Aliff Syukri Anak Saya Memang Manja






Kesal dengan tindakannya merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, kerana membuka tudung, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf atas keterlanjuran tersebut.

Aliff atau nama lengkapnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 32, mendedahkan, beliau telah dikunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung hal berkenaan termasuk menerima panggilan telefon daripada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Protect and Save The Children (P.S The Children) yang merupakan ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) membuat laporan polis ke atas Aliff di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, Aliff tetap mempertahankan tindakannya mendidik anak dengan cara merotan, namun mengakui tersilap langkah kerana berkongsi mengenai perkara tersebut dalam akaun Instagram miliknya sehingga mendatangkan kemarahan orang ramai.

Apakah respons Aliff selepas laporan polis dibuat oleh sebuah NGO atas tindakan anda merotan anak dan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam laman sosial?

ALIFF SYUKRI: Ya, saya menerima banyak kecaman selepas tindakan merotan anak menjadi tular. Semua orang masuk campur sehingga perkara ini menjadi rumit, sedangkan saya merotan anak sendiri, bukannya anak orang lain. Saya sedia maklum dengan laporan polis yang dibuat oleh sebuah NGO terhadap saya. Apa yang boleh dikatakan adalah saya mohon maaf sekiranya perbuatan saya mengguris hati mana-mana pihak.

Boleh kongsikan apakah yang berlaku selepas laporan polis terhadap anda dibuat?

Saya telah dikunjungi oleh JKM baru-baru ini disebabkan isu tersebut. Mereka datang ke pejabat, namun ketika itu saya dan isteri tiada di sana. Bagaimanapun, saya sudah menghubungi pihak JKM dan akan memberikan kerjasama andai mereka ingin menyiasat. Beberapa hari sebelum itu, saya juga telah dihubungi pihak polis atas laporan yang mendakwa saya mendera anak sendiri.

Adakah benar anda mendera anak sendiri hanya kerana tidak memakai tudung?

Qadejah adalah anak saya sendiri bukan anak angkat. Saya mengaku tindakan saya memuat naik video dirinya seperti teruk dirotan adalah satu kesilapan. Saya juga mengaku merotan anak, namun tidaklah sampai menyebabkan kecederaan yang serius. Rotan yang saya gunakan pun nipis. Untuk pengetahuan semua, Qadejah memang manja dan suka berdrama seperti saya. Jika dimarah sedikit pun dia sudah boleh mengalirkan air mata. Sewaktu video tersebut dirakam, dia menangis sebab terharu kerana saya meletakkan ubat pada bahagian badan yang dirotan. Bukan sebab sakit kena rotan dengan saya.

Apakah alasan anda merotan anak sendiri disebabkan tidak bertudung walhal usianya masih terlalu mentah?

Saya tidak mahu jika sudah bermasalah nanti baru mahu merotan anak sendiri. Saya tidak mahu masalah sosial seperti pergi kelab malam dan minum arak berlaku dalam keturunan saya. Daripada kecil inilah saya perlu mendidik anak dengan baik. Kalau sudah besar dan terlambat nanti, saya juga yang dipersalahkan sebagai bapa bukan orang di luar sana. Nasihat saya kepada orang yang suka mencari silap, jaga tepi kain sendiri dahulu sebelum sibuk tentang hal orang lain. Tegur tiada masalah tetapi, kalau sudah mengutuk menggunakan bahasa yang kasar dan tidak melambangkan ciri agama Islam, mereka perlu cermin diri sendiri dahulu.

Sebelum ini anda pernah berjanji mahu memperlahankan 'kerja gila' dalam laman sosial demi publisiti. Nampaknya perkara tersebut telah dimungkiri. Komen anda?

Saya juga manusia biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Sebenarnya saya sudah penat berniaga dan rasa ingin berhenti. Namun, apabila memikirkan tentang masa depan anak-anak, saya cekalkan hati walaupun terpaksa berdepan dengan kecaman hebat daripada orang ramai. Saya manusia yang jahil dan kadang-kadang saya lupa diri.

Apa pesanan buat netizen yang gemar mencari kesalahan anda?

Orang nampak saya gembira dan ceria secara luaran, namun tidak pernah tahu apa yang terbuku dalam hati. Seperkara lagi, saya musykil mengapa ada orang melenting berlebihan apabila saya mendidik anak mengikut cara sendiri. Andai benar prihatin tentang nasib kanak-kanak, tolong bantu anak-anak gelandangan yang memerlukan bantuan. Di ibu kota, ramai yang memerlukan dan saya rasa, kita sebagai manusia mempunyai tanggungjawab terhadap masalah seperti ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/aliff-syukri-anak-saya-memang-manja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Aliff Syukri Dikunjungi Jkm Kerana Rotan Anak

Video Aliff Syukri Dikunjungi Jkm Kerana Rotan Anak

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 345 hits
MOHD HAIKAL ISA 02 Mei 2019 5 57 PM PETALING JAYA Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan telah dikunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat berhub
Rotan Malukan Anak Di Media Sosial Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

Rotan Malukan Anak Di Media Sosial Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 828 hits
Gemar memuat naik aktiviti seharian mengenai kehidupannya akhirnya mengundang padah apabila sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang merotan anak perempuannya hanya kerana membuka ...
Isu Rotan Anak Jkm Cari Aliff Syukri Di Pejabat

Isu Rotan Anak Jkm Cari Aliff Syukri Di Pejabat

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 434 hits
Dikecam teruk kerana memuat naik video mengatakan beliau merotan anak perempuannya Qadejah El Zahra kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak kenali jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri mendedahkan dirinya telah dikunjungi oleh wakil Jab...
Isu Rotan Anak Masuk Tv Aliff Syukri Menangis

Isu Rotan Anak Masuk Tv Aliff Syukri Menangis

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 427 hits
Gara gara berkongsi video merotan anak Qadejah El Zahra yang berusi 9 tahun kerana membuka tudung tindakan tegas Datuk Aliff Syukri itu telah The post appeared first on
Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 790 hits
Selasa lalu jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya Ram...
Ada Cara Tak Nak Selamatkan Anak Kembar Dari Gugur Aliff Syukri Minta Doa Kandungan Isteri Selamat

Ada Cara Tak Nak Selamatkan Anak Kembar Dari Gugur Aliff Syukri Minta Doa Kandungan Isteri Selamat

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 784 hits
Jutawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menerusi akaun instagramnya semalam memberitahu bahawa isterinya Datin Seri Shahida sedang hamil bayi kembar namun dia meminta doa ramai agar kandungan isterinya selamat Aliff Syukri memuatnaik sebua...
Perlu Ke Nak Rakam Malu La Dia Isu Rotan Anak Sampai Birat Aliff Syukri Dihentam Netizen

Perlu Ke Nak Rakam Malu La Dia Isu Rotan Anak Sampai Birat Aliff Syukri Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 387 hits
Sebelum ini kecoh mengenai tindakan usahawan Dato Aliff Syukri merotan anak perempuannya yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung sehingga menyebabkan kecederaan pada kanak kanak tersebut Susulan daripada isu itu dalam ada yang menyokong ...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati