Aku Tertipu Pengajaran Buat Semua
Assalamualaikum..
Well, seperti yang korang semua baca kat atas, aku telah ditipu oleh pihak beberapa orang salesman and salesgirl ni. Sungguh menyakitkan hati bila diingat balik peristiwa ni yang berlaku pada pukul 12 tengah hari tadi. Haishhh..!
aduan penipuan linguaphone
Walaupun aku malu sebenarnya dengan perkara ni, tapi, aku tak mahu korang semua menjadi mangsa LINGUAPHONE ni. Haaa! Pernah dengar tak nama tu?? Aku telah tertipu dengan benda tu la. Yang menyebabkan aku habis dalam ratusan ringgit. Agak menyesal sebenarnya. Bagi yang tak tahu apa itu LINGUAPHONE, well benda alah tu merupakan medium untuk student belajar BI dalam bentuk VCD dan jugak buku.
Sedih dan sakit hatinya aku apabila aku buat search kat internet pasal LINGUAPHONE ni menyatakan ramai yang sudah tertipu. Kitorang dipaksa untuk beli produk ni. Dan siap dimaki hamun lagi kalo tak beli. Dasyat kan?? Siap sumpah seranah lagi. Jadi, benda tu pun berlaku ke atas diri aku ni. Aku dipujuk untuk membeli produk tu. Namun aku menolak disebabkan harganya yang mahal. RM 250 kotttt!!!! Pastu kena bayar ansuran bulanan sebanyak RM 110 tuuuuuu!!!! macam bayar ansuran kete.! MasyaAllah. Apa nak jadi lah. Untuk mengaut keuntungan, siap sanggup menipu orang lagi. Perlu diingat, doa orang teraniaya itu dimakbulkan Allah.
Ok, meh nak story sikit, setelah aku menolak untuk membeli produk tu, tetibe ada sorang pompaun ni datang. Mukanya agak bengis, rasa meluat pun ada jugak bila ingat balik. Dia paksa aku suh beli produk dorang tu. Siap cakap lagi "awak tak nak pandai BI ke?" haishh!! Dahla bapak aku tak bagi beli. Aku bagitau la yg parents tak bagi. Tapi dia paksa jugak. Geram pulak aku nak syarah sikit yang walaupun aku ni dah besar, tapi restu dari ibu bapa itu masih perlu aku pohon. Redha Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Tapi boleh pulak "mak cik" tu cakap "alah..awak belajar ni untuk diri awak jugak". Memang!!! Memang tu untuk diri saya, tapi tanpa redha ibu bapa, kejayaan itu tak bermakna.!!! Faham tak "mak cik??"!!
Sori la ter 'emo'. Tapi begitulah yang aku rasa. Mangsa dorang yg lain pun rasa camtu jugak. Jadi, aku menolak. Namun aku dipaksa jugak untuk beli. Paksaan demi paksaan aku terima. Siap ugut aku lagi. Since masa tu aku keseorangan, aku takutlah. Lagipun aku bukan jenis yang melawan. Hormat aku pada orang tua tu still ada. Jadi nak tak nak aku beli jugak. Habis terbang melayang RM 250 aku. Dan yang peritnya lagi, aku terpaksa membayar ansuran bulanan RM 110 selama 2 tahun. Mana aku nak dapat duit??? Aku masih student. Kesian parents aku. Bila pikirkan pasal ni, aku tak mampu tahan air mata aku. Aku nangis. Siyes, aku sedih
Jadi, aku harap, lepas ni kalo korang nampak salesman LINGUAPHONE, better korang lari la ek. Kalo dorang paksa and marah2, korang bagi ceramah sikit. Cakap, dalam urusan jual beli ni
takleh paksa2. Islam tak ajar. Biar something tu dibuat ngn ikhlas. Benda ni nampak baik,
tapi, membuatkan hidup aku tersempit. Fikir2 kanlah.
Kalo korang nak beli, fikir seelok2 nya. Aku story sal ni, sebab tak nak korang jadi cam aku.
Wassalam.
P/S: Sesapa yang tahu cara untuk membatalkan ansuran bulanan tu, pliz la. Gtaw aku. Aku nak batalkan secepat yang mungkin. Aku tak mampu. So, pliz share la ek. And to all my lovely readers, pliz, share benda ni ngn kawan korang. JANGAN TERTIPU!! Opsss, lepas ni dorang nak gi kat UM plak.
Link mangsa penipuan!
LINGUAPHONE tipuuJangan terpedaya dengan LINGUAPHONEUsah tergoda!Pelajar tuntut hak
Apa aku nak buat?? Mana nak cari duit?? Dorang tahu aku takder duit tapi still paksa aku. Hurm..sedih yg amat. :(
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuastronaut.blogspot.com/2011/11/aku-tertipupengajaran-buat-semua.html