Aladdin 2019
Balik je dari kampung Ahad lepas cuti raya tu.
Terus suami ajak anak anaknya tengok wayang,Cerita Aladdin la yang nampak boleh ajak anak anak..
Tengok kat MBO, UMall je...dekat sikit.
Tapi kat MBO UMall ni seat dia tak berapa best..
Sound system dia pun kureng sikit..
Tapi takpe la..
Layan anak anak yang dah berpuasa sebulan..
Ehh...tahun ni puasa tak cukup sebulan.
Sebab abang dengan adik mok demam..
Abang cuti 6 hari..
Adik mok cuti 8 hari..
Mok lebih sikit sebab dah la demam..kena sengat lipan pulak..
Lagipun upah tolong ayah baja pokok sawit..
Dapatla tengok wayang..
Poster filem AladdinSelalu kalau tengok wayang,Ada sesi bergambar dekat poster filem..
Kali ni terlewat sampai...so.
Kelam kabut sikit.
Lupa nak ambik gambar.
Ni detik pertemuan Aladin dengan Princess Jasmine
Tapi masa ni Aladin tak tau awek yg dia tolong di pasar ni puteri istana Agrabah tu
Puteri Jasmin berbohong.
Dia kata nama dia Dahlia.
Pembantu puteri di istana
Ni pulak Rajah..
Haiwan peliharaan Princess Jasmine
Orang lawa lawa ni suka bela pet yang rare ye..
Beruang la, ungka la, siamang la...hahaha
Dalam setiap cerita..
Kalau takde Saleh Kamilnya mana best cerita...ye dak.
Jaffar ni orang kanan Sultan..
Dia cuba nak jadi Sultan dan nak jadi berkuasa..
Dia la yang suruh Aladdin ambil lampu yang dalamnya ada jin tu kat dalam gua
Masa dalam gua,Nyaris nyaris la tak dapat keluar dengan selamat
Sebab si Abu menyentuh harta lain selain dari lampu ajaib tu
Oleh kerana Aladdin ni anak gelandangan...yatim piatu.
Dia takde kawan..
Jadi kawan dia si Abu tu lahh..
Gigih Mama Yan menggoogle pelakon yang pegang watak Aladdin ni..
ooo....keturunan Arab Mesir si Mena Massoud ni..
Tapi sejak kecil dah berhijrah ke Kanada dan pegang wargenegara Kanada..
Comel si Abu ni...
Tapi comel mana pun kaum kerabat monyet ni...
Tolong la jangan jadikan dia sebagai pet.
Haiwan liar ada nature hidup dia yang tersendiri...
Kenapa nak ambil baby dia dan bela dalam rumah macam manusia?
Pakaikan baju kat monyet... susukan... pakaikan pampers...
Cannot brain...
watak yang paling best mestilah watak Jin dalam lampu ajaib tu..
Watak jin dipegang oleh pelakon yang pernah menang Grammy Awards sebanyak 4 kali.
Will Smith..
Dalam filem ni nampak macam...
uii..gemuknya..
mungkin dia saja gemukkan diri untuk bagi suit dengan watak jin kan.
takkan la jin kurus kerempeng pulak..
Dalam movie ni..
Jin lampu ajaib ni boleh tunaikan 3 permintaan tuannya sahaja..
Permintaan pertama..
bawa keluar dari gua.
tapi kali pertama ni, permintaan tak dibuat secara rasmi iaitu dengan menggosokkan lampu terlebih dahulu.
so, Aladdin dah jimat satu wish
Permintaan pertama secara rasmi,Aladdin minta dia dijadikan putera raja.
So, Aladdin pun jadi Prince Ali of Ababwa..
Tapi Princess Jasmine tahu je itu adalah Aladdin..
Masa bawa Jasmine jalan jalan dengan karpet terbang..
Dia kata kat Jasmine,Dia berpura pura je jadi rakyat biasa nama Aladdin.
kiranya dia tipu Jasmine la.
Permintaan Kedua,yang ni...jin tolong Aladdin lemas masa orang jahat humban Aladdin dalam laut
so, Jin terpaksa gunakan permintaan kedua Aladdin untuk selamatkannya.
Permintaan ketiga ni.
haa...yang ni yang best..
Dia gunakan permintaan ketiga ni bukan untuk diri dia.
Tapi untuk orang lain..
Citer Aladdin ni macam filem musical la gitu.
kejap kejap nyanyi..
Cakap cakap nyanyi.
Anak yang belum pandai membaca.
asyik tanya.
dia cakap apa tu..dia cakap apa tu..
alahai anak.
kesian..
bahasa inggeris tak faham..
bahasa melayu belum pandai baca,..
Mesti boring je orang yang duduk dekat dekat dengan seat kitorang.
anak anak bising aje tanya itu ini..
lepas ni...no more movie time ye anak anak.
Tunggu habis exam akhir tahun,Baru mama ayah fikirkan.
Tapi tu la..
dengar citer Boboiboy the Movie 2 dan Ejen Ali The Movie dah nak keluar tak lama lagi..
letih juga tu kalau tak bawak..
Ahh..tak kira.
Mama Yan akan cuba bertegas kali ni.
Habis pereksa baru tengok wayang.
Semoga Mama Yan berjaya melawan pujukan anak anak...hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/06/aladdin-2019.html