Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia


Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Merdeka, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia sekali lagi untuk merasai kemeriahan PESZTA, yang merupakan Perayaan Muzik, Seni & Warisan. Dengan kerjasama Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Lim Yee Hoh, festival satu hari ini akan diadakan pada 26 Ogos 2023 di Kampung Attap yang terletak berhampiran dengan presint Merdeka 118, bagi menghidupkan semangat Merdeka



PESZTA ialah akronim yang terdiri daripada lokasi di mana aktiviti akan diadakan di pusat seni dan budaya di Kampung Attap iaitu Pentago House, Sam Mansion dan The Zhongshan Building. Dengan matlamat untuk meraikan warisan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia, PESZTA akan menampilkan pelbagai program, termasuklah pasar komuniti, bengkel, persembahan dan lain-lain. Lokasi yang terlibat dalam festival tersebut adalah berhampiran dengan Kampung Attap dan berada dalam jarak berjalan kaki dari Petaling Street termasuklah The Zhongshan Building, Sam Mansion, Triptyk, Pentago House, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, The HEART dan Pusat Kesenian DBKL yang baru dibuka

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Tengku Dato' Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, "PESZTA merupakan platform yang terbaik untuk meraikan Hari Merdeka ke-66 yang akan datang. Bertempat di kawasan bersejarah yang dipenuhi dengan pelbagai budaya, seni, dan warisan, festival ini benar-benar menggambarkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara. Dalam kita bersiap sedia untuk pembukaan Merdeka 118, adalah lebih penting untuk kita menyokong dan memperkasakan komuniti di sekitar ini bagi mempamerkan dan mempertahankan warisan tempatan. Berdasarkan kejayaan PESZTA pada tahun lalu, kami bertekad untuk mengadakan perayaan Kemerdekaan yang lebih bermakna lagi tahun ini."

Tengku Dato’ Ab. Aziz Tengku Mahmud, CEO of PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad
Pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari sejarah dan budaya negara dengan lebih mendalam. PESZTA menawarkan pengalaman yang menakjubkan di presint Merdeka 118 dan kawasan sekitarnya. Merdeka 118 Stories Room bakal memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai semangat Merdeka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Terletak di atas bumbung The Zhongshan Buidling, pengunjung juga dapat menghayati Merdeka 118 Memories dengan berlatarbelakangkan menara tersebut. Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai bengkel kebudayaan yang menawarkan pengalaman langsung dalam membuat Hiasan Kepala Mak Yong atau turut serta dalam bengkel Penapaian Makanan. Pengunjung juga boleh merasai sentuhan moden dan tradisional di bengkel Masakan Kampung Vegan, di mana pengunjung akan mempelajari cara-cara menggantikan bahan-bahan mesra vegan dalam hidangan tradisional

Penggemar makanan turut berpeluang untuk merasai pelbagai juadah istimewa yang akan tersedia di festival ini. Vendor makanan dari seluruh Malaysia bakal menyediakan pelbagai juadah yang pastinya dapat memenuhi citarasa semua



Festival ini bakal mengetengahkan seni sensori, pameran dan bengkel fotografi. Diketuai oleh pengarah dan penerbit Aliff Zulkifli, bengkel ini akan memperkenalkan teknik fotografi mudah alih kepada peserta dalam menyampaikan sesuatu cerita. Gambar-gambar yang terpilh akan dipamerkan dalam pameran ini. Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba seni sensori di KLC Trash Workshop di mana pengunjung boleh menggubah sampah menjadi karya seni yang boleh dibawa pulang. Pada masa yang sama, Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor akan mengadakan sebuah pameran bertajuk Legend of the Century: Loke Yew untuk memperingati ulang tahun ke-100 mereka

Antara vendor yang akan menyertai PESZTA adalah penerima Program Geran Komuniti Merdeka 118 dari kawasan kejiranan berhampiran. Ini termasuklah penerima geran IIIUM dengan kerjasama Perumahan Awam Seri Sarawak bagi projek Pemeliharaan Lebah Tanpa Sengat Pintar, yang akan mempamerkan dan menjual produk berasaskan madu lebah kelulut seperti sabun dan madu



Bagi memeriahkan lagi suasana, persembahan muzik secara langsung seperti guzheng, muzik berasaskan alat muzik bertali dan persembahan kumpulan muzik blues akan menghiburkan para pengunjung sepanjang festival ini. Sambutan PESZTA tahun ini akan diakhiri dengan persembahan oleh artis popular di arena muzik Malaysia iaitu Zee Avi dan Alena Murang, seorang penyanyi, komposer lagu dan pemain sape yang boleh menyanyikan lagu dalam bahasa yang diancam kepupusan seperti Kelabit dan Kenya, disamping  persembahan oleh kumpulan muzik tempatan Carburetor Dung and Manis Manis

Idea untuk menganjurkan PESZTA telah dicetuskan oleh Program Geran Komuniti Merdeka 118 yang diadakan sejak tahun 2021. Festival ini terbuka untuk semua dan dianjurkan dengan kerjasama oleh pelbagai pihak berkepentingan seperti DBKL, swasta dan juga artis tempatan dan komuniti. Selain itu, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dan menjadi antara yang terawal untuk naik ke menara Merdeka 118 (tertakluk pada terma dan syarat)



Kemudahan tempat letak kereta turut disediakan di kawasan berhampiran, namun pengunjung digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam. Kampung Attap mudah diakses melalui stesen monorel Maharajalela atau stesen LRT/MRT/bas Pasar Seni dan jarak berjalan kaki hanyalah 10 minit

Untuk maklumat lanjut tentang PESZTA, sila layari platform media sosial rasmi Merdeka 118 dan akaun rasmi Instagram PESZTA. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2023/08/peszta-kembali-festival-kebudayaan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpn Sebut Ganjar Punya Pengalaman Memimpin Rakyat Sebesar Malaysia

Tpn Sebut Ganjar Punya Pengalaman Memimpin Rakyat Sebesar Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 282 hits
TPN menilai Ganjar memiliki pengalaman sebagai pemimpin dan Mahfud berpengalaman terkait hukum
Pembangunan Idn Data Rakyat Malaysia Selamat Kata Fahmi

Pembangunan Idn Data Rakyat Malaysia Selamat Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 136 hits
KEMENTERIAN Komunikasi Digital hari ini memberi jaminan pembangunan Identiti Digital Nasional tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat kata menterinya Fahmi Fadzil Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Mimos Berhad de
Apa Kita Buat Semua Kena Ada Motivasi Demi Support Rakyat Malaysia Nourul Depp Rela Jadi Pakar Motivasi Di Plkn

Apa Kita Buat Semua Kena Ada Motivasi Demi Support Rakyat Malaysia Nourul Depp Rela Jadi Pakar Motivasi Di Plkn

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 162 hits
Berita tentang pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara yang mengejutkan orang ramai kini kembali menarik perhatian warganet apabila seorang penyanyi dan pakar motivasi Nourul Depp telah menawarkan diri untuk menjadi salah seorang ...
Kerjasama Malaysia Google Sedia Latihan Digital 300 000 Rakyat Tempatan

Kerjasama Malaysia Google Sedia Latihan Digital 300 000 Rakyat Tempatan

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 184 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Kerjasama strategik yang dijalinkan oleh Malaysia dan Google bakal mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang berkembang pesat Ia turut me...
Teruk Rakyat Malaysia Nak Makan Pun Susah

Teruk Rakyat Malaysia Nak Makan Pun Susah

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 271 hits
Rakyat tengah susah Barangan keperluan semua naik harga Rakyat nak makan pun bercatu Hidup hari ni memang keras Guane boh Raja Gelap II
Rakyat Malaysia Yang Terkandas Berjaya Dibawa Keluar

Rakyat Malaysia Yang Terkandas Berjaya Dibawa Keluar

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 244 hits
Alhamdulillah pada awal pagi ini 13 Nov 2023 saya telah berkesempatan melangsungkan panggilan video dengan Puan Nurul Ain Haron rakyat kita yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan yang lalu Beliau dan suaminya ...
Seni Budaya Nguri Nguri Budoyo Mas Adi Ingatkan Warisan Budaya Leluhur Yang Harus Dijaga

Seni Budaya Nguri Nguri Budoyo Mas Adi Ingatkan Warisan Budaya Leluhur Yang Harus Dijaga

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 119 hits
Mas Adi menyampaikan bahwa masyarakat saat ini masih mempunyai semangat yang tinggi untuk nguri nguri budaya
Kerja Tnb Research 4 Jawatan Dibuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Kerja Tnb Research 4 Jawatan Dibuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 240 hits
Maklumat terbaru berkaitan jawatan kosong kami kongsikan kepada orang kerja tnb research telah buka iklan kerja kosong bagi kemasukan pekerja baru pada bulan November dan Disember Peluang kerjaya untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayaka...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik