Alami Aktiviti Perkhemahan Yang Selesa Bersama Keluarga Di Lost World Of Tambun
Anda dan keluarga yang sukakan aktiviti luar seperti berkhemah? Kini, anda boleh alami aktiviti perkhemahan yang selesa bersama keluarga di Glamping, Lost World of Tambun. Nikmati keselesaan di tapak Glamping sambil dikelilingi hutan tropika, mata air semula jadi, tujuh taman aktiviti lasak dan hamparan gunung batu kapur yang berusia lebih 400 juta tahun.
Glamping menawarkan penginapan dan kemudahan perkhemahan yang lebih mewah dan sekali gus memberikan keselesaan pada pengguna yang ingin mencuba untuk bermalam di luar. Selepas hari yang menyeronokkan di taman tema, anda boleh berehat di khemah mewah yang disediakan. Khemah ini lengkap dengan semua kemudahan yang dimiliki oleh hotel penginapan lima bintang. Ia termasuklah katil saiz king dengan linen, soket elektrik, kipas dan pas masuk ke Lost World of Tambun dan Lost World Hot Springs & Night Park. Tidak lupa juga kupon sarapan bufet percuma untuk memulakan hari anda!
Pada waktu malam pula, anda boleh menyegarkan badan dengan memilih satu daripada 10 kolam mata air panas bio yang menawarkan manfaat terapeutik. Crystal Spa menawarkan spa kolam air panas untuk memulihkan tubuh dan membantu kulit untuk kelihatan awet muda. Ia adalah tarikan yang terbaik untuk para ibu!
Tidak ketinggalan juga untuk merasai pengalaman mengunjungi haiwan kegemaran anda pada waktu malam di Petting Zoo, Lost World of Tambun. Zoo ini membenarkan pengunjung menyentuh dan memberi makan pada haiwan yang terdapat di zoo tersebut. Ia mempunyai pelbagai jenis haiwan eksotik di dalam persekitaran yang dicipta berdasarkan alam semula jadi. Ia jadalah antara aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga. Ia juga boleh menjadi platform pendidikan untuk pelajar sekolah dan pelancong.
Ambil peluang ini untuk menjelajah ke hutan mistik, Luminous Forest, tarikan terbaru di Lost World Hot Springs & Night Park. Tarikan tersebut terdiri daripada Jambatan Luminosa, Mother Sophea yang menerangi hutan tersebut dan alami ketenangan di Laka Falls dan Toadstool Field. Anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan lipan sepanjang 16 kaki iaitu Shadowfang yang juga pelindung hutan tersebut. Anda juga boleh melihat keindahan flora dan fauna yang berkilauan di dalam kegelapan Luminous Forest. Perjalanan anda akan disambut dengan meriah oleh Ketua Kukuntalu, pemerintah Malayana yang adil dan saksama.
Jangan lupa untuk menonton Flaming Percussion bersama dengan keluarga anda. Saksikan persembahan api yang menakjubkan sambil diiringi dengan muzik yang menarik. Anda juga boleh cuba pelbagai jenis juadah enak di Lost World Ipoh Street. Antara hidangan yang boleh anda cuba adalah Mi Kari yang terkenal, Nasi Ayam Taugeh, Tau Fu Fah dan banyak lagi hidangan yang sesuai dengan citarasa anda. Jangan lupa untuk cuba minuman tekenal Lost World Ipoh Coffee yang sememangnya terkenal di Ipoh.
Glamping di Lost World of Tambun adalah percutian yang sempurna untuk semua sambil dikelilingi alam semula jadi. Tapak Glamping boleh didapati untuk dua orang dewasa dengan harga RM588.00 atau dua dewasa dnegna dua kanak-kanak pada harga RM788.00 dan boleh menambah tetamu pada harga RM110.00 (kanak-kanak) dan RM140.00 (dewasa) atas permintaan. Anda perlu menempah tiga hari lebih awal sebelum tarikh lawatan pilihan melalui tempahan dalam talian.
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Glamping di Lost World of Tambun, anda boleh layari laman web Sunway Lost World of Tambun atau laman Facebook Lost World of Tambun atau dengan menghubungi taman tema tersebut di talian +605 542 8888
The post Alami Aktiviti Perkhemahan Yang Selesa Bersama Keluarga Di Lost World of Tambun appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/gaya-hidup/jom-jalan/alami-aktiviti-perkhemahan-yang-selesa-bersama-keluarga-di-lost-world-of-tambun/