Vide0 Namron Seronok Pertama Kali Catwalk Dalam Hati Bimb4ng J4tuh Tersvngkur Semua Orang Muda Hanya Saya Model Tua
BUKAN sahaja hebat beraksi di hadapan kamera, rupa-rupanya pelakon Namron juga mempunyai bakat sebagai model di pentas peragaan.
Pertama kali diberi peluang memperagakan pakaian jenama Neonate di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada Ahad lalu, Namron atau nama sebenar Shahili Abdan, 52, mengakui teruja melakukan perkara baharu itu.
“Itu kali pertama, saya tak pernah buat modeling lagi… selalu tengok dekat televisyen sahaja. Sejujurnya saya memang suka tengok fashion show, rasa macam satu bentuk persembahan yang menyeronokkan.
“Tak ada sebarang latihan pun! Datang petang itu dan terus catwalk. Mula-mula bimbang juga, ris4u t4kut orang gelak… manalah tahu tengah berjalan, takut pula kaki ters4dung dan j4tuh tersvngkur.
“Mulanya itulah benda yang paling saya ris4ukan. Tapi bila dah mula berjalan dan yakin, baru saya rasa okay. Ini satu pengalaman baharu dan rasa seronok pula,” katanya kepada mStar.
Namron selesa berkawan dengan orang muda.
Namron berkongsi pengalamannya itu selepas memperagakan koleksi pakaian jenama Neonate milik pengacara Karl Shafek di acara KLFW yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur.
Meskipun usia sudah menjangkau 50-an, Namron berkata itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba sesuatu yang baharu terutamanya dunia modeling yang kerap melibatkan golongan muda.
Saya tengok di belakang pentas tadi semua orang muda, saya sahaja model tua dekat situ… tapi bagi saya tua itu hanya pada nombor!NAMRONPELAKON“Saya tengok di belakang pentas tadi semua orang muda, saya sahaja model tua dekat situ… tapi bagi saya tua itu hanya pada nombor.
“Saya selalu kata saya tidak tua. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai orang muda, jiwa muda. Saya berkawan dengan orang muda, kebanyakkan berusia 20-an dan 30-an.
Video:
View this post on Instagram A post shared by TA Nam Ron (@_nam_ron_)
“Saya rapat dalam kelompok umur tu, sebab tu jiwa saya suka pada benda yang orang muda buat… tak salah pun orang tua bercampur dengan orang muda, sepatutnya tak ada gap sebab kita pun kena tahu apa berlaku disekeliling kita,” ujarnya.
Ditanya adakah dia bersedia menerima lebih banyak tawaran peragaan selepas ini, pelakon dan pengarah filem One Two Jaga ini terbuka dengan sebarang tawaran lain selepas ini.
“InsyaAllah, saya terbuka untuk buat lagi, tak ada masalah. Kalau saya tak sibuk, jadual penggambaran tak padat saya okay sahaja,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/11/vide0-namron-seronok-pertama-kali.html