Al Malhamah Kubra


 Daripada Auf bin Malik, daripada Muaz bin Jabal bahawa Rasulullah telah bersabda: “Hitunglah ada enam perkara yang akan menjelang (di gerbang pintu) hari kiamat,iaitu: kematianku, kemudian penaklukan baitul maqdis, kemudian kematian mengejut seperti penyakit Qu’as kambing (penyakit yang pernah menyerang kambing dan mematikannya dengan cepat). Kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka dia tetap tidak puas, kemudian munculnya fitnah (godaan, kekacauan dan kemaksiatan) yang memasuki setiap rumah orang Arab. Kemudian adanya genjatan senjata (perdamaian) antara kamu dan Bani Asfar (Eropah dan Amerika), kemudian mereka mengkhianatimu di mana mereka akan menyerangmu di bawah 80 bendera dan di bawah tiap-tiap bendera itu terdapat 12,000 orang(tentera) ” -(HR Bukhari dari Auf bin Malik, diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani dari Muaz bin Jabal)
Merujuk kepada hadis diatas, apa yang ingin penulis tekankan dalam penulisan ini ialah berkaitan peristiwa genjatan senjata dan pengkhianatan Barat terhadap umat Islam . Manakala bani Asfar yang disebut dalam hadis di atas adalah merujuk kepada Eropah dan Amerika
Dalam hadis lain ada juga disebutkan bahawa Rasulullah bersabda:“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman. Lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapatkan harta rampasan perang. Kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom, lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: ‘Salib telah menang.’ Maka datanglah kepadanya seorang lelaki dari kaum Muslimin, lalu dia membunuh lelaki Rom tersebut. Lalu kaum Rom berkhianat dan terjadilah peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu umat Islam di bawah 80 bendera, dan di bawah tiap-tiap bendera itu terdapat 12,000 tentera.” -(HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Dzu Makhmar)Berapa ramaikah tentera yang akan terlibat dalam peperangan yang disebut dalam hadis di atas? 80 bendera x 12000 tentera= 960000 . Hampir sejuta tentera yang terlibat dalam perang tersebut. Apakah peperangan yang dimaksudkan? Mengapakah ianya melibatkan jumlah tentera yang sangat ramai? Mari kita telusuri dengan lebih mendalam
Inilah perang yang dimaksudkan nabi sebagai Al-Malhamah Al-Kubra yang bermaksud ‘perang besar yang mengakibatkan banyak kematian’ . Tidak disebut dengan jelas bila tarikh akan berlakunya perang besar ini. Tetapi kita sebagai seorang muslim haruslah bersedia dengan hadis yang disebutkan nabi ini. Hal ini kerana, Al-Malhamah Al-Kubra yang berkemungkinan juga merupakan perang dunia ketiga sudah pasti akan turut melibatkan agama Islam. Seperti yang telah kita lihat di kebanyakan media massa dan elektronik yang memaparkan tragedi-tragedi pembunuhan dan kekejaman yang berlaku pada dunia hari ini, semuanya melibatkan umat Islam. Tidak perlulah untuk penulis menghuraikan satu per satu kerana sudah pasti masyarakat sudah maklum tentang perkara tersebut. Oleh itu, amatlah tidak hairan dan mengejutkan jika peperangan terbesar yang akan berlaku kelak turut akan menjadikan umat Islam sebagai sasaran utama. Dalam kalangan pemimpin-pemimpin barat, mereka mengistilahkan peperangan ini sebagai perang Armageddon. Namun begitu, istilah ini tidak pernah disebut dalam mana-mana hadis mahupun ayat Al Quran. Istilah daripada rujukan Kristian ini sudah tentu berbeza dari segi perincian dan pemahamannya di sisi mereka, walaupun ianya sama yakni merujuk kepada sebuah perang besar di akhir zaman. Perkataan Armageddon berasal daripada perkataan Ibrani iaitu har yang bermaksud gunung atau bukit dan mageddo iaitu nama sebuah lembah di Palestin , iaitu tempat di mana akan berlakunya perang tersebut. Ini berbeza dengan Al-Malhamah Al-Kubra yang akan berlaku di A’maq dan Dabiq yang berada di Syria. Terdapat banyak pandangan tentang perang Armageddon. Antaranya ialah;pendapat yang menyamakan Al-Mahamah Al-Kubra ini dengan perang Armageddon. Ada juga yang menyatakan bahawa perang Armageddon ini bermula apabila pihak Rom melakukan pengkhianatan
Pendapat lain pula menyatakan bahawa perang Armageddon ini merupakan perang yang berlaku antara Imam Mahdi dan Al-Masih Ad-Dajjal. Namun disini, penulis tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini, sebaliknya apa yang ingin ditekankan oleh penulis ialah berkenaan Al-Malhamah Al-Kubra. BUKTI KEDATANGAN PERANG BESAR DALAM KALANGAN PEMIMPIN BARAT Dalam kitab “Wahyu”(Revealition) fasal 16 ayat 16 dikatakan : “Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di tempat bernama Armagadon” Bekas Presiden Amerika, yakni Ronald Reagen pernah berkata: “Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon.”(Ramalan dan Politik halaman 66)
Jimmi Sujjest berkata: “Aku ingin agar aku dapat menyatakan bahawa kita akan dapat mencapai perdamaian. Akan tetapi, aku percaya bahawa perang Armageddon akan berlaku. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan berkecamuk di Lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa pun. Sebab, bagaimanapun juga hari hitam itu akan datang.” DALIL SEBAGAI BUKTI AL-MALHAMAH AL-KUBRATerdapat beberapa hadis Nabi Muhammad saw yang menceritakan tentang Al-Malhamah Al-Kubra ini. Antaranya ialah; Dari Yusair bin Jabir berkata: “Pernah angin merah bertiup begitu kencang di Kufah, lalu seorang lelaki yang tidak memiliki kebiasaan lain selain berkata: ‘Wahai Abdullah bin Mas’ud! Kiamat telah tiba!’ Yusair bercerita: “Ibnu Mas’ud terus segera duduk sedang sebelumnya beliau hanya bersandar, lalu berkata ‘Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga harta warisan tidak lagi dibahagi-bahagi dan harta rampasan tidak lagi menggembirakan.’ Setelah itu, beliau berisyarat dengan tangannya seperti demikian, iaitu menunjukkannya ke arah Syam lalu berkata: ‘Ada satu musuh yang akan berkumpul untuk menghadapi kaum muslimin dan kaum muslimin juga berkumpul untuk menghadapi mereka.’ Aku bertanya: “Rom yang tuan maksudkan?” Beliau menjawab: ‘Ya, dan akan terjadi saat peperangan itu serang balas yang amat sengit sekali. Maka, kaum Muslimin pun menyusun sekelompok pasukan berani mati yang tidak boleh kembali kecuali dalam keadaan menang. Mereka pun berperang sehinggalah tiba waktu malam menghalang mereka, lalu masing-masing pun kembali berlindung dan kedua-dua pihak tiada yang menang, sedang sekelompok pasukan tadi pula habis tewas
Kemudian, kaum Muslimin menyusun lagi sekelompok pasukan berani mati yang tidak boleh kembali kecuali dalam keadaan menang. Mereka pun berperang lagi sehinggalah waktu malam menghalang mereka, lalu masing-masing pun kembali lagi berlindung dan dua pihak masih lagi tiada yang menang. Sedang sekelompok pasukan tadi pula habis tewas. Kemudian, kaum Muslimin menyusun lagi sekelompok pasukan berani mati yang tidak boleh kecuali dalam keadaan menang. Mereka pun berperang lagi sehingga tiba waktu malam, lalu masing-masing pun kembali lagi berlindung dan kedua-dua pihak juga masih tiada yang menang, sedang sekelompok pasukan tadi pula habis tewas. Maka apabila tiba hari keempat, baki kaum Muslimin yang masih ada telah bangkit menentang mereka, lalu Allah pun menjadikan kekalahan buat mereka. Mereka telah membunuh musuh dengan jumlah kematian yang tidak akan lagi dapat dilihat seumpamanya-ataupun perawi berkata: “… yang belum pernah lagi dilihat seumpamanya-hinggakan jika ada burung yang terbang melintasi penjuru-penjuru mayat mereka sahaja tidak akan melepasi mereka melainkan ia pasti akan jatuh tersungkur mati.” Maka, ada kabilah yang menghitung ahli mereka (yang berperang) yang mulanya berjumlah 100 orang, namun mereka tidak menemui orang yang masih hidup daripada mereka kecuali hanya satu orang sahaja. Justeru, dengan harta rampasan yang mana yang akan membuat rasa gembira atau harta pusaka yang mana yang akan dapat dibahagi-bahagi? Sementara mereka di saat seperti itu, tiba-tiba mereka mendengar pula satu ancaman yang lebih besar dari itu. Lalu datang kepada mereka orang yang menyeru bahawa dajjal telah pun muncul di kalangan keluarga mereka. Lantas mereka pun segera membuang apa yang ada di tangan mereka dan terus pulang. Setelah itu, mereka mengutus sepuluh orang pahlawan berkuda ke baris hadapan.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka dan warna kuda-kuda mereka. Mereka adalah pahlawan yang terbaik di atas muka bumi pada masa itu-.” -(HR Muslim, Ahmad dll)Hadis ini merupakan antara perkara yang diceritakan oleh Rasulullah saw kepada Abdullah bin Mas’ud. Hadis ini diyakini sahih kerana Abdullah bin Mas'ud merupakan antara sahabat yang hampir dengan Rasulullah. Beliau sempat hidup sehingga zaman tabiin. Malah, beliau juga digelar sebagai penyimpan rahsia Rasulullah kerana banyak rahsia yang diberitahu Baginda kepada beliau. Dalam hadis lain juga ada menyebut:Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A’maq dan Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa rom berkata: ‘Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami.’ kaum Muslimin menjawab: ‘Tidak, demi Allah kami tidak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.’ Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang melarikan diri dari pertempuran di mana Allah tak akan mengampuni dosa mereka selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada’di sisi Allah, dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan
Mereka tak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lalu mereka akan menakluk Konstantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: ‘Sesungguhnya al-Masih (dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian’. Maka mereka pun segera keluar, sedangkan ia hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu Baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya.” (HR Muslim)Hadis di atas ada menceritakan tentang sepertiga kaum Muslimin yang masih ada selepas perang. Harta rampasan perang ketika itu amatlah banyak namun tentera Muslimin yang tinggal hanyalah sedikit. Juga dihuraikan oleh para ulama' bahawa ketika itu umat Islam sudah tidak merasa gembira dengan harta rampasan yang mereka perolehi. Hal ini kerana, kebanyakan keluarga mereka sudah pun tiada dan mereka sudah tidak merasakan kenikmatan dunia tetapi hanya menantikan kehidupan di akhirat. Selain itu, berkenaan ‘tawanan’ yang dimaksudkan oleh bangsa Rom dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada orang Eropah dan Amerika yang memeluk agama Islam. Tentera Muslimin yang berperang pada ketika itu bukanlah terdiri daripada orang Arab sahaja malah orang Islam dari negara lain turut serta dalam perang itu. Disebabkan itu, tentera Rom yang tidak berpuas hati kerana ramainya bangsa Rom yang memeluk agama Islam menuntut mereka untuk dikembalikan. POKOK GHARQAD POKOK YAHUDI Terdapat juga hadis yang menceritakan episod terakhir dalam perang ini
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka. Sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, kemudian batu dan kayu itu berkata, ‘Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, ke marilah dan bunuhlah dia!’kecuali pohon Gharqad (yang tidak berbuat demikian) kerana ia termasuk pohon Yahudi.” - (HR Imam Bukhari) Kini, pokok Gharqad telah banyak ditanam oleh orang-orang Yahudi sebagai persediaan mereka bagi menghadapi hari yang disebutkan dalam hadis di atas. Malah, pokok ini selalu ditanam di majlis atau upacara perasmian mereka. Mereka menggelar pokok ini sebagai 'Trees For The Holy Land'
AL-MALHAMAH AL-KUBRA SEBAGAI PERANG DUNIA KETIGAAl-Malhamah Al-Kubra atau perang Armageddon juga dianggap sebagai perang dunia ketiga. Hal ini merujuk kepada hasil kajian yang telah dilakukan dan dapat kita simpulkan keterangan untuk perang ini seperti dibawah; Peristiwa besar dan perang penghancuran Pertemuan strategi dari perang raksasa yang sudah dekat waktunya Perang persekutuan antarabangsa (perang dunia) yang akan datang, yakni yang sedang ditunggu oleh seluruh penduduk bumi pada hari ini
Perang politik dan agama
Awal dari kemusnahan
Perang yang dimulai dengan perdamaian palsu tetapi kenyataanya adalah sebaliknya
Perang ini boleh dikatakan perang habis-habisan dan terakhir menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai aspek peralatan senjata moden yang canggih. Seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Imran Hosein bahawa perang ini adalah perang nuklear dan merupakan perang dunia ketiga. Menurut kajian Syeikh Hamza Yusuf pula, keadaan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti zaman pertengahan di mana kesemua teknologi yang kita miliki sekarang akan musnah dan berlaku perubahan yang amat ketara dalam kehidupan manusia, siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda beserta pedang, panah, lembing dan alatan senjata lama. Kesimpulan Tempoh Al-Malhamah Al-Kubra tidak dijelaskan dan tidak diketahui berapa lamanya. Pandangan tentang perang ini juga sangat banyak dibahaskan oleh pelbagai pihak. Justeru itu, kajian tentang perang ini tidaklah berhenti setakat ini sahaja. Malah, masih banyak yang perlu dikaji. Jadi, penulis berharap agar sama-sama kita dapat mengambil iktibar daripada penulisan ini meskipun hal-hal yang disebut di atas masih belum berlaku. Kita juga perlulah menyediakan bekalan yang cukup untuk mengharungi peristiwa tersebut sekiranya dipanjangkan umur bahkan perlulah kita impikan untuk tergolong dalam tentera Imam Mahdi yang dijanjikan syurga. Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak masyarakat untuk sama-sama menghafal 10 ayat terawal surah al-Kahfi sebagai persediaan kita menghadapi fitnah terbesar itu nanti. Seandainya kita tidak mampu ikut serta mereka berperang menentang tentera Dajjal, sekurang-kurangnya, jadikanlah ini sebagai bekalan kita. Wallahua’lam


kredit : Nurul Amirah binti Mukhizad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ryzall-harikiamat.blogspot.com/2023/10/al-malhamah-kubra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip