Al Hamdulillah 4 Negeri Pn Bentuk Koridor Hijau Jom Sama


 

Empat negeri ditadbir PN bentuk Koridor Hijau
KOTA BHARU: Empat negeri yang ditadbir PERIKATAN NASIONAL (PN) akan membentuk gabungan yang dinamakan Koridor Hijau pada peta Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menjadikan syariat Islam asas pemerintahan negeri.
Katanya, pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) dirintis sejak lebih 30 tahun lalu berjaya meletakkan Kelantan sebagai model kerajaan yang berintegriti dan telus.
“Kini Kelantan bersama–sama Terengganu, Kedah dan Perlis untuk membentuk Koridor Hijau yang meletakkan pemahaman dasar Islam dalam agenda pentadbiran.
“Serta memastikan cara hidup Islam diperkukuh melalui pelaksanaan dasar, penggubalan undang-undang Islam, pembangunan akhlak dan sahsiah kepimpinan dan rakyat.
“Seterusnya menggerakkan pembangunan negeri yang dinamik berdasar pembangunan seimbang dan meningkat jati diri Islam bagi mencapai Kelantan Maju Rakyat Sejahtera,” katanya pada Majlis Amanat Khas Menteri Besar di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Mohd Nassuruddin juga berkata, rakyat Kelantan menghargai jasa dan idea kepimpinan dahulu yang berjaya mewujudkan asas bagi membentuk sebuah negeri makmur dan sejahtera.
Menurutnya, dasar MBI menjadi pegangan bagi setiap lapisan rakyat untuk terus mempertahankan kerajaan negeri walaupun banyak cabaran datang.
“Oleh yang demikian, rakyat Kelantan sangat menghargai jasa kepimpinan terdahulu sejak pengenalan dasar ini pada era pentadbiran almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Ia terus diperkukuhkan pada era Merakyat Membangun Bersama Islam pimpinan pentadbiran Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang mengecapi pelbagai kejayaan demi kesejahteraan rakyat Kelantan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, 4 negeri PN bentuk Koridor Hijau. Jom sama!
Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, namun perjuangan PAS/PN tetap masih mendunia. PASRelief ajak masyarakat bantu mangsa gempa di Maghribi. 


Ini susulan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Maghribi pada Jumaat menggemparkan seluruh dunia.
Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant.
Angka kematian telah mencecah 2,000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 2,000 orang cedera dan kritikal.
Kekuatan gempa yang terjadi menyebabkan ramai orang awam mula memenuhi jalanan dan tidur di luar kerana tidak berani lagi untuk tinggal di rumah masing-masing.
Gempa ini adalah paling dahsyat di Maghribi untuk selama beberapa dekad. Raja Maghribi Mohamed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung negara untuk mangsa gempa bumi yang terlibat.
“PASRelief mengajak dan menyeru seluruh masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama kita menyumbang bagi membantu mereka di sana,” ujar PASRelief menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-morocco-pasrelief atau akaun Maybank: 564070612333 – PASRelief. – HARAKAHDAILY 10/9/2023
(ii) Al-hamdulillah lagi, dalam negara PAS terus membangan bersama Islam. Contohnya, Tour Gateh D’Tranung akan jadi acara tahunan.


Di Kuala Terengganu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishammudin Abdul Karim, konsep sebenarnya bukan sahaja Gateh tetapi ia juga untuk mempromosikan stalk tourism negeri ini.
“Kita membawa mesej songket dalam pakaian jersi kita dan saya dapat maklum balas daripada penunggang masing-masing cukup teruja dengan persekitaran yang berlaku di negeri Terengganu ini.
“Jadi saya harap tahun depan lebih meriah dan kita akan buat yang lagi terbaiklah, insya-Allah,” katanya.
Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2023 yang berlangsung pada pada 3 Setember hingga semalam mengetengahkan elemen songket pada lima jersi kemenangan bagi memartabatkan seni warisan tradisional Melayu Terengganu.
Lima kategori yang dipertandingkan pada kejohanan Tour Gateh D’Tranung kini memasuki edisi kedua pada tahun ini.
Lima kategori tersebut ialah Elit, Raja Pecut, Raja Bukit, Kelab Tempatan dan Bawah 21 Tahun di mana akan melalui lima peringkat perlumbaan sejauh 650 kilometer bermula dari Taman Tamadun Islam dan berakhir di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Pertandingan itu disertai 27 pasukan antaranya sembilan kelab tempatan, 10 pasukan Sukan Malaysia (Sukma) dan lapan pasukan elit antarabangsa dari Eropah, Qatar, Singapura dan Indonesia.
Sekian.

Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/al-hamdulillah-4-negeri-pn-bentuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Pn Terus Gerakkan Koridor Hijau Selamatkan M Sia

Jom Pn Terus Gerakkan Koridor Hijau Selamatkan M Sia

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 136 hits
1 Kelantan tuan rumah persidangan pertama Koridor HijauKOTA BHARU Kelantan bakal menjadi tuan rumah bagi persidangan kali pertama negeri Koridor Hijau yang membabitkan negeri diperintah PERIKATAN NASIONAL bersama Terengganu Kedah dan Perlis...
Paper Bowl Jom Hijaukan Perniagaan Makanan Anda Dengan Mangkuk Kertas

Paper Bowl Jom Hijaukan Perniagaan Makanan Anda Dengan Mangkuk Kertas

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 340 hits
Pernahkah anda terfikir bagaimana kita boleh menjaga alam sekitar sambil beroperasi dalam industri Makanan dan Minuman di Malaysia Satu cara mudah ialah dengan menggunakan pembungkus mangkuk kertas Kenapa Kita Pilih Pembungkus Mangkuk Kerta...
Jom Layan Kopi Di Cafe Dua Darjat Pasar Seni Kuala Lumpur

Jom Layan Kopi Di Cafe Dua Darjat Pasar Seni Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 261 hits
cafe Dua Darjat cafe Dua DarjatCafe Dua Darjat yang aku beli coffee ni terletak di Pasar Seni bukan dalam Pasar Seni tu korang kena pergi ke pintu belakang Pasar Seni Dua Darjat Cafe tu ada di situ Aku tak past la pulak kenapa nama dia dua ...
T Ganu Kisah Siapa Buaya Burung Jom Bangunkan Negara

T Ganu Kisah Siapa Buaya Burung Jom Bangunkan Negara

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 129 hits
Perbandingan menarik buaya dengan burungKUALA LUMPUR Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim membuat perbandingan yang agak menarik antara buaya dengan burung ...
Prk Pun Bermula Jom Rempuh

Prk Pun Bermula Jom Rempuh

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 187 hits
PRK Parlimen Pulai DUN Simpang Jeram bermula hari iniJOHOR BAHRU Gelanggang Pilihan Raya Kecil bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Muar bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon ak...
Hiburan Sepanjang Hidup Tiada Kasih Sayang Seorang Bapa Diana Danielle Enggan Anak Anak Lalui Hal Sama

Hiburan Sepanjang Hidup Tiada Kasih Sayang Seorang Bapa Diana Danielle Enggan Anak Anak Lalui Hal Sama

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 161 hits
Sedia maklum pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil difahamkan sudah pun rujuk semula pada 31 Ogos lalu Kata Diana keputusan dia memilih semula untuk kembali bersama Farid adalah kerana tidak mahu anak anak hilang kasih sayang se...
Tari Sama Bayu

Tari Sama Bayu

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 276 hits
Saksikan telefilem khas Hari Malaysia Tari Sama Bayu diinpirasikan daripada kisah benar ia menceritakan tentang perjalanan mengejar impian dan cita cita yang penuh dengan cabaran dan dugaan Tari Sama Bayu ditayangkan pada 16 September ini S...
Syed Saddiq Penjahat Ke Hero Dalam Minggu Sama

Syed Saddiq Penjahat Ke Hero Dalam Minggu Sama

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 281 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pun perlu banyak pengenalan Daripada imej budak poster seorang aktivis dan reformis hingga membawa kepada peningkatan mendadaknya dalam arus perdana politik tidak hairanlah jika ramai yang mahu mengebumik...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord