Alah Engkau Bukan Sebab Tak Dipilih Sebab Kau Jadi Bahan Jenaka Saja Dalam Politik


 


Dana politik: Saya jadi mangsa, tak dipilih jadi menteri oleh Muhyiddin, Ismail, kata Ahmad Maslan



Nora Mahpar -September 11, 2021 Ahmad Maslan yang menyokong penuh penggubalan akta pembiayaan dana politik berkata, sejak 2009 kerajaan Barisan Nasional sudah mula menggerakkan usaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik namun usaha itu terhenti seketika dan disambung semula pada 2016.PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata beliau adalah mangsa ketiadaan akta dana politik sehingga menyebabkan tidak disenarai dalam Kabinet Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
Bercakap dalam forum anjuran Sinar Harian malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata akibat kegagalan memperkenalkan akta berkenaan, beliau dituduh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima sejumlah wang dana politik dan tidak membayar cukai.
“Saya dituduh menerima sejumlah wang tetapi kononnya saya tidak membayar cukai.
“Sebab itu saya tidak termasuk dalam senarai (jemaah kabinet) Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob, kerana ada masalah sebab itu,” katanya.
Beliau merujuk kepada dua tuduhan pengubahan wang haram kerana gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM.
“Kenapa saya jadi mangsa? Kerana kita tak ada akta dana politik. Kalau ada akta dana politik, contohnya yang menyatakan kita tidak boleh terima sebarang dana dari luar negara, maka ia jelas dan nyata bahawa dana itu tidak boleh diterima,” katanya.
Beliau yang juga bekas timbalan menteri kewangan era pentadbiran Najib berkata, sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram 1MDB sudah dipulangkan selepas diterima dan ia sudah pun diperjelaskan dalam mahkamah oleh bekas Perdana Menteri ke-6.
“Dana politik diterima daripada Kementerian Arab Saudi dan ia diperakui Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu termasuk pegawai tinggi SPRM dan AmBank yang menerima wang berkenaan. Ini semua dana politik dan diberikan kepada 80 individu termasuk saya,” katanya.
Ahmad yang menyokong penuh penggubalan akta pembiayaan dana politik berkata, sejak 2009 kerajaan Barisan Nasional sudah mula menggerakkan usaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik namun usaha itu terhenti seketika dan disambung semula pada 2016.
Penglibatan dengan pihak berkepentingan akhirnya membentuk jawatankuasa perundingan kebangsaan bagi pembiayaan dana politik yang pada 2016 dilaporkan membuat 32 saranan termasuk mengemukakan Rang Undang-Undang Dana dan Perbelanjaan Politik (PDEA).
“Aktanya sudah ada iaitu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik tetapi ia tidak dibentang juga. Urusetianya adalah Institut Integriti Malaysia,” katanya yang mendakwa penolakan terhadap RUU berkenaan datang daripada pembangkang yang khuatir sekiranya syarikat yang disenaraikan, menjadi sasaran kerajaan kerana memberi sumbangan kepada mereka.
Beliau yang dicalonkan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat mencadangkan agar satu jawatankuasa Parlimen khas dibentuk dalam usaha menghidupkan kembali RUU mengenai pendanaan politik.
Jadi saya menyokong penuh (penggubalan akta ini) tetapi ia juga perlu diteliti misalnya bagaimana kalau dana itu daripada dana awam, dana swasta atau bagaimana kalau dana itu dalam bentuk barang,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/alahengkau-bukan-sebab-tak-dipilihsebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Sangat Buat Tenggiri Jeruk Guna 3 Bahan Saja

Mudah Sangat Buat Tenggiri Jeruk Guna 3 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 273 hits
Siapa di sini suka makan nasi dengan lauk simple Lebih lebih lagi lauk ikan tenggiri jeruk yang digoreng Sebenarnya anda boleh hasilkan ikan tenggiri jeruk ni secara homemade Biasanya beli je kan Menerusi perkongsian Suraya Soib anda bolehl...
Parlimen Jadi Bahan Jenaka Jika Timbalan Speaker Dari Kluster Mahkamah

Parlimen Jadi Bahan Jenaka Jika Timbalan Speaker Dari Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 201 hits
Abdul Aziz BariIPOH Cadangan melantik Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan meninggalkan kesan kepada kemuliaan dan ketinggian Parlimen sebagai badan perundangan negara Ketua Pembangkang De...
Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 186 hits
September 12 2021 NAIB Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pendirian jelas dan tetap dalam pegangan politik Sebaliknya beliau berkata Muhyiddin selesa menukar nukar pegangan se...
Resipi Bebola Donut 3 Bahan Sekejap Saja Habis Makan

Resipi Bebola Donut 3 Bahan Sekejap Saja Habis Makan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 234 hits
Makanan kudap kudapan untuk anak anak memang boleh kadang kadang boleh memeningkan kepala Namun tak perlu risau Mak mak boleh cuba resipi bebola donut 3 bahan yang serba mudah dan sedap daripada Noratiqah Nordin Lembut sedap dan cepat Tak p...
Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan Saja

Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 206 hits
Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak anak berkelah depan rumah Ayam goreng ni kegemaran anak anak nak cepat memang pakai bestari jela Menerusi perkongsian resipi daripada Suhasnida Ismail ayam goreng ini memang rangup seperti m...
Bukan Main Cantik Apam Susu Unicorn 7 Bahan Ni Hanya Blend Dan Kukus Saja

Bukan Main Cantik Apam Susu Unicorn 7 Bahan Ni Hanya Blend Dan Kukus Saja

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 216 hits
Bukan hanya teksturnya yang lembut dan sedap bahkan gabungan warnanya juga sudah cukup menarik perhatian kita Tidak hanya gabungan warna lembut bahkan apam susu tujuh bahan ini cukup senang hendak disediakan Hanya satukan sahaja adunan dan ...
So Politik Tamat

So Politik Tamat

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 112 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan memaklumkan gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu kenyataan PH berkata memorandum persefahaman ini adalah s...
Buat Dulu Baru Sembang Kabinet Setuju Laksana 7 Pembaharuan Untuk Kestabilan Politik

Buat Dulu Baru Sembang Kabinet Setuju Laksana 7 Pembaharuan Untuk Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 168 hits
Diterbitkan 10 Sep 2021 8 26 pmDikemaskini 9 31 pMesyuarat Kabinet hari ini setuju untuk melaksanakan sejumlah pembaharuan parlimen dan pentadbiran menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ia termasuk kebanyakan pembaharuan yang dijanjik...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Presiden Pbsnt Kongsi Perkembangan Terkini Akhyar Rashid

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Jaringan Tunggal Hidalgo Bantu Sri Pahang Fc Kutip Tiga Mata Tewaskan Kelantan Darul Naim Fc

Ziarah Kubur Arwah Mak Pah