Alam Flora Sustainability Hunt 2023


Sustainability Hunt 2023 by Alam Flora telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Presint 5, Putrajaya. Alhamdulillah, untuk tahun ini aku berkesempatan untuk turut serta dalam Sustainability Hunt 2023 dan berpeluang menjadi salah seorang peserta untuk kategori blogger. Perasaan setiap kali dapat turut serta dalam acara Alam Flora memang teruja. Saban tahun, akan ada ilmu dan pengalaman baru yang dapat dikutip dan dibawa balik selepas event berlangsung sekaligus untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Jadi, di kesempatan ini aku nak berkongsi pengalaman aku tentang perjalanan sepanjang program Sustainability Hunt 2023 berlangsung. 

Sustainability Hunt 2023 yang telah dianjurkan buat kali ke-dua bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membudayakan kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian melalui pendidikan

Orang awam, media arus perdana dan rangkaian komuniti media sosial termasuk Key Opinion Leaders (KOL), pempengaruh media sosial (influencer) dan penulis blog (blogger) telah dijemput untuk menyertai program tahunan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) ini, bagi meneruskan inisiatif syarikat dalam menyampaikan mesej-mesej kelestarian alam


Sejumlah 32 orang peserta telah bergabung tenaga dalam menyalurkan informasi berkaitan kepentingan kelestarian alam sekitar dengan memanfaatkan populariti serta jumlah pengikut yang ramai di platform media arus perdana dan media sosial dengan lebih komprehensif. Penularan informarsi ini diharap dapat membentuk masyarakat yang memilih gaya hidup yang lebih lestari demi kepentingan alam sekitar di masa hadapan

Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.
Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Mesti korang tertanya-tanya, apakah tugasan yang perlu kami selesaikan sepanjang Sustainability Hunt 2023 berlangsung? Secara ringkasnya, kami perlu menyelesaikan 5 tugasan utama. 1 tugasan iaitu upcycling perlu diselesaikan sebelum event berlangsung dengan memuat naik (upload) video di sosial media (tiktok/instagram) tentang projek upcycling menggunakan 2 bahan kitar semula untuk menghasilkan satu produk baru yang bermanfaat dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. 4 tugasan yang berbaki perlu kami selesaikan pada hari Sustaianbility Hunt 2023. Jom, check it out tugasan yang telah kami lakukan


SUSTAINABILITY HUNT 2023
✅Trash or TreasureAnda akan diberi lima soalan Treasure Items tentang barang di rumah yang boleh dikitar semula. Markah akan diberi untuk jawapan dan barang yang dibawa adalah betul. Seterusnya anda perlu membuat transaksi dengan menjual barangan yang boleh di kitar semula di Buy Back Center. Peserta yang mendapat lebih daripada RM5 jumlah jualan akan mendapat mata tambahan.
Ia adalah untuk mendidik orang ramai dan mewujudkan kesedaran bahawa barang terpakai juga berhak mendapat peluang kedua bak kata pepatah lama ‘YOUR TRASH IS ANOTHER MAN’S TREASURE’.Untuk tugasan ini, semua peserta perlu menjawab 5 soalan trivia untuk dapatkan jawapan iaitu 5 jenis barang recycle yang perlu kami bawa ke FIKS. Untuk tugasan ini, semua peserta boleh jual semua barang kitar semula yang dibawa di Buy Back Centre, Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) Putrajaya. Ingat, “Your Trash is Another Man’s Treasure”. Daripada kita buang macam tu je, baik kita jual balik di Buy Back Centre kan? Boleh juga dapat duit sampingan. Kalau korang plan nak pergi jual barang kitar semula, berikut merupakan senarai harga yang korang boleh jual barang kitar semula di mana-mana Buy Back Centre Alam Flora yang berdekatan

Kotak - RM0.35/kgKertas - RM0.20/kgBesi - RM0.50/kgTin -RM0.40/kgPlastik - RM0.40/kgTetrapak - RM0.25/kgAluminium - RM2.50/kgTelevisyen - RM5.00/unitPeti Ais - RM5.00/unitCPU - RM12.00/unit
✅UpcyclingAnda diberikan tugasan Projek Upcycling untuk memilih DUA barangan yang tidak digunakan lagi di rumah dan menggabungkan barangan tersebut secara kreatif untuk mencipta SATU barang baru yang pratikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Proses kreatif ini perlulah dirakam dalam bentuk video berdurasi maksima 1 minit dan dimuatnaik dalam Instagram (Reels) atau Tiktok, pada 23 Jun 2023.
Objektif tugasan ini untuk mewujudkan kesedaran dan memberi idea mudah kepada orang ramai untuk memulakan 'upcycling' dari rumah dan bukannya terusUntuk tugasan awal, kami kena hasilkan satu produk menggunakan minimum 2 bahan terpakai dengan kreatif untuk menghasilkan satu produk baru yang praktikal dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Then, hasil DIY tadi kami kena upload video di IG Reels/TikTok tentang produk upcycling kami. Untuk tugasan ini, aku telah menggunakan bekas plastik coklat, kotak kasut dan jeans yang dah koyak untuk menghasilkan bekas alat tulis dan bekas untuk simpan hardware
 
✅Go GreenSalah 1 barang dari "Treasure Item' akan digunakan semula (upcycling) sebagai bekas tanaman. Bekas ini boleh digunakan beberapa kali sebagai tapak penanaman sebelum kita memindahkan anak benih ke pasu yang lebih besar, selepas 1 minggu. Tumbuhan untuk dipilih adalah pokok herba yang mudah dijaga dan boleh digunakan dalam masakan atau penggunaan harian seperti pudina dan daun selasih.
Aktiviti ini menggalakkan kitar semula dan menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli tumbuhan herba setiap kali menggunakannya dan untuk menggalakkan gaya hidup sihatUntuk cabaran Go Green, kami menggunakan Tetra Pak untuk  dijadikan bekasa tanaman pokok herba. Salah satu barang kitar semula yang kita boleh upcycling untuk tujuan penanaman anak pokok sebelum dipindahkan ke pasu selepas 1 minggu. So guys, kalau korang banyak kotak minuman Tetra Pak di rumah, jangan buang. Boleh guna untuk dijadikan bekas tanaman di rumah. Selain dapat menyelamatkan alam sekitar, kita juga boleh jimat duit dengan mendapatkan hasil tanaman pokok herba di rumah untik kegunaan di dapur


✅Recycle MasterPara peserta akan diberikan satu beg dan akan ditugaskan untuk mengasingkan barang-barang tersebut mengikut kategori kitar semula barang tersebut. Setiap jawapan yang betul akan mendapat mata, untuk dikumpul dalam jumlah mata keseluruhan.
Tugasan ini ialah untuk memastikan peserta-peserta mempunyai pengetahuan tentang pengasingan sisa mengikut kategori dan mempraktikkan amalan ini dalam kehidupan seharian. Contohnya, botol plastik dan sampah makanan perlu diasingkan dan diletakkan di dalam plastik sampah yang berbezaAntara task yang paling mencabar dalah Recycle Master. Setiap peserta perlu asingkan satu bag sampah (10 items) mengikut kategori kitar semula. Pengasingan sisa mengikut kategori merupakan salah satu habit yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian sebelum kita nak hantar ke pusat kitar semula. Ingat, bahan kitar semula yang ada sisa makanan atau kotor tak boleh dikitar semula. Barang yang ada lebih dari 2 jenis material yang berbeza pun perlu diasingkan sebelum kita hantar ke pusat kitar semula. Paling penting, plastik nipis yang digunakan untuk kita wrap makanaan atau buah, sebenarnya tak boleh dikitar semula. Bahan yang tak dapat dikitar semula kita boleh letak dalam tong sisa makanan


✅Sustainability ChampionUntuk tugasan ini, peserta perlu menjawab kuiz interaktif berkaitan soalan amalan kelestarian alam sekitar untuk mengetahui sejauh mana anda memahami maksud carbon foot print dalam berdasarkan gaya hidup. Soalan akan berdasarkan penggunaan tenaga, amalan kitar semula, tabiat semasa membeli-belah dan lain-lain.
Pada penghujung kuiz ini nanti, peserta akan dapat mengetahui prestasi mereka sebagai JUARA KELESTARIAN atau BUKAN dan mereka harus menerapkan budaya kelestarian dalam kehidupan seharian! Tugasan seterusnya adalah kuiz interaktif berkaitan amalan kelestarian alam sekitar dan Carbon Foot Print. Ingat, sekecil-kecil perbuatan kita dalam kehidupan seharian sebenarnya menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau (Greenhouse gases) seperti karbon dioksida dan methane. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dalam menangani masalah pembebasan gas karbon. Instead of driving, kita boleh guna public transport ataupun car pool. Daripada bersenamk menggunakan threadmile di rumah, lebih baik kita bersenam di luar rumah tanpa penggunaan elektrik. Macam-macam cara lagi yang kita boleh buat untuk kelestarian alam sekitar


Overall experience, banyak ilmu baru yang kami berjaya kutip. Paling penting, apa yang telah kami pelajari sepanjang Sustainability Hunt amat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan sekaligus untuk dikongsikan kepada orang lain demi kelestarian alam sekitar. Jom rawat bumi! Alhamdulillah, rezeki aku tahun ini setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kategori Blogger. Terima kasih organizer dan pihak Alam Flora. Semoga acara seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang untuk mendidik dan memupuk semangat cakna akan Alam Sekitar dalam kalangan masyarakat

Enhancing Life, Enriching Communities
Berikut merupakan keputusan penuh Sustainability Hunt 2023 untuk 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Media, Influencer/KOL, Blogger dan Public. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang bertuah. Untuk yang tak menang tahun ni, jom cuba lagi next time. You did your best! Apa yang paling best untuk Sustainability Hunt tahun ni, bila dapat jumpa dengan member-member bloggers dan influencers termasuklah tiktok famous seperti Auntie Purple, Satthiya Kandi dan Dr Alif Zaki


Kategori: Orang Awam (Public)


Kategori: Media


Kategori: KOL/Influencer


Kategori: Blogger

By the way, kalau korang nak tengok video penuh tentang Upcycling Project, kemeriahan Sustainability Hunt 2023 by Alam Flora dan projek Go Green upcycling Tetra Pak menjadi bekas tanaman pokok herba, boleh tengok video penuh di TikTok. Semoga sedikit-sebanyak dapat memberi ilham dan idea kepada korang semua untuk mula upcycling dan kitar semula di rumah. Ingat, sekecil-kecil tindakan yang kita ambil akan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Jom rawat bumi
@penaberkala
♬ A Time of Smile @penaberkala
♬ Countless @penaberkala
♬ Makeba

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2023/06/alam-flora-sustainability-hunt-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Csos Urge Suhakam To Return Funds It Received From Eu Sinar Daily 19 06 2023

Csos Urge Suhakam To Return Funds It Received From Eu Sinar Daily 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Civil society organisations have urged for the Human Rights Commission of Malaysia to return the funds it received from the European Union Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the Universal Periodic Review Proce...
Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

Suhakam Digesa Henti Terima Dana Asing Berita Harian 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 152 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia untuk berhenti menerima dana asing bagi mengelakkan ia dikawal oleh sesetengah pihak berkepentingan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pertubuhan M...
Ngo Islam Suhakam Kini Lebih Inklusif Tak Macam Dulu Malaysia Kini 19 06 2023

Ngo Islam Suhakam Kini Lebih Inklusif Tak Macam Dulu Malaysia Kini 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 183 hits
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan Islam hari ini mempertahankan barisan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang baru Jurucakapnya Lukman Sheriff Alias daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations berkata Suhakam disera...
Penerimaan Dana Asing Eu Punca Kemelut Suhakam The Merdeka Times 19 06 2023

Penerimaan Dana Asing Eu Punca Kemelut Suhakam The Merdeka Times 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 204 hits
Kemelut yang melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing dari Kesatuan Eropah Pengerusi MACSA Lukman Sheriff berkata penerimaan dana asing itu menyebabkan berlaku konflik dalam suruhanjaya ...
Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

Ani Dan Cinta Rm10 000 Harian Metro 19 06 2023

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 233 hits
Kuala Lumpur Niat seorang wanita mahu mencari jodoh menerusi aplikasi agensi cari jodoh dalam talian bertukar pengalaman ngeri apabila ditipu lelaki warga Indonesia berjumlah kira kira RM10 000 Wanita yang mahu dikenali sebagai Ani 40 berka...
Ppim Bidas Wakil Rakyat Kelu Lidah Di Parlimen Malaysia Kini 20 06 2023

Ppim Bidas Wakil Rakyat Kelu Lidah Di Parlimen Malaysia Kini 20 06 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 276 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia tampil mempersoal sikap ahli ahli Parlimen yang didakwanya kelu lidah dan tidak menggunakan hak sepenuhnya untuk bersuara di Parlimen Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata situasi itu sebagai amat membimb...
Senarai Kutipan Filem Tempatan Bagi Separuh Tahun Pertama 2023

Senarai Kutipan Filem Tempatan Bagi Separuh Tahun Pertama 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 345 hits
Industri perfileman tempatan dilihat semakin pulih dengan penambahan jumlah filem dalam tempoh enam bulan pertama 2023 Sebanyak 22 buah filem telah dikeluarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2023 berbanding 14 buah filem pada tahun l...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches