Allahyarham Adib Keadilan Yang Masih Samar


BEBERAPA minggu dahulu Syazlin Mansor, peguam yang pernah mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga Allahyarham Muhammad Adib Kasim mengadakan sidang akhbar memperincikan kenapa beliau menarik diri daripada mewakili institusi di atas. Beliau juga menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau satu persatu dan menolak campur tangan Peguam Negara di dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib. Syazlin juga mengumumkan beliau akan kembali mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
Sidang media dianjur Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)itu dibuat kerana PPMM mahukan keadilan dilakukan bukan sahaja kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib tetapi juga kepada peguam berkenaan. Apatah lagi Syazlin juga merupakan peguam yang beragama Islam.
Selang beberapa hari selepas itu keluarga Allahyarham Muhammad Adib menzahirkan rasa lega mereka dan menyambut baik keputusan Syazlin mahu kembali mewakili mereka walaupun tidak mewakili JBPM dan KPKT.
Difahamkan Peguam Negara akan mencadangkan beberapa Pendakwa Raya bagi mewakili kedua institusi tersebut menggantikan Syazlin. Apa yang lebih menarik Persatuan Pesara Bomba juga mengeluarkan kenyataan mahu kedua institusi tersebut diwakili peguam bebas bukan pegawai dari Jabatan Peguam Negara.
Persoalan yang timbul di benak fikiran ramai ialah kenapa perkara ini berlaku dan apa motifnya? Kenapa ada gangguan dan campur tangan sebagaimana didakwa? Bagi menjawab persoalan ini pada pandangan saya hanya Peguam Negara sahaja yang dapat menjawabnya namun saya percaya tiada penjelasan diberikan setelah beberapa insiden di atas berlaku.
Persoalan selanjutnya, adakah keadilan yang dicari keluarga Allahyarham Muhammad Adib menemui jalan berliku dan tidak dapat dinikmati mereka? Keluarga Allahyarham Muhammad Adib hanya inginkan keadilan bagi mengetahui kenapa beliau dibunuh dan bagaimana ia dilakukan.
Pelik dengan kenyataan Peguam Negara yang menyatakan terdapat konflik kepentingan Syazlin di dalam mewakili pelbagai pihak kerana prosiding inkues sangat berbeza dengan litigasi biasa yang mana kedua belah pihak menyatakan dan mempertahankan kedudukan masing-masing sedangkan prosiding inkues mencari fakta.
Persoalan fiat (kebenaran bertulis mewakili pihak kerajaan) yang dikatakan tidak diperoleh oleh Syazlin juga bukanlah matan kepada prosiding ini kerana Syazlin bukan dilantik menjadi pengendali inkues sebagaimana peruntukan di dalam Kanun Tatacara Jenayah. Akta Prosiding Kerajaan 1956 pula tidak terpakai di dalam hal ini kerana akta tersebut hanya memperincikan perjalanan kes-kes sivil sahaja.
Bertambah pelik lagi kenapa hanya setelah 36 hari prosiding berjalan (sejak Februari 2019) barulah alasan-alasan ini dikemukakan Peguam Negara? Kenapa ia tidak dihujahkan pada hari pertama prosiding dijalankan? Tidakkah dari sudut undang-undangnya Peguam Negara kini dihalang (estopped) daripada mengemukakan alasan yang beliau tidak nyatakan awal-awal lagi? Kegagalan menyatakan bantahan tersebut hendaklah dianggap Peguam Negara tiada halangan Syazlin mewakili pihak-pihak ketika itu. Ia menjadikan tindakan Peguam Negara terjumlah kepada perkara yang difikirkan semula dan tidak boleh diterima.Asas
Walaupun Peguam Negara dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menegaskan Syazlin tidak dihalang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, namun halangan mewakili JBPM dan KPKT tidak mempunyai asas yang dikukuh jika dinilai dari sudut perundangan.
Apakah kepetahan Syazlin berhujah, kewibawaan beliau mengendalikan inkues dan kelantangannya membuat penemuan yang meyakinkan menggusarkan Peguam Negara dapatan yang bakal dibuat oleh mahkamah koroner nanti? Adakah Peguam Negara hanya mahu satu versi fakta sahaja dikemukakan dan tidak memberikan alternatif kepada mahkamah koroner menilai versi lain?
Saya tidak berhajat untuk mengulas isu lain yang ditimbulkan kerana ia sudahpun dijelaskan di dalam media sebelum ini. Pada hari mendatang ini prosiding inkues ini telah ditetapkan untuk sambungan perbicaraan, kita tunggulah jika ada lagi karenah yang ditimbulkan bagi tujuan tertentu.
Walau apapun, kita tunggulah sehingga prosiding ini dilengkapkan dan rakyat akan menilainya dengan objektif. Walaupun keadilan dilihat masih samar, kebergantungan kita kepada ALLAH SWT hendaklah terus dipasakkan kerana Dialah yang menentukan segalanya.
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/09/allahyarham-adib-keadilan-yang-masih-samar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencari Sinar Keadilan Buat Mohammad Adib

Mencari Sinar Keadilan Buat Mohammad Adib

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 316 hits
Kenapa sukar benar untuk mencari keadilan dan kebenaran kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan kuil Maha Mariamman Seafield di USJ 25 pada malam 26 November 2018 yang lalu Muhammad Adib Pada asalnya poli...
Sudah 6 Bulan Mana Keadilan Buat Keluarga Adib

Sudah 6 Bulan Mana Keadilan Buat Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 280 hits
Tommy Thomas ada sembunyikan sesuatu dalam prosiding inkues Presiden Isma Haji Aminuddin Yahaya kesal prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga kini masih menimbulkan tanda tanya BANGI Sudah enam bulan Adib ...
Saya Mengaku Salah Iman Saya Masih Turun Naik

Saya Mengaku Salah Iman Saya Masih Turun Naik

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 229 hits
Menyedari kritikan netizen selepas tampil berturban sehingga menampakkan rambut di hadapan Syifa Melvin menghargai teguran peminat dan mengakui kesilapannya yang terlalu mengikut The post appeared first on
Bayi Masih Bertali Pusat Ditemukan Ditinggalkan Berhampiran Sekolah

Bayi Masih Bertali Pusat Ditemukan Ditinggalkan Berhampiran Sekolah

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 368 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 488 hits
Hampir empat bulan beliau menghilang tanpa jejak Bagaimana keadaannya Di mana lokasinya Apa khabarnya Tiada siapa yang tahu Hanya harapan doa dan usaha pencarian yang masih tersisa Mohammad Ashraf yang lenyap pada 23 Mac 2019 lalu ketika me...
Kena Sekolah Walau Udara Masih Tercemar

Kena Sekolah Walau Udara Masih Tercemar

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 227 hits
Jika kerajaan mengambil langkah langkah yang serius ketika kejadian seumpamanya berlaku 3 bulan yang lalu sudah pasti perkara sebegini tidak berulang lagi Perkara ini telah pun diberi amaaran oleh pencinta alam sekitar bahawa perkara ini ak...
Dah Makan Tapi Masih Lapar

Dah Makan Tapi Masih Lapar

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 641 hits
Ehh pernah ke kadang kadang rasa diri macam tak normal sebab baru je lepas makan nasik tiba tiba rasa macam lapar nak makan lagi Badan kita ni memang ambik masa sikit nak dapat signal kenyang tu tau tapikan sebenarnya ada jugak punca lain p...
Intan Saleh Bengang Masih Dikaitkan Dengan Bekas Suami

Intan Saleh Bengang Masih Dikaitkan Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 461 hits
Meskipun bukanlah seorang selebriti namun nama Intan Liana Saleh dikenali ramai susulan kemelut rumah tangganya terdahulu bersama bekas suami Ude Wahid dan The post appeared first on
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl