Ali Hamsa Mesyuarat Tidak Akan Berlaku Jika Tiada Mesyuarat Awal Dengan Najib


 

KUALA LUMPUR -- Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa mesyuarat penyelarasan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24 Feb 2016 tidak akan berlangsung jika mesyuarat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum itu tidak berlaku.
Semasa sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi pendakwaan keempat itu merujuk kepada mesyuarat di pejabat bekas perdana menteri itu pada 22 Feb 2016 dengan Najib menyatakan bahawa beliau tidak mahu dua versi penyata kewangan 1MDB dikemukakan dalam Laporan Pengauditan 1MDB.
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan pengauditan 1MDB termasuk dua penyata kewangan berbeza.
Sri Ram: Sekiranya perjumpaan pada 22 Feb tidak berlangsung, adakah pertemuan 24 Feb akan berlangsung ?
Ali: Ia tidak akan berlaku kerana apabila perdana menteri (Najib) berjanji akan mengkaji secara menyeluruh, maka bekas (Ketua Audit Negara (Tan Sri Ambrin Buang) bersetuju untuk hadir pada mesyuarat 22 Feb.
Ali, 65, memberi keterangan dalam perbicaraan Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 44, dituduh bersubahat dengan Najib membuat pindaan terhadap laporan itu  bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 22 dan 26 Feb 2016.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, semasa menjawab soalan pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Ali berkata bekas perdana menteri itu kelihatan kecewa pada mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Ambrin dan bekas ketua setiausaha sulit kepada Najib, Tan Sri Shukry Salleh.
Muhammad Shafee: Adalah anda tahu sebab mengapa Najib kecewa?
Ali: Sebenarnya tidak.
Muhammad Shafee: Anda lihat (Najib kelihatan kecewa) sebaik sahaja anda masuk ke bilik (pejabat Najib).
Ali: Ya
Muhammad Shafee: Walaupun anda meninggalkan bilik, anda tidak tahu apa yang mungkin menyebabkan perdana menteri kelihatan kecewa.
Ali: Saya tidak mendapat jawapan untuk itu, tidak ada yang menjelaskan kepada saya.
Saksi tersebut yang memegang jawatan itu sehingga Ogos 2018 sebelum bersara, juga berkata beliau dimaklumkan oleh Najib bahawa fakta akan disediakan apabila beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan itu pada 24 Feb.
Disoal oleh Muhammad Shafee sama ada beliau memberi tekanan kepada Ambrin supaya meminda laporan audit itu, Ali mengulangi bahawa beliau tidak memberi tekanan kepada bekas ketua audit negara itu.
Muhammad Shafee: Jika ada orang mendakwa melihat Ambrin kelihatan keletihan dan hilang tenaga ketika meninggalkan bilik mesyuarat itu pada 24 Feb, apa komen anda?
Ali: Mesyuarat itu berakhir dalam keadaan mesra dan riang, saya mengiringinya ke pintu dan beliau kelihatan normal.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/ali-hamsa-mesyuarat-tidak-akan-berlaku.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Pindaan Laporan Kewangan Audit 1mdb Bukan Najib Arah Tapi Ali Hamsa

Buang Pindaan Laporan Kewangan Audit 1mdb Bukan Najib Arah Tapi Ali Hamsa

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendakwa bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengarahkan beliau supaya membuat pindaan terhadap laporan kewangan audit 1Malaysia Development Berhad dan bukannya Dat...
Ali Hamsa Told Me To Keep My Opinion Out Of 1mdb Audit Report Ambrin

Ali Hamsa Told Me To Keep My Opinion Out Of 1mdb Audit Report Ambrin

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 203 hits
AUDIT REPORT TRIAL The then chief secretary to the government Ali Hamsa allegedly told former auditor general Ambrin Buang to remove the latter s opinion from the 1MDB final audit report the Kuala Lumpur High Court heard today Sixth prosecu...
Masa Jadi Pm Najib Mesyuarat Di Rumah

Masa Jadi Pm Najib Mesyuarat Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 373 hits
Itu antara sebab kini kedua duanya diseret ke mahkamah ada kaitan PEJUANG parti kecil yang jadi royan dan igau UMNO yang memiliki kerusi terbanyak di PN tetapi kerana berlabel geng mahkamah kenalah tunduk dan akur kepada parti ciput Mahathi...
Najib Calls For Probe Over Penang Airport Expansion Project

Najib Calls For Probe Over Penang Airport Expansion Project

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 289 hits
Former prime minister Najib Razak has urged the government and the Malaysian Anti Corruption Commission to probe the proposed privatisation of the Penang International Airport In a Facebook post in which he attached letters between a privat...
Perli Bekas Banduan Datang Kempen Slim Tapi Dalam Ceramah Ratip Najib Najib

Perli Bekas Banduan Datang Kempen Slim Tapi Dalam Ceramah Ratip Najib Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 328 hits
Ada yang tak puas hati Najib datang berkempen tapi dalam masa sama dia ceramah sebut nama Najib Pelik sungguh di PRK Slim pun Boboi masih meratip Najib Najib Najib Walaupun bukan Najib yg bertanding kat situ Lagi pelik Dia selaku Presiden p...
Permohonan Pendakwaan Pinda Notis Usul Lucut Harta Najib 17 Lain Didengar 27 Ogos

Permohonan Pendakwaan Pinda Notis Usul Lucut Harta Najib 17 Lain Didengar 27 Ogos

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 249 hits
1 047 total views 1 047 views today KUALA LUMPUR Pendengaran permohonan pihak pendakwaan untuk meminda notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai jam tangan dan 27 buah buah kereta yan...
Opposition Against Wastage In Covid 19 Stimulus Package Anwar Rebuts Najib

Opposition Against Wastage In Covid 19 Stimulus Package Anwar Rebuts Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 214 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim has stressed that the opposition is against the wastage of allocation for certain ministries in the Covid 19 economic stimulus package and not the package itself What we reject is the wastage of allocation fo...
Budi Ds Najib Pasti Tersemat Dalam Hati Setiap Daripada Rakyat Malaysia Tinggal Lagi Nak Akui Atau Tidak

Budi Ds Najib Pasti Tersemat Dalam Hati Setiap Daripada Rakyat Malaysia Tinggal Lagi Nak Akui Atau Tidak

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 400 hits
Tentunya bukan nyonya ni seorang sahaja yg mempunyai penghargaan setinggi ini kepada DS Najib di atas jasa sumbangan budi yg diberikan selama beliau memimpin negara sebagai Perdana Menteri yang mana hanya Allah sahaja yg mengetahui sudah pa...
Najib Cabar Lim Guan Eng Saman Beliau Ada Berani Ke

Najib Cabar Lim Guan Eng Saman Beliau Ada Berani Ke

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 409 hits
Timbalan Speaker Melaka cuma buat satu posting FB berhubung Guan Eng terus dia keluarkan surat tuntutan mahu saman Saya yang berulang kali buat posting tentang skandal songlap terowong sejak tahun lepas siap minta dia saman saya jika saya f...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa