Allah Uji Sebab Allah Kasih Kepada Kita
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Sebut sahaja Ujian daripada Allah, Naim percaya setiap daripada kita pernah di uji oleh Allah . Tambahan pula dengan keadaan sekarang Pendemik Covid-19. Kekadang membuat hati mudah tersentuh bagaimana hendak hadapi ujian ini.
Sahabat-sahabat semua, sebut sahaja ujian ini adalah satu perkara yang sangat berat kepada kita. Walhal kita di uji dengan sekecil perkara sudah membuat kita sudah sakit kepala yang amat sangat sekali. Hatta diri Naim pun tidak terlepas dengan ujian sebegini. Bagaimana hendak mendidik kita sabar dengan ujian ini?Dengan lisan banyak menyebut kalimah Allah adalah menjadi penyembuh kepada sakit pada diri kita.
Bandingan ujian daripada para Nabi, para Rasul ujian lebih berat bandingan dengan diri kita. Oleh itu, bila berhadapan kita mesti mendidik hati kena lebih bersangka baik dengan Allah. Kenapa hendak bersangka baik? Sebabnya agar hati kita tidak terbabas mendengar hasutan daripada iblis agar kita terus jauh daripada Allah.
Covid 19 ujian yang sangat besar
Sahabat-sahabat semua, Naim rasa semua bersetuju dengan Naim Pendemik Covid-19 adalah ujian sangat besar dan getir kepada kita semua. Bermula pada Mac 2020 hingga saat ini 25 Julai 2021 kes makin meninggi dan kadar kematian turut tinggi dan para barisan berhempas pulas menjaga kebajikan kita semua. Manakala ibu bapa di kampung menanggung kerinduan kepada anak-anak di perantauan , agar bila dapat ketemu lagi kan? Allahu akbar sangat berat.
Gagal Hadapi Ujian banyak membuat pilihan silap adalah membunuh diri. Membunuh diri bukan kaedah yang dapat melepaskkan diri daripada masalah yang besar akan tetapi akan memberi lebih masalah kepada ahli keluarga yang masih hidup. Ada kaedah yang dapat membantu daripada melakukan perkara tidak baik ini, iaitu berkongsi masalah dengan orang di percayai. dengan berkongsi masalah dengan orang lain dapat meringankan beban yang ada di bahu kita. Seterusnya dan utama kembali kepada Allah. Dengan kembali kepada ALlah supaya Allah mencampakkan ketenangan di dalam diri kita.
Kenapa Kami Di Uji
1) Kerana Allah Kasih kepada kita semua
2) Kerana Dosa kita banyak, banyakkan memohon ampun kepada Allah
3) Allah hendak angkat ke sisi Dia.
Shabat-sahabat semua , macam mana ujian yang bakal tiba kita memohon Allah memelihara iman dan islam kita. Kita takut bagaimaana pengakhiran kehidupan kita bagaimana? . Di zaman mencabar ini hanya istighfar adalah antibody yang sangat baik kepada hati kita agar menjaga diri kita daripada perkara-perkara tidak baik.
Semoga bermanfaat kepada anda semua. Naim doakan sahabat-sahabat di dalam peliharaan dari Allah, Amin!.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/07/allah-uji-sebab-allah-kasih-kepada-kita.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)