Along Dituduh Zalim Halang Zila Jumpa Anak



Along dituduh zalim, halang Zila jumpa anak
Lima tahun meraikan Syawal bersama anak tunggal tanpa kehadiran isteri, pelakon dan pelawak, Along Cham, 39, sudah semakin lali dengan situasi hidup bersendirian.
Namun, sebagai bapa, persiapan raya lebih banyak kepada anak tunggalnya, Ahmad Danial kini berusia 10 tahun.
“Dahulu fasa awal perceraian, tipulah jika tidak rasa sepi. Dengar takbir raya pun saya jadi sayu.
“Dalam hidup, siapa mahu berkahwin untuk bercerai? Namun, ini takdir hidup saya.
“Pada musim perayaan, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama anak dan keluarga. Persiapan pun lebih kepada mereka, saya akan cuba penuhi segala keinginannya,” katanya kepada BH Online.
Meraikan Syawal di rumah keluarganya di Johor Bahru, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, dia selesa bersederhana menyambut Syawal.
“Selalunya raya paling seronok melihat golongan kanak-kanak. Kita yang besar panjang, kenalah ‘standby’ duit raya.
“Saya pun tidak terlalu terbeban nak pakai baju raya apa atau kena sediakan berapa pasang. Cukuplah saya bersederhana dalam segala perkara,” katanya.
Bakal membintangi filem terbaharu arahan teman baiknya, Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim, Along juga menjawab kecaman netizen yang menuduhnya melarang bekas isteri yang juga penyanyi Zila Seeron bertemu dengan anak.
Dilihat seperti zalim, Along menjelaskan, Zila hanya tidak dibenarkan membawa Ahmad Danial keluar atau tidur di rumahnya atas perintah mahkamah.
Masih mengunci mulut punca perceraian, pelakon filem Adnan Sempit dan Hantu Kuat Ketawa itu berkata, dia masih berlembut hati berbanding segelintir lelaki yang terus melarang bekas isteri yang nusyuz bertemu anak.
“Ada netizen menghantar mesej langsung dalam media sosial dakwa kononnya mendapat maklumat saya melarang bekas isteri datang menjenguk dan bawa anak keluar rumah.
“Mungkin ada yang tidak faham situasi sebenar kerana tidak mengikuti kes perceraian kami. Dalam perintah mahkamah, Zila hanya dibenarkan melawat anak.
“Siapa yang mengikuti kes, mesti faham. Mungkin ada netizen yang baru tahu, nampak seolah-olah saya zalim.
“Mereka tidak baca atau faham keadaan sebenar dari awal. Saya memang tak buka mulut mengenai punca perceraian.
“Tetapi, saya tidak pernah larang, pintu rumah sentiasa terbuka buat Zila. Soal hak penjagaan anak, takkan tak faham hukum nusyuz. Kiranya, saya masih berlembut, sesetengah lelaki terus ‘haramkan’ berjumpa anak,” kata Along.
Dalam pada itu, Along mendedahkan kali terakhir bekas isteri bertemu dengan Ahmad Danial sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 2020.
“Kali terakhir, Zila datang jumpa Ahmad Danial sebelum PKP yang pertama. Mungkin Zila ada alasan tersendiri kenapa tidak datang jenguk anak. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya datang melawat.
“Saya dapat tahu Zila sudah pun berkahwin. Tetapi, Zila dan Ahmad Danial ada berhubung menerusi telefon.
“Mungkin Zila sudah kahwin dan memiliki anak. Jadi, mungkin sibuk dengan tanggungjawabnya.
“Saya nak marah berlebihan pun tak boleh. Takkan saya nak paksa Zila datang tengok anak pula,” katanya.
Along mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila pada 23 Januari 2010 dan dikurnikan seorang cahaya mata, Ahmad Danial. Bagaimanapun, Along dan Zila bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016. BH
Baca Artikel Menarik:
Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib Dunia di ambang krisis makanan Polis guna handphone disaman Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15 GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’ Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/20/along-dituduh-zalim-halang-zila-jumpa-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan I Have Forgiven Her Chef Wan Tak Nak Jumpa Shikin Maembong Jauhkan Diri Dari Drama Anak Anak

Hiburan I Have Forgiven Her Chef Wan Tak Nak Jumpa Shikin Maembong Jauhkan Diri Dari Drama Anak Anak

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 173 hits
Bekas menantu Chef Wan Shikin Maembong didedahkan mahu menarik semula tuntutan saman dan mahu berjumpa dengannya Menurut melalui entri di Instagram menyatakan anaknya Serina menghantar pesanan memaklumkan Shikin mahu bertemu dan memberikan ...
Tak Dapat Jumpa Dari Lahir Sampai Anak Dah 6 Bulan Tangisan Sebak Isteri Di Majlis Tamat Latihan

Tak Dapat Jumpa Dari Lahir Sampai Anak Dah 6 Bulan Tangisan Sebak Isteri Di Majlis Tamat Latihan

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 155 hits
Selepas 6 bulan berjauhan kerana suami mengikuti latihan di PULAPOL akhirnya pasangan ini kembali bersatu namun yang lebih indah kerana anak sulung mereka dapat bersama dalam foto keluarga kali ini Menurut perkongsian Nurul Syazwina ketika ...
Lelaki Dengan Hobi Pelik Suka Pakai Lampin Dihalang Jumpa Anak Anak

Lelaki Dengan Hobi Pelik Suka Pakai Lampin Dihalang Jumpa Anak Anak

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 178 hits
Lelaki Dengan Hobi Pelik Suka Pakai Lampin Dihalang Jumpa Anak Anak Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki Australia yang suka memakai lampin pakai buang dewasa Minatnya itu turut menjadi punca dia dihalang berjumpa dengan anak anaknya ...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Ini Kepentingannya

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Ini Kepentingannya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 233 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kenapa pentingnya untuk anak belajar menyuap diri mereka sendiri Tujua...
Lebih Sebulan Tak Jumpa Anak Shuk Buat Kejvtan Untuk Mereka

Lebih Sebulan Tak Jumpa Anak Shuk Buat Kejvtan Untuk Mereka

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 175 hits
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar membuat kejutan kepada dua anaknya Nur Qurratu Ain 5 dan Nur Assyifatu Aimi 2 dengan bertemu mereka di Sandakan Sabah semalam Shuk 36 atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia sudah lebi...
Jangan Menangis Jangan Mengada Ngada Selami Jiwa Anak Perempuan Elakkan Buat Perkara Ni

Jangan Menangis Jangan Mengada Ngada Selami Jiwa Anak Perempuan Elakkan Buat Perkara Ni

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 187 hits
Anak perempuan sememangnya cukup manja namun amat sensitif dalam banyak perkara Jangan endahkan emosi mereka tapi belajarlah untuk mendekati anak perempuan kita Pesanan kepada bapa khususnya ambil tahu emosi anak kita Ada waktunya dalam men...
Penculik Anak Ajak Korban Berkeliling Jakarta Bogor Mantan Napi Terorisme

Penculik Anak Ajak Korban Berkeliling Jakarta Bogor Mantan Napi Terorisme

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 146 hits
Modusnya ARA berpura pura menjadi polisi dan mengaku sebagai Satgas Covid 19
Anak Pembawa Rezeki Ibu Ayah Amalkan Cara Ni Setiap Hari Nampak Hasilnya

Anak Pembawa Rezeki Ibu Ayah Amalkan Cara Ni Setiap Hari Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 220 hits
Pernah tak kita rasa ada masanya kusut sangat dan serba tak kena Anak anak selalu kena marah Kadang tak tahu pun apa puncanya Jika semua ini ada pada anda cuba check balik hubungan kita dengan anak anak Mungkin tanpa sedar kita terlalu berk...
Pantang Tengok Mommy Ayda Kongsi Gelagat Anak Asyik Nak Berkepit 24 Jam

Pantang Tengok Mommy Ayda Kongsi Gelagat Anak Asyik Nak Berkepit 24 Jam

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 173 hits
Sekejap masa berlalu dah 8 bulan usia Ana Nayla Bagi pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat sebagai ibu apa saja yang Ana Nayla dah pandai buat dan sebut ketika ini jadi momen bermakna untuknya dan suami Nabil Mahir Menurut Ayda 30 Ana ki...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri