Alahai Baby Sedap Duduk Dalam Perut Tak Nak Keluar Lagi Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini


Tarikh jangkaan bersalin (EDD) minggu lepas, tetapi baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar. Adakah cara mempercepatkan bukaan rahim? Ini 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Apa itu bukaan rahim?
Ia adalah terma digunakan merujuk kepada bukaan pintu rahim atau serviks. Proses bukaan ini melibatkan penipisan dinding serviks yang bertujuan memberikan laluan kepada bayi yang bakal lahir.
Bagi kelahiran normal iaitu melalui saluran faraj, dinding rahim perlu mengembang sehingga 10 cm. Pembukaan dinding rahim adakalanya tidak membawa maksud bahawa anda akan bersalin.
Ini kerana dalam sesetengah kes, berlaku proses bukaan rahim untuk beberapa cm, walaupun masih tinggal beberapa minggu sebelum EDD.
3 fasa dalam proses kelahiran
Secara umumnya, terdapat 3 peringkat ketika proses bersalin:
Peringkat 1
Merupakan tahap yang paling lama dan terbahagi kepada 3 peringkat:
Fasa awal – bermula proses bukaan rahim dari 1 – 3 cm
Fasa aktif – berlaku apabila bukaan rahim mencapai bukaan 3 – 7 cm
Fasa transisi – bukaan rahim akan mencapai bukaan 100% iaitu 10 cm
Peringkat 2
Bermula selepas bukaan rahim berjaya dicapai sepenuhnya sehingga bayi dilahirkan.
Peringkat 3
Pada tahap ini, plasenta berjaya dikeluarkan sepenuhnya.
Wujudkah cara mempercepatkan bukaan rahim?
Sememangnya proses bersalin adalah 1 proses yang berbeza bagi setiap individu. Ada sesetengah wanita hamil melalui proses bukaan rahim yang cepat sehingga prosedur bersalin berlaku dalam tempoh beberapa jam.
Namun, ada juga wanita mengandung yang berdepan tempoh bukaan rahim yang perlahan. Jadi adakah cara mempercepatkan bukaan rahim bagi wanita yang berdepan isu ini?
Sudah pastinya ada tip yang boleh dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses bukaan rahim.
Tetapi pastikan dahulu anda mendapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum melakukan sebarang cara mempercepatkan bukaan rahim, okay?
7 cara mempercepatkan bukaan rahim
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dicuba untuk membantu proses bukaan serviks, antaranya:
Berjalan & bergerak
Banyakkan berjalan dan bergerak, cara ini dikatakan membantu mempercepatkan proses bukaan serviks dengan lancar serta meningkatkan pergerakan aliran darah.
Sebagai pilihan, anda boleh berjalan di dalam ruang kediaman rumah atau melakukan pergerakan mudah menggunakan katil atau kerusi.
Semakin banyak anda bergerak akan menambah tekanan pada rahim akibat berat bayi. Jika anda gemar mendengar muzik, anda boleh menari sambil melakukan pergerakan mudah.

Gym ball, mencangkung atau senaman squat
Penggunaan bola angin atau gym ball juga boleh dianggap sebagai 1 petua mudah bersalin yang boleh dicuba. Anda boleh duduk di atas bola tersebut dan lakukan pergerakan ke depan dan ke belakang secara berulang.
Tindakan anda itu dikatakan dapat membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama memberikan rasa tenang kepada otot tersebut.
Jika tiada gym ball, anda boleh cuba untuk mencangkung atau melakukan senaman squat. Aktiviti ini juga dikatakan dapat memberikan tindak balas yang sama pada otot pelvik.
Tenang dan ketawa
Dalam kerisauan memikirkan proses bersalin nanti pastinya akan menyebabkan anda berada dalam keadaan tertekan. Sudah tentu ia boleh mengakibatkan bukaan rahim menjadi lebih sukar.
Jadi anda perlu belajar untuk bertenang. Lakukan sebarang aktiviti yoga, meditasi atau teknik pernafasan mendalam untuk mencapai ketenangan.
Ketawa juga boleh membantu meringankan tekanan dan ketakutan yang dihadapi. Dapat berasa tenang dan lega walaupun sekejap juga antara cara mempercepatkan bukaan rahim.
Ajaklah pasangan anda untuk bergurau-senda atau anda boleh menonton rancangan komedi yang boleh menyebabkan anda ketawa.
Mandian air panas
Cuba untuk mendapatkan mandian air panas untuk membantu anda lebih bertenang. Dalam keadaan tenang anda akan dapat mencegah ketegangan otot.
Mandi dengan air panas dapat mengurangkan tekanan dan membantu proses bukaan rahim serta kontraksi. Keadaan ini sekali gus menjadikan anda lebih bersedia melalui prosedur bersalin kelak.
Hubungan seks
Bersenggama untuk mempercepatkan bukaan serviks, betul ke? Ini kerana rangsangan seksual bersama pasangan akan membantu merembeskan hormon oxytocin yang membantu proses kontraksi pada rahim.
Selain itu, hormon prostaglandin di dalam air mani juga boleh melembutkan rahim dan mengalakkan bukaan rahim. Keadaan ini sekali gus menjadikan rahim lebih bersedia untuk bersalin.
Urutan lembut
Sekiranya anda berada dalam keadaan tekanan, mintalah pasangan untuk melakukan urutan lembut kepada anda. Ini dapat menjadikan diri anda lebih bertenang.
Situasi ini sudah tentu memberikan manfaat kepada proses bukaan rahim. Kata kunci di sini, anda perlu kekal bertenang, okay?
Memecahkan air ketuban
Jika kesemua cara mempercepatkan bukaan rahim di atas tidak berjaya, doktor mungkin akan mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran.
Biasanya prosedur memecahkan ketuban tidak dilakukan pada peringkat awal kelahiran. Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban dipecahkan, jadi pastikan anda berada dalam keadaan tenang, okay?

Harus sentiasa bertenang
Bersalin bukan 1 proses yang mudah seperti masuk bilik bersalin, terus meneran dan lahirlah si comel.
Hakikatnya ia 1 proses yang memakan masa dan memerlukan wanita hamil untuk sentiasa bertenang dan bersabar.
Jika percubaan petua mudah bersalin di atas tidak membantu, doktor mungkin akan menggunakan kaedah perubatan untuk mempercepatkan proses bukaan rahim.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/alahai-baby-sedap-duduk-dalam-perut-tak-nak-keluar-lagi-cubalah-7-petua-cepat-bersalin-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Lekat Duduk Dalam Carseat Sampai Destinasi Cara Pensyarah Ni Kongsi Boleh Jadi Panduan

Nak Anak Lekat Duduk Dalam Carseat Sampai Destinasi Cara Pensyarah Ni Kongsi Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 374 hits
Bermula awal tahun ini kerajaan mewajibkan kanak kanak berumur 12 tahun ke bawah menggunakan kerusi keselamatan di dalam kereta Tapi mungkin masih ada anak anak yang tidak selesa untuk terus diam dengan tali pinggang keselamatan dipasang ke...
Duduk Bincang Kalau Nak Kekalkan K Jaan Perak Kata Razman

Duduk Bincang Kalau Nak Kekalkan K Jaan Perak Kata Razman

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 221 hits
Muafakat Nasional perlu berbincang dan berlapang dada dalam isu agihan kerusi sekiranya mahu terus mentadbir kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum akan datang Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata ini bermakna tiada lagi istil...
Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 613 hits
Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul betul power Dimasak panas panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la restoran pen mut...
Sagu Gula Melaka Sedap Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Berketul

Sagu Gula Melaka Sedap Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Berketul

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 334 hits
Sagu Gula Melaka ni jika makan sejuk sejuk memang sangat sedap Manisan ini memang popular dan sesuai disajian di pelbagai majlis Nak buatnya pun tidak sukar Bahan bahan sangat ringkas dan mudah didapati Namun yang menjadi masalah adalah unt...
Ni Nak Kena Rotan Orang Cakap Jangan Keluar Ke Istana

Ni Nak Kena Rotan Orang Cakap Jangan Keluar Ke Istana

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 510 hits
Ni nak kena rotan orang cakap jangan keluar ke Istana Waktu covid kena stay at home Dia pura pura menyampu di laman Istana MR Jangan gelak Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke ...
Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari

Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 445 hits
Hujung minggu sememangnya hari yang ditunggu oleh anak anak Mana tidaknya di waktu cuti beginilah hidangan penuh di atas meja disediakan oleh ibu di dapur Jadi apa menu istimewa anda untuk anak anak dan suami hari ini Kering idea untuk mema...
Makan Semua Nak Sedap Bila Belajar Tak Pandai Tergamam Dengar Mak Marah Anak

Makan Semua Nak Sedap Bila Belajar Tak Pandai Tergamam Dengar Mak Marah Anak

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 437 hits
Pemakanan anak anak sebenarnya bergantung pada ibu bapa itu sendiri Dari anak kecil sepatutnya ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak anak Pemilihan makanan akan membentuk corak pemakanan anak sehinggalah mereka dewasa Banyak kesan pemakanan...
Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang Ramai Dah Cuba Kata Berkesan Mingguan Wanita

Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang Ramai Dah Cuba Kata Berkesan Mingguan Wanita

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 256 hits
Kenapa penting tahu petua buang lumpur dari perut kerang ini Sebab sesetengah kerang segar yang dibeli di pasar ada simpan lumpur dalam perut dia
Dr Halina Menangis Baby Dalam Perut Tak Bergerak Lepas Adam Noah Terjatuh Atas Perut

Dr Halina Menangis Baby Dalam Perut Tak Bergerak Lepas Adam Noah Terjatuh Atas Perut

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 293 hits
Tiada yang lebih membuatkan ibu hamil risau selain merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan janin dalam kandungan Melalui perkongsian terbaru Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Instagram miliknya beliau berkongsi saat cemas apabila bayi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat