Semua Tertipu
Ye..Cerita yang aku nak kongsikan ni dah agak lapuk..Berkaitan dengan seorang budak yang disangka kena culik tapi rupa-rupanya tak..Kononya diculik oleh seorang wanita dan dua orang lelaki yang merancang penculikan ini.
Tapi sebenarnya,dia sendiri menghubungi 'penculik-penculik' tu menghantarnya ke rumah teman lelakinya..Ish ish..Sangat geram dan dissapointed dengan tindakan dia..Dia baru 15 tahun tapi dah berani merancang semua tu?
Satu Malaysia mati-mati percaya dia kena culik pada mulanya..Semua orang siap buat kempen dan berdoa bagai untuk dia..
Orang sampai buat banner bagai untuk sebarkan berita kehilangan dia..
Aku pun siap share kat facebook sebab sangat simpati dengan berita kehilangan dia..Bila aku tahu kisah sebenar..Cepat cepat aku delete..
Bukan nak pertikaikan ke apa..Cuma tindakan dia memberi kesan kepada semua..Serius..Semua parents bila dengar kisah kehilangan dia..Semua makin takut biarkan anak diaorang keluar sesuka hati even dekat kawasan rumah sebab kes dia tu berlaku sekitar kawasan rumah..
Cuba bayangkan perasaan parents dia kan?Haih..Mesti kecewa..Apapun harap harap tak berlaku lagi la kes macam ni..Tolonglah berfikir panjang sebelum bertindak..Setiap perbuatan tu sedikit sebanyak akan beri kesan terhadap orang lain..
Petikan berita mengenai kes Siti Nur Fatiha terkini:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.
“Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.
Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.
Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.
“Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
“Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan,” katanya
“Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.
sumber : Bernama
Salimah Ismail
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://callmynamesally.blogspot.com/2012/03/semua-tertipu.html