4 Hari 3 Malam Bajet Dan Itinerary Bercuti Ke Bandung Dari Klia Kuala Lumpur International Airport


4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Dah alang-alang mummy buat bajet untuk Travel Percutian kami ke Bandung. Teruslah share kat blog untuk 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT . Akan datang mummy juga yang senang, nak semak balik. Biasalah.. bab travel atau bab percutian ni kekadang tak boleh nak ingat details sangat pun huhu. Sebab tu wujudnya blog, sendiri tulis, sendiri refer haha. Okay..ada sesapa tengah cari tips Ke Bandung Indonesia ke? Korang yang ada plan nak ke Bandung pun boleh ikuti 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT. Cara mummy tau !


Baca juga : Tukar duit Indonesia
4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT
Kenapa nak bercuti ke Bandung Indonesia? Awal-awal dulu, mummy pun terfikir benda yang sama. Kenapa daddy sebut Bandung, Indonesia? Daddy nak bawa mummy shopping ke? Hahaha...dasar perempuan kan. Ingat Bandung, Indonesia. Ingat SHOPPING ! Sebenarnya Bandung bukan sahaja tempat bershopping tapi ada banyak tempat menarik di Bandung Indonesia yang perlu di lawati. Bab tempat menarik ni nanti mummy cerita kat tempat lainlah ye !

Plan asal...
Daddy tetiba on nak bawa kami sekeluarga bercuti dan travel jauh sket. Sket je lah jauhnya Bandung Indonesia tu. Kalau dia bagi green light nak travel sekeluarga. So, apa lagi jomlah kita anak beranak tambahkan cop passport lagi. Hehe. Macam biasa, mummy bukan boleh berangan je.. bila daddy ajak bercuti. Ada kerja khas untuk mummy iaitu kena buat bajet untuk travel ke Bandung Indonesia. Lebih kurang pertengahan bulan Disember 2018, daddy sebut dan plan bercuti ke Bandung Indonesia. Yelahkan, last kami bercuti naik kapal terbang pada Disember 2017. Dah lebih 13 bulan tak cop passport.

Mummy bukan buat 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT dalam pada tu..Mummy ada buat bajet ke Bangkok dan Medan juga. Seolah-olah mencari tempat yang murah untuk flight. Mummy memang jenis kedekut sket haha. Kalau dapat lagi murah, memang nak pi tempat murah je lah !

Bab bajet ni, mummy buat semua tempat 3 di atas tu, kemudian kena tunjuk pada daddy pulak. Samada daddy approve ke idak.

Dekat sebulan buat itinerary Bandung Indonesia ni juga ! FENIN ! Dengan harga tiket dan hotel berubah dari hari ke hari.

Bayangkanlah cek tiket Bandung Indonesia tetiap hari melalui Air Asia, Malindo. Sebab 2 kapal terbang ni je dari Malaysia direct Bandung. Semakin hari, semakin lain harganya huhu.

Nak naik kapal terbang lain, selain Air Asia dan Malindo. Boleh juga,  turun di Jakarta dan naik kereta atau train ke Bandung Indonesia.

Ada anak kecil yang agak ramai, dengan barang yang banyak. Mummy daddy rasa .. tak sesuai turun di Jakarta. 

Dulu masa single, boleh lah... mummy ke Bandung dari Jakarta je. Dapat lah pergi 2 tempat untuk jalan-jalan. Tapi tu dulu lah...SINGLE masa tu.

Ada anak ni, travel ni kena cara ada anak. Itinerary pun tak boleh padat sangat , malah kena selitkan aktiviti anak-anak juga di sana !

Okay jom tengok bajet tiket kapal terbang dan lelain. Masa ni, tak silap mummy dalam tarikh 2 minggu sebelum tahun 2019.
TIPS KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT ini, mummy tunjukkan HARGA DAN KOS dua bulan sebelum beli tiket untuk bercuti (target bercuti Februari 2019) . 

Murah giler 4 HARI 3 MALAM KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR kalau dapat beli dua bulan sebelum (atau sebulan setengah). Kena tempah cepat-cepat !
4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

Ini bukan harga asal kami bayar ke Bandung tau, ini harga survey kami. Harga kami yang booking sebulan sebelum tu. Nanti kami cerita lain !
BAJET 5 ORANG UNTUK 4 HARI 3 MALAM KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR  ( 2 dewasa, 2 kanak-kanak, 1 baby)
Parking / Grab : RM46 sehari (parking), grab RM60 (sehala)
Kapal Terbang : RM2,555 (Malindo sebab sesiap seat, baggage, makan)
Hotel : RM60 semalam (2 star hotel di Cihampelas Bandung Indonesia). 4 hari RM240
Kos Pengangkutan di Bandung : Kebanyakan pak supir amek RM600 (untuk 4 hari dari airport Bandung ke hotel dan jenjalan selama 4 hari). Nak jimat, boleh juga gunakan perkhidmatan KLOOK 10 jam dalam RM143
Tempat Untuk Di Lawati Di Bandung : Ada tempat berbayar, ada yang FREE juga. Depend korang nak pi mana. Trans Studios tu je kami 5 orang dah RM400 kat situ.
Duit Poket Untuk Bershopping : rahsia hehehe.
Keseluruhannya berjumlah RM3,462 untuk 5 orang. Kiranya seorang RM700 lebih aje all in. Memang dalam bajet daddy.
Bila dapat buat itinerary gini. Memang on lah, tapi SAYANG SERIBU KALI SAYANG tak terus beli tiket. Daddy nak tengok kosnya dulu. Tunggu awal Januari 2019 baru beli semuanya. Okay kita tunggu. 
Tunggu punya tunggu harga tiket dah naik kau !

Plan menjadi..... yahooo

Awal Januari 2019, daddy berikan mummy duit untuk beli tiket flight. Fuh lega..duit dah dapat di tangan. Tapi...harga tiket harga mahal RM1,000 kau huhu 

Paling murah tiket pun Malindo dalam RM3.5K lebih kurang macam tu, hotel yang murah mummy aim RM60 semalam pun habis.

Kalau Bangkok....

Cek harga tiket ke Bangkok Thailand pulak, erm...harga tiket kebih kurang sama. Harga hotel lah masalah sket, mahal dari Bandung pulak. 

Nak buat macam mana kan...

Kena tunggu daddy punya plan balik, dia on ke tak on.

Petang sket, daddy kata ON je Bandung, Indonesia. Terus cecepat mummy beli tiket flight ke Bandung dengan Malindo.

Hotel pulak tak beli lagi ...

Hotel pulak daddy suruh cari yang ok sket...tak nak macam rumah tumpangan sebab ada anak, nak luas dan ada katil 2 buah jenis double, atau 1 queen + 2 single. 

Keja mummy belum habis, cari dan terus mencari harga bilik hotel yang murah tapi ikut standard daddy nak.

Masa ni, sampai 4 pagi dok tengok telefon je tau.

Bilik hotel, banyak SOLD OUT ye lah kan..cuti RAYA CINA tu...tapi ada satu hotel ni, nampak okay dan harga pun macam okay. 4 hari 3 malam dalam RM354.

Mummy terus on je hotel ni, kang tunggu lagi..semua naik harga huhuhu.

So, berapa bajet kami untuk HOTEL, FLIGHT, GROUND ke Bandung Indonesia kami berlima?

Oh ya, ni peak season tau RAYA CINA. Memang harga cekik darah..we dont care sebab nak cut cost cuti. Annual leave kami bukannya banyak. Terpaksa RELA gituuuu.

Harga tiket Malindo RM3589 (flexi package bukan promo, termasuk insurance) , Hotel RM354, Transport GROUND Bandung RM500, Trans Studios RM400 (kalau jadi pi), parking KLIA +/- RM200 = RM5,043

Burrppppp..tak campur makan, shopping, duit hangus terbakar kena pau anak-anak. Bajet sekepala RM1,000 dah jadiknya. Double dari harga asal plan.

Bagi nak tiket kapal murah tu, better book 2 bulan awal lah ye. Peringatan kepada diri sendiri juga. Apapun, terima kasih encik asben menaja percutian kami anak beranak A-Z.

Walaupun mahal, gigih beliau usaha. Moga sentiasa di murahkan rezeki, ye ! 

Okay ni jelah perkongsian mummy untuk sharing 4 HARI 3 MALAM BAJET DAN ITINERARY BERCUTI KE BANDUNG DARI KLIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT. 

Kemana tempat kami pergi di Bandung? 

Haaa... Tunguu update dari mummy ye 
😘 Stay tuneeeee





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azlindaalin.com/2019/02/4-hari-3-malam-bajet-dan-itinerary-ke-bandung-dari-klia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerary Yogyakarta 4 Hari 3 Malam

Itinerary Yogyakarta 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 413 hits
Assalamualaikum Sebenarnya tak habis lagi entry Yogja aku Tempat best kan tu ada banyakkkk entry hahaha Ada lagi 2 3 entry kot Nanti lah update slow Throwback pun lantak situ Janji orang Google jumpa blog aku dorang boleh baca and dapat ses...
Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia

Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 618 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Entri kali ini akan berkongsi pengalaman saya dan 4 sahabat lain yang bercuti di Banda Aceh selama 4 hari 3 malam Unt...
Itineraray 2 Hari 1 Malam Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Itineraray 2 Hari 1 Malam Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 864 hits
Assalamulaikum hai korang Dah baca entri BBL pasal first time naik flight tu Boleh rujuk link sini Saya datang Langkawi pun sebab nak habiskan cuti weekend je So stay kat sana 2 hari 1 malam je kat Pantai Chenang Tak perlu ambil cuti sampai...
4804 Lawatan Ppim Bersama Wehuman Dan Pema Ke Hospital Besar Kuala Lumpur 3 2 19

4804 Lawatan Ppim Bersama Wehuman Dan Pema Ke Hospital Besar Kuala Lumpur 3 2 19

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 491 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia berbesar hati menerima jemputan oleh Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan untuk bersama sama membuat kunjungan ke wad kanak kanak kanser Hospital Besar Kuala Lumpur Turut serta adalah wakil Pertubuhan ...
Jdt Vs Kuala Lumpur Fa Liga Super 2019

Jdt Vs Kuala Lumpur Fa Liga Super 2019

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 676 hits
JDT vs Kuala Lumpur FA Liga Super 2019 Berikut adalah butir butir perlawanan tersebut Panduan mencari kerja di SINGAPURA VS JDT vs Kuala Lumpur FA Liga Super 2019 Tarikh 8hb Februari 2019 Masa 9 00 Malam Tempat Stadium Tan Sri Dato Haji Has...
Puan Nazmah Dari Kuala Lumpur Menggunakan Supir Padang Bukit Tinggi

Puan Nazmah Dari Kuala Lumpur Menggunakan Supir Padang Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 694 hits
Assalammualaikum Pada 31 August 2018 hingga 2 September Puan Nazmah dari Kuala Lumpur telah bercuti bersama suami dan anak anaknya ke Padang Bukit Tinggi Banyak gambar yang dikongsikan dengan Irda sebab Irda adalah orang yang mengatur itena...
River Of Life Kuala Lumpur World S Top 10 Waterfront 2018

River Of Life Kuala Lumpur World S Top 10 Waterfront 2018

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 387 hits
Hits 3River of Life Kuala Lumpur terima pengiktirafan dunia dengan dimasukkan dalam salah satu dari 10 kawasan waterfront terbaik di dunia oleh portal The Independent United Kingdom Ia satu penghormatan kepada Malaysia Portal The Independen...
Citilink Buka Rute Surabaya Kuala Lumpur

Citilink Buka Rute Surabaya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 346 hits
Maskapai berbiaya hemat Citilink Indonesia kembali memperluas konektivitas dengan menambah jaringan penerbangan internasionalnya di Asia dengan membuka rute Surabaya Kuala Lumpur mulai hari ini 30 Januari 2019
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner