Alangkah Rugi Akibat Sikap Sengketa Dan Berpecah
Persengketaan dan perpecahan tidak membawa keuntungan kepada pihak yang terlibat. Ia umpama pepatah, menang jadi arang, kalah jadi abu. Yang untung ialah pihak lain. Jadi, mengapa ada yang suka berpecah?
Keadaan dan situasi yang semakin menjatuhkan maruah Melayu dan Islam jangan terus dibiarkan.
Mereka dakwa Islam bawa perpaduan. Mengaku untuk perjuangkan Islam. Mengaku parti Islam. Malangnya mereka melakukan perbuatan ditegah Islam. Mengaku untuk kebaikan Islam tetapi lari tinggalkan perjuangan.
Mengapa ini terjadi kepada umat Islam? Tidakkah mereka menghayati ajaran Islam yang anjurkan perpaduan dan bermaaf-maafan? Mengapa mereka bertegang urat dan tidak mahu muhasabah diri?
Adakah perjuangan memperjuangan Islam selama ini hanya retorik dan untuk meraih sokongan? Atau apakah kerana ingin mendapat kuasa dan ganjaran kebendaan mereka sanggup melanggar perintah agama agar bersatu?
Mereka dakwa Islam ada jalan penyelesaian tetapi kenapa masih selesai. Itulah tanda mereka tidak ikut Islam. Mereka hanya berlagak sebagai memperjuangan Islam tetapi tidak ikut Islam.
Asas pergaduhan adalah ego yg tidak sudah-sudah. Apa tah lagi dua- dua pihak ada ego. Kalau nak menang turunkan ego. Kalau tidak yang menang dan kalah masuk neraka. Sama-sama rugi dan hancur.
Asas perpecahan ialah tolak takdir Allah. Tak terima percaturan Allah. Awas jangan sampai Allah murka.
Asas ketidaksetiaan ialah ramai melakukan dosa kepada Allah. Jadi taubatlah. Fitnah, umpat dan tidak menerima ketentuan Allah adalah dosa.
Malulah kepada Allah kerana dengan sikap kalian musuh bertempik gembira. Tunggu dua-dua tersungkur. Musuh Islam yang untung dengan perpecahan sesama Islam. Inilah yang diharapkan direncanakan oleh bukan Islam.
Mereka tahu, selagi umat Islam bersatu dan patuh perintah Allah, maka peluang untuk mereka berkuasa tidak akan berjaya. Tetapi sekarang sesama Islam bergaduh. Mereka bertepuk tangan dan menanti masa terbaik untuk mereka berkuasa.
Islam agama amat mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah. Malang sekali umat Islam saling bermusuhan untuk menjayakan misi kepuasan hati sendiri.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”
Rasulullah pernah memperkatakan tentang akan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan oleh Tirmizi bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan.”
Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka. Golongan yang dibalaskan neraka sudah tentu disebabkan ingkar perintah Allah dan Rasulullah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://biroteguhnegara.blogspot.com/2020/11/dea.html