Alhamdulillah Dapat Juga Solat Jumaat Sejak Pkp Diumumkan Pada 18 Mac Yang Lepas



Siapa sangka, tidak pernah terfikir apabila kita tidak dibenarkan untuk solat jemaah sama-sama solat jumaat disebabkan pandemik COVID-19 melanda Malaysia.

Jika dihitung lebih 10 minggu masjid dan surau ditutup bagi laksanakan apa-apa aktiviti solat jemaah sehinggalah diumumkan dibuka secara beransur-ansur bermula PKPP pada 10 Jun 2020 yang lepas.

Ianya dibuka secara berperingkat dimana, hanya dibenarkan solat jumaat tetapi terhad kepada kapasiti yang ditetapkan. Jadi anda perlu daftar terlebih dahulu jika anda ingin dapat giliran untuk lakukan solat jumaat.


Jadi dengan giliran itulah, selepas 15 minggu, barulah aku berkesempatan untuk lakukan Solat Jumaat di Masjid Temerloh Jaya iaitu pada 26 Jun 2020 (Jumaat) yang lepas.

Solat Jumaat Di Masjid Temerloh JayaPelaksanaan solat jumaat atau solat jemaah sebenarnya berbeza mengikut negeri. Jadi perkongsian pengalaman ini hanya mengfokuskan di masjid Pahang sahaja.


Di Pahang, anda perlu mendaftar giliran bagi lakukan solat Jumaat dan bagi solat secara berjemaah lain, hanya dibenarkan pada Solat Subuh sahaja. Tetapi subuh anda hanya perlu walk-in, tanpa perlu mendaftar nama dan giliran

BACA : Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat
Kemudian, anda perlu patuhi segala SOP yang ditetapkan dan ianya sama sahaja bagi semua Masjid di seluruh Pahang tetapi dengan kapasiti yang berbeza iaitu mengikut keluasan Masjid

Solat Jumaat Di Masjid Temerloh JayaJadi pada hari Jumaat tersebut, anda perlu datang setengah jam awal sebelum khutbah dimulakan. Keperluan asas yang anda perlu bawa ketika datang ke Masjid adalah Sejadah Sendiri, siap-siap ambil Wuduk, pakai face mask setiap masa, plastik selipar dan pastikan nama anda sudah diumumkan oleh pihak Masjid

Kemudian, sebelum memasuki pintu pagar masjid (checkpoint 1), anda perlu semak nama dan juga dapatkan catatan suhu badan. Jika tinggi, anda diarahkan pulang. Sudah masuk kawasan masjid, anda perlu pergi ke satu lagi tempat (checkpoint 2) bagi semakan nama sekali lagi dan dapatkan plastik selipar sekiranya anda lupa untuk bawa


Selepas itu, pergi ke checkpoint 3 untuk dapatkan nombor sejadah beserta cuci tangan dengan hand sanitizer yang ditetapkan. Kemudian anda perlu ikuti tanda anak panah bagi memasuki dewan masjid. Keperluan ini bagi mengelakkan kemungkinan berlaku sentuhan

Anda akan terus ke nombor sejadah anda, bentang sejadah, dan masukkan selipar di dalam plastik yang disediakan diletakkan di bahagian kiri bagi tujuan seragaman. Kedudukan di dalam masjid adalah jarak 1 meter antara yang lain yang merupakan saranan yang paling penting bagi membendung penularan pandemik iaitu penjarakkan sosial. Sepanjang Solat Jumaat, anda diarahkan untuk memakai face mask.


Solat JumaatIbadah solat Jumaat dilakukan seperti biasa tetapi dengan tempoh masa yang singkat sahaja. Anda boleh lakukan solat sunat tahiyyatul masjid sejurus memasuki dewan masjid jika anda datang awal. 
Tiada solat sunat ba'diah dan qobliah, jadi selepas azan sahaja, terus sesi khutbah dan terus solat Jumaat beramai-ramai. Tiada sesi bersalaman dan tiada tabung bergerak. Selesai sahaja solat, wirid dan doa ringkas dan jemaah perlu keluar terus mengikut barisan yang ditetapkan


Selepas keluar daripada masjid, barulah anda bebas untuk bertegur sapa dengan jemaah yang lain. Sangat tidak digalakkan untuk bersalaman seperti arahan daripada KKM

Sesi solat jumaat beserta khutbah, mungkin mengambil masa 20 - 25 minit sahaja. Mengelakkan lebih lama berkumpul di dalam ruang tertutup

Alhamdulillah, pada sesi saya tersebut merupakan jumlah jemaat teramai kerana pihak Masjid telah membuka ruang tambahan iaitu kira-kira lebih 200 jemaah pada hari tersebut. Perjalanan sangat lancar bermula dari pintu masuk hinggalah ke dewan masjid. 


Ucapan syabas dan tahniah kepada kesemua jawatankuasa masjid yang terlibat bagi memastikan segala SOP yang ditetapkan diikuti. Pastinya mereka telah berada di MTJ tersebut lebih awal daripada jemaah lain bagi menyiapkan segala perkara

Jika subuh juga, SOP juga sama tetapi anda hanya perlu daftar sahaja. Sekali lagi, jawatankuasa masjid perlu menyiapkan segala perkara asas sebelum menerima jemaah pada solat Subuh.


Mungkin masjid-masjid lain di seluruh negeri telah pun membuka sistem walk-in dan adakan solat jemaah bagi waktu-waktu lain juga. Di Pahang, setakat ini, hanya dibenarkan Solat Jumaat dan Solat Subuh sahaja

Jadi kepada jemaat lain khususnya qariah Temerloh Jaya, jangan risau, giliran anda akan tiba untuk merasai solat jemaah buat pertama kali sejak PKP diumumkan. Rindu beb! Tapi kalau nak solat jemaah juga, boleh datang pada waktu subuh. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/06/diberikan-peluang-untuk-solat-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
S Pura Dah Buat Solat Jumaat 2 Sesi Malaysia Baru Kaji

S Pura Dah Buat Solat Jumaat 2 Sesi Malaysia Baru Kaji

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 355 hits
Semalam Ismail Sabri berkata Kerajaan akan memikirkan jika Solat jumaat dilakukan lebih dari satu sesi Untuk Pengetahuan Ismail Sabri di Singapura sejak minggu lepas Mufti Singapura dah diumumkan Solat Jumaat Di Singapura akan dilakukan sek...
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 347 hits
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak Disebabkan pendemik Covid 19 yang melanda dunia rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah Namun...
Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat

Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 710 hits
Rumah tangga yang harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik antara pasangan suami isteri Berkasih sayang tolak ansur dan persefahaman antara kunci utama mencapai bahagia Rasulullah SAW menyuruh para suam...
Sultan Mizan Solat Jumaat Bersama 550 Rakyat

Sultan Mizan Solat Jumaat Bersama 550 Rakyat

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 392 hits
Oleh Aslam WiraKUALA TERENGGANU 26 Jun Kira kira 550 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Sultan Ismail Chendering di sini hari ini Keberangkatan tiba Baginda jam 1 10 tengah hari yan...
Warga Emas Sujud Syukur Dapat Tunai Solat Jumaat

Warga Emas Sujud Syukur Dapat Tunai Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 337 hits
JOHOR BAHRU 26 Jun Seorang warga emas yang jelas gembira dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn di sini hari ini menzahirkan kesyukurannya dengan melakukan sujud syukur setelah tiga bulan tidak dapat menunai...
Masjid Di Singapura Mula Adakan Solat Jumaat Selepas 15 Minggu

Masjid Di Singapura Mula Adakan Solat Jumaat Selepas 15 Minggu

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 284 hits
Singapura Ketika Singapura memasuki minggu kedua Fasa Kedua pembukaan semula hari ini masjid di negara itu telah dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah harian selepas ia dihentikan sejak 13 Mac sebagai langkah mengekan...
Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 398 hits
Kebanyakkan negara telah mula melonggarkan peraturan dan membuka semula premis premis dan tempat beribadat selepas sekian lama menutup untuk mengawal wabak C0vid 19 Menurut di Turki mereka bersolat Jumaat di masjid masjid yang ada dataran l...
Solat Jumaat Dizaman Covid 19

Solat Jumaat Dizaman Covid 19

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 356 hits
Hari ini 19 6 2020 merupakan kali ke 2 solat jumaat didirikan diwaktu covid 19 melanda Malaysia Solat jumaat didirikan setelah berakhirnya perintah kawalan pergerakan yg telah dikuatkuasakan sejak 18mac yg lalu PKP telah ditukar kpd perinta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities