13-it-s-my-auto-lip-brush

Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) - RM 25.00
Dah agak lama aku cari shampoo yang serasi dengan aku.... Sebelum ni dah bermacam-macam jenis shampoo aku pakai tetapi nak cari yang betul-betul sesuai tu memang agak susah.. Now, aku dah jumpa shampoo yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala aku.. Thankz Innisfree mengeluarkan shampoo yang ohsem macam ni..

Green Tea Mint Fresh Shampoo ni memang terbaik weh.. Time pakai tu rasa sejuk jerk kepala.. Masalah kelemumur pun hilang.. Selain tu, rambut aku jadi lembut dan tak kering.. Seronok sangat bila dah jumpa shampoo yang sesuai..

Beli disini : https://my.althea.kr/green-tea-mint-fresh-shampoo
Innisfree Green Tea Mint Fresh Scalp Conditioner (200ml) - RM 26.00
Dah beli shampoo ofkos kene ada sekali dengan conditioner untuk  menjadikan rambut bertambah-tambah lembut dan terurus kan.. So, aku beli bersekali dengan Green Tea Mint Fresh Scalp Conditioner ni juga dari Innesfree.. Lepas ni sure aku ripit order lagi..

Beli disini : https://my.althea.kr/green-tea-mint-fresh-scalp-conditioner
CP-1 Premium Silk Ampule (20ml) - RM 6.00
CP-1 Premium Silk Ampule ni aku beli atas review yang telah dibuat dan ramai yang berpuashati dengan hasilnya.. Bila ramai yang cakap elok, aku pun nak jugak mencubanya..

Beli disini : https://my.althea.kr/cp-1-premium-silk-ampoule-20ml

Honey & Berry Lip Sleeping Mask (15g) - RM 9.00
Lip Sleeping Mask ni pun aku dah guna.. Aku pakai sebelum tidur dan esok pagi baru cuci.. Yessss, memang bibir jadi lembap dan tak kering.. Cumanya aku ni tak lah serajin mana.. Kadang pakai kadang tak.. Itu masalah aku.. Hehe.. Tapi yang penting mask ni ada dengan aku.. So, bila rajin datang bolehlah aku pakai kerap sikit untuk jaga bibir aku ni.. hehe..

Beli disini : https://my.althea.kr/honey-berry-lip-sleeping-mask
BBIA Last Lipstick (3.5g) Code : 07 - RM 43.00
Masalah aku bila beli lipstik secara online adalah selalu buat kesilapan dalam memilih warna.. Tapi nasib baik kali ni warna yang aku pilih sesuai dengan aku.. Sebenarnya aku nak warna lain.. Disebabkan warna yang aku nak tu dah habis, jadi aku pilih jerk la code 07 ni.. Nice jugak la warnanya..

Beli disini : https://my.althea.kr/last-lipstick
Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense (2.5g) Code : 22 Dandy Coral - RM 29.00
Creamy tint balm ni aku beli untuk cuba.. Kebiasaanya bibir aku ni tak sesuai sangat pakai balm sebabnya bibir aku gelap.. hehe.. Nasib baiklah balm ni warna dia sama macam lipstik.. So, aku anggap jerk la ni lipstik.. hiks..

Beli disini : https://my.althea.kr/catalog/product/view/id/10848/
Missha Cotton Blush (4g) Code : My Candy Shop - RM 18.00
Missha Cotton Blush ni best tau.. Warna dia cantik walaupun sedikit light.. Nak nampak jelas kene pakai lebih sikit.. hehe.. Blusher antara barang makeup yang perlu ada dengan aku.. Sebolehnya aku nak pelbagaikan warna.. Tetapi, bila nak pilih tu asek warna sama jerk yang aku berkenan.. Dah camno tu.. haha!!

Beli disini : https://my.althea.kr/cotton-blush
Etude House New Lovely Cookie Blusher (7.2g) Code : Grapefruit Jelly - RM 26.00
I luv it!! Serius warna Etude House New Lovely Cookie Blusher code Grapefruit Jelly ni memang cantik sangat.. Warna pinky yang sweet.. Bila pakai nampak natural pinky.. Memang terbaik.. Harus ripit order lepas ni dan teringin untuk cuba warna lain jugak..

Beli disini : https://my.althea.kr/new-lovely-cookie-blusher

Calmia Silky Perfect Foot Peeling Pack (20ml x 2_1 Pair) - RM 17.00
Tapak aku aku memang agak bermasalah.. Kering, merekah dan memang buruk.. Dah cuba banyak cara untuk cantikkan balik tumit kaki aku dan keseluruhan tapak kaki aku.. Bila tengok review tentang produk ni, aku rasa teruja untuk cuba jugak.. Cumanya bila tengok gambar mengelupas tu agak gerun jugak seolah-olah macam sakit sangat.. Tapinya dah baca dorang punye review, dorang cakap tak sakit.. Ia mengelupas secara semulajadi.. So, aku decide nak cuba..

Beli disini : https://my.althea.kr/calmia-silky-perfect-foot-peeling-pack


Cosrx Clear Fit Master Patch (18EA) - RM 15.00

Nak macam tak de jerawat.. Hah, sebenarnya ada masa muka aku berjerawat jugak terutama dekat dagu.. Dan jalan penyelesaiannya aku cuba Cosrx Clear Fit Master Patch ni untuk surutkan jerawat aku.. Just tampal dekat jerawat sebelum tidur dan tengok hasilnya esok pagi.. Yeahh aku suka sangat!!

Beli disini : https://my.althea.kr/clear-fit-master-patch-18ea
A'Bloom Anti Blemish Peach Mask (10 Sheets) - RM 15.00

Dulu aku tak berapa suka sangat dengan mask sheet ni sebabnya rasa susah nak pakai.. Aku lebih prefer untuk guna cream mask.. Sejak A'Bloom mengeluarkan mask sheet  ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Serius best mask sheet dari A'Bloom ni.. Sebab tu aku beli lagi untuk buat stok..

Baca info lanjut di SINI

Beli Disini : https://my.althea.kr/anti-blemish-peach-mask-10-sheets
A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask (10 Sheets) - RM 15.00

Dulu aku tak berapa suka sangat dengan mask sheet ni sebabnya rasa susah nak pakai.. Aku lebih prefer untuk guna cream mask.. Sejak A'Bloom mengeluarkan mask sheet  ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Serius best mask sheet dari A'Bloom ni.. Sebab tu aku beli lagi untuk buat stok..

Baca info lanjut di SINI

Beli disini : https://my.althea.kr/moisturizing-watermelon-mask-10-sheets


Alhamdulillah rezeki untuk besday girl bulan Jun.. Meriah betul rezeki tahun ni.. Thankz too Althea Korea.. Moga terus berjaya!! Korang kalau nak shopping produk K-Beauty, bolehlah terjah laman web Althea ye.. Semuanya best-best ada dijual di sana..


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Website
https://my.althea.kr/
Instagramhttps://www.instagram.com/altheakorea/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/07/althea-angels-birthday-june-haul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Magical Althea Turns 4 Birthday Carnival

Magical Althea Turns 4 Birthday Carnival

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 448 hits
Saeng il chuk ha ham ni da Althea Happy Birthday Althea you re 4 years old now Wishing you lots of success in the years ahead Seperti yang dijanjikan Fiza nak kongsikan tentang Magical Althea Turns 4 Birthday Carnival yang sedang berlansung...
Barangan Dari Althea Sempena Birthday Sa Ke 41 Tahun

Barangan Dari Althea Sempena Birthday Sa Ke 41 Tahun

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 345 hits
Hi korang Last month kan SA ada dapat hadiah dari Althea sempena birthday SA kan sebenarnya SA tak up lagi kat blog sebagai kenangan Update kat media sosial jer sebelum ni memang best sangat la perasaan tu bila dapat semua barangan yang SA ...
Happy Birthday Althea Altheaturns4

Happy Birthday Althea Altheaturns4

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 354 hits
hai assalammualaikumHappy Birthday Althea Happy Birthday To Althea Happy Birthday To Althea Happy Birthday To Althea Happy Birthday To Altheaaaaaaaa Tahniah Althea sebab dan berjaya maju ke hadapan selama 4 tahun Nad tau banyak pasal produk...
Agong Throws Surprise Birthday Party For Dr M

Agong Throws Surprise Birthday Party For Dr M

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 436 hits
The Yang di Pertuan Agong threw a modest surprise party for Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today at the national palace A video clip uploaded by Bernama today showed palace officials rolling out two cakes while singing Happy Birthday Ya...
Hello July My Birthday Month

Hello July My Birthday Month

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 536 hits
Hai everyone and hey it s July Time flies so fast and we have entered the next second terms of the year I love July cos July is my birthday month Yah I was born on 3rd July 46 years ago sharing the same zodiac with our current Prime Ministe...
Ucapan Birthday Hari Lahir Bos Majikan

Ucapan Birthday Hari Lahir Bos Majikan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 2011 hits
Video ucapan birthday untuk bos besar Kata ucapan selamat ulang tahun untuk bos atasan Kata ucapan selamat hari lahir bos syarikat Happy birthday big boss Ucapan selamat hari jadi bos majikan juga video ucapan ulang tahun bos company Ucapan...
Happy Birthday Tun But Spare Her Soul

Happy Birthday Tun But Spare Her Soul

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 808 hits
It s Tun Dr Mahathir s 94th birthday today Believe in 2 days it will be Tun Siti Hasmah s Do not know exactly cause have not being invited for any of their birthday bash for few years Not sore cause it is a conscious decision Till today our...
Cj Heads Honours List In Conjunction With Penang Governor S Birthday

Cj Heads Honours List In Conjunction With Penang Governor S Birthday

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 523 hits
Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat will be conferred the Darjah Utama Pangkuan Negeri which carries the Datuk Seri Utama title GEORGE TOWN Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat will be conferred the highest state honour the Darjah Utama Pa...
Magazine Web User May June 2018

Magazine Web User May June 2018

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 198 hits
English 76 pages True PDF 10 1 MB Click link for download
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids