Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah


Salam Aidil Fitri! Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan pada sahabat dan pembaca blog ni.  Sekian hari entri ni dalam draft, dan hari ni berpeluang untuk publish sebab entah kenapa rasa sarat dan terlalu banyak yang nak dicerita sampai tak terluah.

Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2019 ni pertama tanpa Abah!  Kenangan pagi Aidil Fitri 2018 yang mana abah kehilangan  kederat dan detik abah tidak mampu makan dengan sendiri dan dipasangkan tiub di hidung masih di ingatan dan bila hati merelakan Abah pergi tak terasa bebanan di dada. Rindu? Sangat rindu dengan gurauan dan nak berborak dengan abah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, ditempatkan di Jannah dan semoga boleh bertemu abah nanti

Kenangan yang tak sempat dinukilkan disini tahun lepas walau hati nak sangat mencatatkan untuk kenangan dan bacaan anak cucu kemudian hari.


Hari Jumaat, 15 Jun 2018 akhir Ramadhan 1439H
Hari Khamis, usai selesai tugasan merendang ayam, menggulai daging dan dan mengetupat palas rutin mingguan giliran menginap di rumah mak pada setiap malam Rabu dan malam Jumaat tak boleh diabaikan walau malam Jumaat tu hari umat Islam menyambut 1 Syawal 1439H!   Sejak sebelum Ramadan, Abah tak berapa sihat dan kurang makan, tak lalu makan walau kuih kegemaran disua dan bila makan je dia batuk.  Abah masih boleh berjalan, tapi kena diperhati sebab dia kerap jatuh. Seperti biasa lepas berborak dengan mak sampai jam 11 malam, kena tidur sebab esoknya nak balik awal untuk siap apa yang perlu sebelum en suami ke masjid untuk solat Aidil Fitri.  Abah? dah jarang duduk berborak sebab nampak tak sihat dan hanya berbaring malah Abah guna lampin pakai buang lebih kurang 2 bulan sebab dia kerap jatuh. Bila tiba waktu subuh, saya bergegas balik ke rumah dan berjanji dengan mak yang saya akan datang pagi esok selepas menyediakan juadah untuk suami dan anak untuk memandikan Abah

Lebih kurang jam 8.30 pagi, selesai tugasan di rumah, terus cergas ke rumah mak dan pimpin Abah ke bilik air. Selesai Abah mandi, pimpin Abah balik ke bilik yang berjarak dalam kurang 20 langkah jer, tetiba abah tak boleh balancekan diri dan melorot jatuh,..ahhh walau abah dah kurus tapi bila dia tiada kederat kita memang tak boleh nak buat apa...abah melorot sampai melutut..mujur Abang Teh sampai dan bantu memapah abah ke bilik. Abah memang lemah, terlalu lemah

Selesai tukarkan diapers and pakaikan baju, saya bagi abah makan tapi abah tak berselera.  Mujur Kak Lang pun dah ada dan Kak Lang yang membantu untuk menyediakan juadah raya dan saya pulak balik ke rumah untuk bersiap untuk mandi dan pakai baju raya dan pastinya akan datang balik untuk beraya dengan mak dan abah bersama dengan anak-anak

Rancangan bertukar! En suami balik ke rumah dari Masjid dan bagi cadangan kami beraya di Rembau dengan keluarga abangnya memandangkan dia dah lama tak jumpa abang dia kan yang menetap di Skudai. Ok, no problem, bukan nak tidur pun lagipun adik-beradik saya akan tiba di rumah mak lewat petang dan kami selalunya lepak sampai malam.  So its fair kan

Memang tak sangka jalanraya punya la sesak dan perjalanan ke Rembau yang memakan masa 45 min jadi 3 jam..hehe memang stress tapi dek sebab peluang untuk photoshot raya dengan suasana kampung, bertabah la kan. 
Balik dari Rembau hari pun dah agak lewat petang, terus singgah ke rumah abah dan abah semakin lemah dan tak ada selera untuk makan. Bila makan jer dia batuk dan kami adik beradik bersepakat nak hantar abah ke Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) dan mujur Kak Uda bekerja dengan JPAM, jadi dapatlah Ambulance dengan agak cepat la jugak tapi dekat hampir waktu Maghrib

Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama AbahHATTM bukan asing sebab memang acap kali Abah masuk tu tak termasuk sebagai pesakit luar memandangkan Abah pesara tentera. Mulanya ingat Abah akan diberikan drip dan akan kembali pulih tapi selepas diperiksa dan sesi temuduga oleh doktor bertugas, Abah akhirnya dimasukkan ke dalam wad kerana jangkitan kuman di paru-paru! Patutlah Abah batuk bila makan walau sikit sebab makanan tak masuk ke perut tapi ke paru-paru. 
Dokor Pakar memberitahu, supaya kami bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan mereka akan buat yang terbaik untuk Abah dan bermula la episod Abah minum dan makan melalui tiub yang dipasang. Abah dah terlalu berusia dan kalau dia gagal bernafas dengan sendiri, tiada mesin hayat dan Doktor tak akan gunakan alat untuk kejutkan jantung dia. Kami pasrah, kami menyerah dan berita diwar-warkan pada semua adik beradik yang kemudian datang menjengah walau dah tengah malam kerana Doktor sedang berusaha apa yang boleh

Masih panjang perjalanan Abah masuk, keluar dan masuk balik ke HATTM dan InsyaAllah akan disambung nanti. Mak pulak, pastinya tak rasa tenang dan saya pulak mengambil tugasan dan melaporkan dari hospital memandangkan rumah pulak memang terlalu dekat dengan hospital.  Anak-anak dan anak buah? haishh dah jadi macam hotel pulak hospital tu sebab kami boleh masuk sesuka hati

- to be continued -



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.umifuzy.com/2019/06/aidil-fitri-2019-pertama-kali-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Menu Rare Aidil Fitri 2019 Di Teluk Intan

3 Menu Rare Aidil Fitri 2019 Di Teluk Intan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 516 hits
Alhamdulillah sekali lagi dengan izinnya kita berkesempatan meraikan keindahan fajar Syawal setelah selesai menunaikan rukun Islam ke 3 iaitu ibadah puasa sepanjang Ramadan Tahun ni seperti sebelumnya selepas ketiadaan kedua mertua kami sek...
Pokok Mangga Chokanan Baru Pertama Kali Berbuah

Pokok Mangga Chokanan Baru Pertama Kali Berbuah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 948 hits
Pokok mangga chokanan baru pertama kali berbuah Happy wei Mana taknya kalau korang nak tahu suami saya mula tanam pokok mangga ni setahun yang lalu Ke tak sampai setahun Entahlah tapi memang rasa baru je tanam tapi dah mula berbunga Bila ma...
Minal Aidin Wal Faizin Artinya Dan 20 Ucapan Hari Raya Idul Fitri 2019

Minal Aidin Wal Faizin Artinya Dan 20 Ucapan Hari Raya Idul Fitri 2019

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1296 hits
Minal aidin wal faizin adalah ucapan idul fitri yang sangat populer di Indonesia Bagaimana tulisan yang benar dalam bahasa Arab dan apa artinya Berikut ini pembahasannya disertai 20 contoh ucapan hari raya idul fitri 2019 Tulisan Arab Minal...
Jalan Alternatif Mengurangkan Kesesakan Jalanraya Sempena Eidul Fitri 2019

Jalan Alternatif Mengurangkan Kesesakan Jalanraya Sempena Eidul Fitri 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 362 hits
Assalamualaikum Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Pelan Pengurusan Lalu Lintas daerah Kuala Pilah sempena Eidul Fitri 2019 yang akan berkuatkuasa selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 Jun 2019 Pel...
Khutbah Idul Fitri Bahasa Jawa 2019

Khutbah Idul Fitri Bahasa Jawa 2019

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 927 hits
KHUTBAH IDUL FITRI 2019ROMADHON SAMPUN NILARAKEN KITOHari ini kalimat takbir dari mulut umat Islam bergema di mana mana Hal ini dilakukan sebagai ungkapan syukur yang bercampur gembira lantaran mereka telah ber idul fitri atau kembali kepad...
Pengalaman Kali Pertama Guna Perkhidmatan Grab

Pengalaman Kali Pertama Guna Perkhidmatan Grab

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum W B T dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kesayangan A L Sebenarnya A L rasa teruja sangat bila pertama kali naik Grab Yelah sebelum ini rasa takut nak naik Grab Banyak betul benda buruk melintas di kepala ini Tapi te...
Sandakan Bukan Kali Pertama Haziq

Sandakan Bukan Kali Pertama Haziq

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 450 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 57 tengahari Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali Hari ini dia sek...
Waduk Muara Pertama Di Indonesia Ditargetkan Beroperasi Desember 2019

Waduk Muara Pertama Di Indonesia Ditargetkan Beroperasi Desember 2019

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 205 hits
Waduk seluas 35 hektare tersebut selain digunakan untuk menampung sumber air baku untuk kebutuhan air di Denpasar dan sekitarnya juga akan menjadi obyek wisata dan akan dibangun restoran dan cafe untuk kenyamanan para pengunjung dan targetn...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities