Prk Pun Bermula Jom Rempuh


 

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini
JOHOR BAHRU: Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar, bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti.
Pusat penamaan calon bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini dan di Muar.
Semua bakal calon mempunyai tempoh hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di kedua-dua pusat penamaan calon, sebelum diisytihar layak bertanding dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 5 Sept, manakala 9 Sept sebagai hari pengundian.
Ini bermakna semua calon yang layak bertanding di kedua-dua PRK mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 8 Sept.
Pakatan Harapan (PH) telah menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.
Sementara itu, di DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman yang merupakan seorang jurutera menentang calon PN Dr Mohd Mazri Yahya, seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.
Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi difahamkan juga turut mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.
Berdasarkan statistik SPR, Parlimen Pulai mempunyai sebanyak 166,653 pemilih dengan 165,799 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) sebanyak 26 orang.
Sementara itu, terdapat 40,379 pemilih di DUN Simpang Jeram dengan 40,373 pengundi biasa manakala enam orang PTH.
Pada PRU15 lepas, Salahuddin menang di Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi selepas memperoleh 64,900 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendapat 31,726 undi, manakala calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Loh Kah Yong meraih undi sebanyak 20,677.
Salahuddin juga mengekalkan kemenangan di DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lepas, buat kali kedua apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi.
Sementara itu, menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada hari ini dijangka hujan di sebelah pagi, manakala sebelah petang diramal ribut petir. – BERNAMA  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRK (P&DUN) pun bermula.. Jom rempuh! 
Lihat juga komen ini..
(i) Ini bukti PAS tak ekstrem, sederhana, adil, bahkan pandai memerintah.  

1. Sebagai contoh tindakan sederhana PAS Kedah melantik: -Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar, -3 Jawatan Exco daripada BERSATU, -2 Jawatan Exco mewakili PKN (ADUN PKR yang beralih sokongan kepada PN, juga mengekalkan jawatan Exco yang beliau pegang ketika PH sebelum peralihan. Dan YB Dr Robert yang dilantik sebagai Exco bagi mewakili masyarakat bukan-Islam. -1 jawatan Exco mewakili BN dari 2 ADUN BN.-4 jawatan Exco diberikan kepada PAS walaupun PAS mempunyai kerusi paling banyak, iaitu 15 kerusi DUN, BERSATU 4, PKN (yang keluar PKR) 2, dan 2 daripada BN menjadikan jumlah kerusi ADUN kerajaan 23 kerusi. -Seorang lagi ADUN BERSATU dilantik sebagai Speaker DUN atas pengalaman beliau sebagai Timbalan Speaker semasa pentadbiran PH. Walaupun PAS mempunyai kerusi terbanyak, tapi agihan kerusi exco meraikan kepelbagaian dan waqie yang sedia ada. 
2. Pelantikan Exco Kedah 2023.
-PAS 6 daripada 21 ADUN.-BERSATU 3 daripada 11 ADUN.-GERAKAN seorang Exco daripada satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh calon PN (bukan Islam) yang menang.
Pembentukan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Sanusi daripada PAS, tidak pernah mengabaikan rakan-rakan parti serta keperluan Exco bukan-Islam walaupun hanya beliau seorang sahaja yang menang. 
Ini adalah satu contoh daripada banyak fakta mengenai kesederhanaan dan keadilan PAS dalam mendepani politik Malaysia dan menjadikan politik Islam sebagai acuan dalam setiap tindakan. 
(ii) Al-hamdulillah, 250 pelajar dapat mengikuti kelas pengajian Islam di sebuah masjid di Leicester, England. Tapi di M'sia 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan haknya apabila sekolah mereka ini perlu ditutup dan dipindahkan. PMX M'sia buat apa?
Kita tidak boleh leka dengan perkara-perkara ini. Seramai 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan haknya apabila sekolah mereka ini perlu ditutup dan dipindah. Malah mereka kena saman pula.
Ini kerana kita membenarkan menteri DAP dari Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Hal ini sangat membahayakan agama dan bangsa Islam jika kita tidak bertindak sekarang.
Bertindak bagaimana? Sekurng-kurangnya hukum dan tolaklah mereka dalam PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram yang bermula hari ini.
Sekian.

Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/08/prk-p-pun-bermula-jom-rempuh-ok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penamaan Calon Prk Pulai Dan Simpang Jeram Bermula 9 Pagi

Penamaan Calon Prk Pulai Dan Simpang Jeram Bermula 9 Pagi

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 207 hits
GELANGGANG Pilihan Raya Kecil bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Muar bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti Pusat penamaan calon bagi Parlim
Prk Pulai Simpang Jeram Bermula Hari Ini

Prk Pulai Simpang Jeram Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 127 hits
Gelanggang Pilihan Raya Kecil bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di Johor Bahru dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Muar bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti Pusat penamaan calon bagi P...
Bermula Tanpa Sengaja Kini Balloon N Party Suppplies Seronok Lihat Orang Gembira Dapat Suprise

Bermula Tanpa Sengaja Kini Balloon N Party Suppplies Seronok Lihat Orang Gembira Dapat Suprise

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 83 hits
Nak buat orang gembira tak susah Selain menzahirkan melalui kata kata bila kita buat kejutan pun dah boleh membahagiakan mereka Tidak dinafikan banyak bisnes servis kejutan yang ada di pasaran tetapi kita perlu bijak untuk mencari yang terb...
Jom Kenali Safawi Rasid

Jom Kenali Safawi Rasid

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 219 hits
Muhammad Safawi bin Rasid ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilahirkan pada 5 Mac 1997 Dia bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Ratchaburi yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta zim F C dan pasukan kebangsaan Malaysia Pada tah...
Al Hamdulillah 4 Negeri Pn Bentuk Koridor Hijau Jom Sama

Al Hamdulillah 4 Negeri Pn Bentuk Koridor Hijau Jom Sama

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 135 hits
Empat negeri ditadbir PN bentuk Koridor HijauKOTA BHARU Empat negeri yang ditadbir PERIKATAN NASIONAL akan membentuk gabungan yang dinamakan Koridor Hijau pada peta Semenanjung Malaysia Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassurud...
Jom Heboh Patuh Syariah K Pusat X Berani Buat Takut Dap

Jom Heboh Patuh Syariah K Pusat X Berani Buat Takut Dap

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 185 hits
MPB beri jolokan Jom Heboh Kelantan patuh syariahKOTA BHARU Pegawai Penguatkuasa MPKB BRI memantau penganjuran konsert sempena Karnival Jom Heboh seawal Maghrib sehingga selesai konsert bagi memastikan berlaku kepatuhan terhadap syarat dite...
Matikan Angan Angan Tukar Kerajaan Perpaduan Di Tangan Pengundi Tiga Prk

Matikan Angan Angan Tukar Kerajaan Perpaduan Di Tangan Pengundi Tiga Prk

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 168 hits
Shahbudin Husin Cerita dan cita cita pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sepertinya masih bagai sebuah hikayat yang belum ada titik penamat Pantang ada kesempatan dan terbuka peluang itulah yang sentiasa ingin mereka lakukan Meski PRN su...
Prk Dun Pelangai Pas Pahang Serahkan Tiga Nama Di Pertimbangkan Jadi Calon

Prk Dun Pelangai Pas Pahang Serahkan Tiga Nama Di Pertimbangkan Jadi Calon

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 98 hits
KUANTAN PAS Pahang menyerahkan tiga nama kepada pucuk pimpinan pusat parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai pada 7 Oktober ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berk
Prk Johor Pengundi India Wajib Turun Dr Gunaraj

Prk Johor Pengundi India Wajib Turun Dr Gunaraj

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 133 hits
Menjelang Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sokongan bukan Melayu sedang cuba diganggu gugat agar menghindar daripada Pakatan Harapan dan BN untuk memudahkan PN menang di kawasan tersebut Sehubungan itu Ahli Dewan Nege...
Hukum Memakai Pendakap Gigi

Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Pac Sahkan Penangkapan Pegawai Felcra Isu Projek Rm1 2 Bilion



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Kebiasaan Buruk Yang Harus Dihindari Untuk Kesehatan Tubuh

Canon Meningkatkan Kesedaran Laut Melalui Bengkel Fotografi Dan Pameran Yang Menarik

Unveiling Malaysia S Hidden Gems With A Travel Pass

15 Patriotic Centerpiece Ideas For Every Style

Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

Kad Pat G Cara Daftar Akaun Semak Permohonan Baru Renew