Alamak Tiga Hari Dah Tersorot Ke Bawah
Alamak Tiga Hari Dah Tersorot Ke BawahAsalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Hari ini, Ahad 10 Feb 2019, awal bangun dan lakukan beberapa perkara sama ada yang wajib atau pun perkara harus di lakukan. Perkara sunat pun ada kena lakukan, semua dilakukan untuk mencari reda Allah selain kita menselesakan hidup ini agar hidup dinikmati lebih bermakna. Ringkasnya tidak sia-siapan masa. Alamak tiga hari dah tersorot ke bawah? Apa benda tu? Pelik saja kan
Nilah nak cerita, awal pagi dah bangun, mata tak lelap dah, apa tah lagi tak lama lagi azan subuh berkumandang, kena duduk kejap hadap PC ni. Klik lah blog JMBELOG, wah menarik tau baca di blog dia. Mengenai hukum atau beberapa pendapat hal LELAKI ATAU SUAMI TAK BEKERJA. Ada juga Etuza bagi komen skit ja lah. Etuza periksa lah keberadaan blog Etuza dalam list blog JMBELOG. Woi ..tak ada ke? Ke mana ya...ha svrol ke bawah sekali, nampak jelas GOOGLE bagi mesej 3 day tak updated. Maknanya tiga hari dah Etuza tak ada catatan baru di blog Etuza. Etuza tersentak sikitlah macam muka kucing dalam gambar. Aik!! 3 day tu. Adoi..betulah tak terkejar masa ni
Tersentak ..nak fikir apa kan...sibuk ja selalu..Hai..cari juga lahmasa nak buat entri di blog.
Baru tiga hari, blog Etuza hilang kesan dalam udara maya. Betul-betul orang tak klik lagi, iya lah dah tak baru, tak ada cerita di blog orang tak klik sekerapnya. Nak rangking terbaik kena bersaing updatedkan blog. Pada Etuza banyak benda nak catat sebenarnya. blog Etuza pelbagai demi untuk Etuza merasakan satu kepuasan berblog walaupan tak puas hati. Antara bahan yang ada di minda ni:-
* Hal tanam-tanaman Etuza di laman.
* Banyak gambar, bagi lah kreatif kata-kata madah
* Tazkirah bergambar, hal agama
* Gambar kucing peliharaan
* Pelancingan percutian Etuza sekeluarga dalam negeri sendiri
* Aktivitio di kebun
* Bagi lah sajak bergambar
* Hal anak-anak yang memberikan motiovasi dan kasih sayang
*resipi mama, masakan mama, pasti ada yang klik untuk membaca blog kita.
*Program di sekolah tempat kerja Etuza
* Majlis perkahwinan
* Ulasan sedikit tentang khutbah Jumaat
Itu lah antara bahan bertema untuk pengisian blog. Tidak lah terlalu sepi dalam blog. Apapun blog bukan WAJIB tetapi satu aktiviti pengisian masa yang amat bermanfaat. Memang ada perasaan gembira apabila kita memiliki blog, apatah lagi blog anda itu cantik dan lebih inovasi.
Ha jika begitu updatekan lah blog..cukup satu catatan satuhari dah memadai dan tidaklah merundum ke bawah satistik blog korang ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2019/02/alamak-tiga-hari-dah-tersorot-ke-bawah.html