Alang Baiknya Kalau Duit Raya Sing Dolar


 

Minggu lalu nilai ringgit susut berbanding, antaranya, mata wang Amerika, British, dan tentunya Singapura.
Nilai ringgit begitu rendah berbanding dolar Singapura, menyaksikan warga republik itu berduyun-duyun membeli RM. Bagai beli barangan lelong. Sehingga diberitakan Isnin 25 April, pengurup wang di Johor Bahru kehabisan ringgit. Semuanya “disapu bersih” warga Singapura.
Sehingga artikel ini ditulis, nilai ringgit terus menyusut. Mata wang negara lemah. Namun, kata Bank Negara pada 29 April lalu, kejatuhan ringgit masih boleh diurus.

Nilai RM lemah berbanding SGD bermakna warga Singapura akan terus membanjiri negara, khususnya JB untuk membeli-belah dan sebagainya. Ertinya, mereka akan berbelanja dan aliran wang akan masuk ke Malaysia. Bukankah ini baik untuk ekonomi?
Kata pakar ekonomi, nilai RM rendah juga membuka peluang negara bersaing dalam pasaran eksport kerana produk Malaysia menjadi lebih murah berbanding negara yang mata wangnya “kuat”.
Jadi, nilai RM merosot sesuatu yang bagus. Begitu?
Tetapi, jika anda ada anak yang belajar di luar negara, anda terpaksa berbelanja lebih untuk menampung pembelajaran mereka. Nilai RM kecil bermakna jumlah besar diperlukan.
Kata mereka yang tahu, apabila ringgit lemah, harga barang naik, termasuk harga makanan, baik untuk manusia mahupun haiwan. Ringkasnya semua naik, kita semua terasa perit.
Ada pakar ekonomi berpendapat jatuhnya nilai mata wang memberi lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Lantas memang tidak ada negara yang mahu nilai mata wangnya rendah. Seperti dikatakan tadi, kejatuhan nilai mata wang mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dan kesannya dirasai rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Biasalah, bila ada apa jua krisis, orang susah bertambah susah.
Menurut laporan FMT, tempoh hari kekuatan SGD tarik warga Malaysia untuk kerja di Singapura. Ini sudah lama berlaku kerana sudah lama RM lemah berbanding SGD.
Kejatuhan terbaharu nilai RM, menurut laporan FMT, menjejaskan perniagaan di JB kerana rakyat tempatan tidak berminat kerja di Johor. Tidak boleh salahkan mereka kerana gaji di Singapura jauh lebih tinggi apabila ditukar kepada ringgit.
Maka mengeluhlah orang kita. Persatuan Hotel Malaysia cawangan Johor memberitahu hotel-hotel berdepan masalah tenaga pekerja apabila ramai berpindah ke Singapura. Kata Setiausahanya, Yvonne Loh, “masalah ini dialami oleh semua sektor”.
Naik turun mata wang (tentunya termasuk ringgit) bergantung kepada kekuatan ekonomi dan kestabilan politik negara yang diwakilinya. Lagi kukuh ekonomi, lagi tinggi nilai mata wangnya. Itulah hakikatnya meskipun diakui naik turun mata wang juga dipengaruhi faktor luaran dan keadaan semasa dunia.
Hakikatnya juga, ekonomi Singapura kukuh dan kuat. Ekonomi Malaysia pula tidak menentu dan tidak stabil (saya guna bahasa lembut untuk menggambarkan keadaan). Keadaan politik kita berceramuk sejak Langkah Sheraton.
Semasa saya bekerja di JB pada awal 1980-an dan kerap “turun” ke Singapura, ringgit masih “steady”. Banyak juga barang yang boleh dibeli di Singapura tanpa rasa “perit”. Shopping di Singapura menjadi kebiasaan untuk ramai orang, bukan sekadar yang “berada”.
Di sini, saya petik penulisan bekas wartawan terkenal Singapura, Ismail Kassim, dalam bukunya berjudul “A Reporter’s Memoir: No Hard Feelings” terbitan 2008.
Pada Bab 12, Ismail mengimbau waktu beliau seorang “undergraduate” pada 1968. Ketika itu, katanya, Singapura dan Malaysia berada di tahap sama dalam pelbagai bidang. Mutu graduan dan universiti agak setanding, manakala nilai RM dan SGD hampir sama.
Namun, kata Ismail, “dalam masa lebih dari tiga dekad, Singapura berubah menjadi negara kelas pertama, makmur dari segi ekonomi dengan institusi yang kuat, dan penduduk berkemahiran tinggi, berpendidikan, dan berdaya tahan”.
Sebaliknya, Ismail berkata, “kecuali kejayaan mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh pada tahun-tahun sebelum krisis mata wang Asia (1997), Malaysia merosot dalam hampir segala bidang”.
Sebelum kita tuduh Ismail “mendabik dada, mengagung-agungkan negara sendiri dan memperlekehkan Malaysia”, renungilah apa yang Allahyarham katakan itu. Bagi saya tidak dapat dinafikan kerana itu realiti.
Pada muka surat 224 bukunya, Ismail menceritakan pertemuan dengan seorang kawan lama pada 1997 yang bertanyakan prospek pelaburan di Malaysia. Respons Ismail: “Malaysia makin kecundang kerana sentimen agama dan politik melampau dan saya masih tidak nampak penghujungnya”.
Allahyarham seorang yang cukup arif dan berpengalaman mengenai Malaysia. Ismail pernah membuat liputan politik Malaysia secara menyeluruh selaku “correspondent” akhbar New Nation pada 1974 hingga 1982 dan akhbar Straits Times dari 1983 hingga 1995. Saya rasa Allahyarham tahu apa yang beliau cakapkan.
Apa pun sekarang ekonomi Malaysia tidak menentu, RM lemah, politik bercelaru.
Berlatarbelakangkan itulah kita menyambut Aidilfitri tahun ini.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/alang-baiknya-kalau-duit-raya-sing-dolar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 319 hits
Sudah 2022 kebanyakan transaksi kita sudah mula beralih pada digital walaupun hal sekecil membayar hutang rakan sewaktu makan tengah hari Kini dengan hanya berkongsi satu kod QR dari mana mana aplikasi bank dan e dompet sesiapa sahaja dapat...
Mereka Ni Pun Frontliner Kita Kongsi Rezeki 500 Rider E Hailing Dapat Duit Raya Dari Pak Nil Eskayvie

Mereka Ni Pun Frontliner Kita Kongsi Rezeki 500 Rider E Hailing Dapat Duit Raya Dari Pak Nil Eskayvie

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 173 hits
Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghulurkan sumbangan kepada 500 orang rider e hailing bagi menyemarakkan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi Menerusi projek istimewa Bingkisan Raya Rider hasil inisiatif murni syarikat bumi...
Duit Raya Anak Separuh Bagilah Beli Apa Pun Selebihnya Simpan Ada Lagi Rezeki

Duit Raya Anak Separuh Bagilah Beli Apa Pun Selebihnya Simpan Ada Lagi Rezeki

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 210 hits
Sekat rezeki anak rezeki kita pun tersekat Duit raya anak yang dapat banyak banyak tu separuh boleh la beli apa mereka suka Separuh lagi simpan la untuk masa depan Ada orang kata beli mainan ni membazir Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu...
Face Mask Songket Dan Sampul Duit Raya

Face Mask Songket Dan Sampul Duit Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 222 hits
Semalam encik suami balik rumah masuk masuk dia hulurkan sebungkus plastik Eh parcel apa pulak Ni mesti kes courier hantar barang main letak Jenis malas nak hon ke atau asalkan hantar je sudah Pernah jadi courier main letak je rupanya salah...
Hal Duit Raya

Hal Duit Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 274 hits
Duit raya dah tukar ke tu Sekarang dah mudah sebab boleh je kan Tahun ni tak tukar duit raya pun Lebih kepada misi untuk berkumpul ramai ramai selepas raya tertangguh 2 tahun Duit raya ikut bajet masing masing lah ye Benda bukan wajib Perlu...
Permasalahan Isu Riba Dalam Menukar Duit Raya

Permasalahan Isu Riba Dalam Menukar Duit Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 540 hits
ISU RIBA DALAM MENUKAR DUIT RAYATukar duit raya dengan maksud kita bagi RM500 duit terpakai dan kita dapat duit baharu RM500 dalam denominasi tertentu seperti RM10 atau RM20 adalah tertakluk kepada hukum hakam al sarf Oleh sebab tukar duit ...
Boleh Ke Guna Duit Raya Anak Ini Penjelasan Mufti

Boleh Ke Guna Duit Raya Anak Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 211 hits
Dalam kehidupan harian yang kian mencabar sering kali terjadi perbelanjaan keperluan harian melebihi daripada pendapatan isi rumah Ini mendorong kepada masyarakat untuk mencari alternatif dan menjadi lebih kreatif demi kehidupan yang lebih ...
Duit Dapat Gula Gula Pun Dapat Idea Simple Tapi Jimat Bagi Duit Raya

Duit Dapat Gula Gula Pun Dapat Idea Simple Tapi Jimat Bagi Duit Raya

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 425 hits
Keterujaan menyambut Syawal luar biasa kali ini sememangnya meninggalkan kesan buat kita semua Bermacam cara dan ragam menyambutnya termasuklah berkreatif dalam pemberian duit raya Tidak perlukan sampul duit raya idea duit raya yang dikongs...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket