Altantuya Terus Menghantui Malaysia



Oleh Aznan Bakar
OKTOBER lalu genap 17 tahun skandal pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menggegarkan negara dan menjadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia.
Apatah lagi kes itu dikaitkan dengan pejabat politik tertinggi negara, yang perbicaraannya membabitkan dua tertuduh ia­itu Sirul Azhar Omar dan Azilah Hadri. Kedua-duanya adalah pegawai polis ketika kejadian.
Selepas bertahun-tahun perbicaraan Sirul dan Azilah disabitkan dengan kesalahan tersebut pada 2009 dan dijatuhkan hukuman mati di Penjara Kajang.
Pada 2013, mereka berjaya membatalkan sabitan Mahkamah Rayuan namun pada 2015 Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan itu dan menjatuhkan hukuman mati.
Ketika Azilah kembali ke penjara bagi menunggu hukuman, Sirul pula berjaya melarikan diri ke Australia dan telah ditahan dan dipenjarakan di sana selama lapan tahun kerana melakukan kesalahana imigresen. Australia pula enggan menghantar Sirul pulang ke Malaysia kerana mereka tidak mengiktiraf hukuman mati.
Walaupun Altantuya sudah lama meninggal dunia dengan jasadnya diletupkan hanya tinggal cebisan, namun nampaknya dia terus ‘hidup’ untuk menghantui negara ini – terutama sistem politik, keselamatan dan kehakiman.
Nampaknya, kes model Mongolia ini tidak akan lenyap begitu sahaja seperti mana cubaan pihak yang membunuh mahu melenyapkan jasadnya. Ketika ramai yang sudah lupa atau ‘move on’ timbul pula cerita baharu membabitkan Altantuya dan negara kita khususnya – terutama tokoh politik dan pihak keselamatan.
Pendedahan Sirul ketika ditemu bual dalam program 101 East Aljazeera yang tersebar pada Jumaat lalu pasti kembali ‘mengejutkan’ Altantuya daripada persemadiannya. Pendedahan Sirul sekali lagi mengembalikan Altantuya untuk menghantui Malaysia melalui dakwaan dijadikan kambing hitam, bayaran RM1 juta untuk tutup mulut dan untuk melindungi tokoh pemimpin ketika itu.
Cuma yang tidak didedahkan oleh Sirul ialah siapa atau pihak mana yang mengarahkan misi maut tersebut.
Walaupun kes Altantuya ini sepatutnya sudah tutup buku ekoran ‘pembunuhnya’ sudah pun dijatuhkan hukuman, namun pengakuan Sirul ini sudah pasti memberikan perspektif berbeza terutama dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Selain permohonan maafnya kepada keluarga Altantuya dan merayu untuk tinggal di Australia, nama yang disebut oleh Sirul dalam temu bual dengan wartawan Aljazeera, Marry Ann Jolley pasti akan menimbulkan pelbagai pertanyaan dan persepsi terhadap individu-individu penting di Malaysia.
Kes Altantuya ini nampaknya terus menjadi tabu kepada negara kita. Altantuya seakan-akan terus hidup untuk kembali menghantui Malaysia dari semasa ke semasa. Bayang-bayang Altantuya ini mungkin hanya akan lenyap apabila semua individu yang dikaitkan dalam pembunuhannya sudah tiada lagi di muka bumi ini, atau kebenaran hakiki timbul.
Walaupun dakwaan-dakwaan oleh Sirul ini tidak boleh di­sahkan, tetapi ia sangat serius. Apatah lagi membabitkan orang yang masih dalam pentadbiran kerajaan ketika itu. Demi nama baik semua pihak dan Malaysia khususnya, dakwaan-dakwaan itu jika tidak benar, maka ia perlu dibersihkan sebersih-bersihnya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/altantuya-terus-menghantui-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Akan Diadakan Di Malaysia Tiktok Awards People S Choice 2023

Pertama Kali Akan Diadakan Di Malaysia Tiktok Awards People S Choice 2023

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 297 hits
TikTok Awards People s Choice yang julung kali diadakan di Malaysia akan menghimpunkan nama nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini Platform sosial dan video pendek utama itu dalam satu kenyataan memaklumkan anugerah berk...
Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia

Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 390 hits
Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Merdeka PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad mengalu alukan kedatangan rakyat Malaysia sekali lagi untuk merasai kemeriahan PESZTA yang merupakan Peray...
Tiktok Awards Malaysia 2023 Senarai Penuh Pemenang

Tiktok Awards Malaysia 2023 Senarai Penuh Pemenang

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 302 hits
Buat pertama kali dianjurkan di Malaysia TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung penuh meriah dan juga jayanya pada tanggal 27 August 2023 Meraikan Content Creator yang kreatif inovatif dalam menghasilkan pelbagai pengisian yang berilmiah h...
Sultan Johor Malaysia Dijangkiti Virus Perpecahan

Sultan Johor Malaysia Dijangkiti Virus Perpecahan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 193 hits
MalaysiakiniSultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa keutamaan baginda sebagai Ketua Negara akan datang adalah menjaga kepentingan 33 juta rakyat Malaysia dan bukan hanya 222 wakil rakyat Sultan Ibrahim ...
Lagi Desakan Supaya Konsert Coldplay Dibatalkan Utusan Malaysia 20 11 2023

Lagi Desakan Supaya Konsert Coldplay Dibatalkan Utusan Malaysia 20 11 2023

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Persatuan Ulama Malaysia akan menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Digital bagi mendesak penganjur Konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur supaya membatalkan konsert berkenaan Bercak...
Majority Of Malays Think Malaysia Is Heading In The Wrong Direction Survey

Majority Of Malays Think Malaysia Is Heading In The Wrong Direction Survey

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 219 hits
The majority of Malays seem to believe that the country is heading in the wrong direction as Malaysia s Madani government inches closer to its one year birthday According to a poll conducted by the Merdeka Centre the survey done from Oct 4 ...
Empat Pengedar Sabu Jaringan Internasional Ditangkap Satu Warga Malaysia Jadi Dpo

Empat Pengedar Sabu Jaringan Internasional Ditangkap Satu Warga Malaysia Jadi Dpo

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 167 hits
Empat orang dua perempuan dan dua laki laki diamankan sedangkan satu DPO warga negara asing
Kenali Kriteria Peringkat Amaran Cuaca Oleh Met Malaysia

Kenali Kriteria Peringkat Amaran Cuaca Oleh Met Malaysia

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 322 hits
Cuaca ekstrem merupakan fenomena alam yang dapat membawa dampak serius terhadap kehidupan dan harta benda Oleh itu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran untuk memberi tahu masyarakat tentang kondisi cuaca yang berpotensi membahay...
Memantapkan Pembangunan Pemain Bola Sepak Malaysia Menerusi Sains Sukan

Memantapkan Pembangunan Pemain Bola Sepak Malaysia Menerusi Sains Sukan

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 268 hits
Dengan matlamat membawa sukan bola sepak Malaysia ke puncak lebih tinggi menerusi sains sukan Herbalife sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka baru baru ini menaja Siri Bengkel Sains Bola Sepak MASM Penentua...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan