Aku Nak Straw Itu
Salam guys,
First time tadi aku makan lunch kat kedai tapi minum air sejuk tak pakai straw. Haha.. Memang berdisiplin betul la kedai yang aku makan tadi. Baru je hari kedua tahun 2019 dah terus serta merta tak bagi straw plastik kepada pelanggan. Padahal tadi masa aku order air tu, dia dah nak letak straw kat gelas aku, pastu tak jadi pulak. Hebat jugak penangan kerajaan baru ni kan? Hehe..
Cuma yang aku pelik kenapa dia tak nak bagi aku straw jugak padahal stok straw dia banyak lagi. Nak buat apa je kan simpan straw tu banyak2. Stok straw ada lagi tu bagi je la pelanggan pakai. Aku rasa peniaga ni ada yang terlalu takut jugak tak tentu pasal.
Sebenarnya undang2 tak boleh menyediakan straw plastik kepada pelanggan ni akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 2020 nanti. Tahun 2019 ni kira tahun kesedaran kepada peniaga2 la. Itu yang sebenarnya patutnya. Tak percaya? Baca la kat sebenarnya.my ni...
Untuk tahun 2019 ni lebih kepada nak bagi kesedaran kepada peniaga dan bagi masa kepada peniaga untuk beralih ke alternatif straw lain yang tak mencemarkan alam. Contohnya, straw kertas, straw besi dan straw silicon. Sebab untuk tahun 2019 ni, kerajaan akan mensyaratkan peniaga kedai makan untuk tidak menggunakan straw plastik kalau nak apply lesen premis/perniagaan.
So, bagi aku kalau kedai makan tu masih ada lagi stok straw plastik tu, bagi je la pelanggan pakai sampai stok tu habis. Nanti dah nak dekat renew lesen nanti ready je la buang semua straw plastik tu. Aku rasa macam membazir pulak diorang ada straw tapi tak pakai. Kan? Kan?
Btw, undang2 tak boleh pakai straw plastik ni hanya terpakai kepada peniaga sahaja. Untuk kita2 pelanggan ni boleh je pakai tapi kena bawak dari rumah la haha.. Mungkin lepas ni peminta sedekah pun start jual straw pulak la, dah tak main dah jual2 tisu ni. Baru la masyuk kan....
So, macam mana hari korang pada tahun 2019 ni? Apa perubahan ketara yang dah berlaku? Share la sikit..
Baca lagi:
Kereta overheat. Tak check air ke bro?Introvert susah dapat kerja?Tak best pun jadi dropship9 Entri Terbaik Tahun 2018
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://caspositif.blogspot.com/2019/01/aku-nak-straw-itu.html