Allah Selamatkan Kamuuuuu Kek Cheese Bertulisan Khat
assalamualaikum 😀
bila sebut perkataan 'raya', da jadi satu kemestian utk adik-beradik saya berkumpul
kemestian
kewajipan
seharusnya berkumpul la sementara abah emak masih ada ni
and, kebiasaannya kami dah plan dah 1 occasion utk diraikan
utk tambah bermakna la gathering kami-kami ni
kali ni, sekali lagi, sabtu (mlm) tu complete kami 6 beradik ada kat umah abah emak
specially made by Mak Long. carrot cheese cake 😋.
adik ipar saya, seorang Ustaz, meluangkan masa menulis khat di atas kek dan semua cheese tart.
kami meraikan July babies
birthday Mak Long, Mak Ngah dan Paklang. semuanya masing-masing kelahiran Julai 1967, 1969 dan 1970
dan paling junior, Izzat, 23.7.2012
setiap cheese tart dituliskan nama setiap ahli keluarga, tulisan jawi.
terasa bermakna. lain dari yg lain...
memang happening lah mlm tu
dari ptg kami nak heboh dgn masak-memasak
anak-anak dah reunion, masing-masing dah excited berjumpa ramai. team kecil dgn team kecil, kakak-kakak dgn team kakak-kakak
sekejapan semua cheese tart abis. bila buat sendiri, cheese nyer sgt cheesy dan lemak berkrim! puas makan..
kenapa plak kek bertulisan khat?👉 lately kan hot isu berkaitan pengajaran tulisan khat / jawi di sekolah
ada ramai guru, pengajar dan pensyarah dlm keluarga kami. kami ada juga la diskus hal ni
secara profesionalnya, kami tiada masalah dgn hal ini. malah menggalakkan seni tulisan bangsa lain turut diajar kepada anak bangsa
belajar bahasa lain atau seni tulisan bangsa lain tidak akan mengurangkan semangat or jati diri kita sendiri.
mendalami agama lain takkan menjadikan kita kurang beragama. malah mungkin kita dpt menilai semua aspek dgn lebih baik dan teliti.👉 Malaysia mengamalkan kebebasan dlm pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat
maka, kenapa isu pengajaran tulisan khat / jawi ini hendak dibesar-besarkan
ia telah dirancang sejak 2-4 thn yg lalu. kenapa bila diumumkan kini, ia dibantah
👉 pada saya, bukan setakat seni tulisan bangsa lain yg digalakkan diajar
kalau-kalau la dpt ditambah silibus Bahasa Hindustan, Bahasa Jepun, Bahasa Peranchis atau Bahasa Korea di sekolah, yg bersifat optional, lebih baik pada saya
bahasa komunikasi negara lain, seronok jugak, kan
setuju tak
😄 😄 😄
terkenang dulu kala, sewaktu saya masih di sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
bff saya ramai berbangsa Cina dan India.
saya selamba jer belajar Mandarin dgn dia. saya ingat lagi, saya kerap ke rumah mereka, lepas sekolah dan juga di hujung minggu.
saya pernah pegang bible dan membaca isi kandungannya. pernah juga belajar menulis. menirulah tulisan diorang. susah 😆😆😆.
bff saya tu juga tahu tentang agama Islam. pernah belajar menyebut Bismillah, Alhamdulillah...
tapi, pada tahun-tahun tersebut, tak pernah ada pun isu sebegini.
belajar, mengetahui, mendalami, mengkaji... apa salahnya. menambah ilmu, positif kan?
kesimpulannya, pada saya, usahlah dipolitikkan perkara kecil sebegini
fikirlah di luar kotak
hargailah keharmonian dan kebebasan yg kita ada di Malaysia ni. consideration. tingkatkan nilai persefahaman di antara semua bangsa, budaya dan agama
maka, jom lakarkan tulisan khat di atas kek hari jadi anda.martabatkan tulisan jawi setinggi-tingginya seperti zaman dulu kala 😀😀😀.
😌😌😌
👌👌👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/08/allah-selamatkan-kamuuuuu-kek-cheese.html